Followers

Friday, June 14, 2013

Umrah dan Ziarah 2013 bersama Group 13

Peristiwa ganjil dan aneh di Madinah selepas mendatangi Raudhah

Ya Allah....
sungguh tak boleh nak diceritakan tentang rasa hati ni
Akhirnya malam ini kami akan ke Raudhah.....


Raudhah???

Ya....Raudhah....Raudhah ini adalah taman syurga yang Allah letakkan di bumi
iaitu  di antara rumah Rasulullah SAW dengan mimbarnya,
di mana terdapat lapan tiang bulat yang dicat putih di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya di tampal dengan marmar putih, sementara tiang-tiang lain berwarna putih dari lantai ke bumbung. 


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tempat yang terletak di antara rumahku dengan mimbarku merupakan satu taman dari taman-taman syurga, sedang mimbarku itu berada di atas kolamku" - Riwayat Bukhari.

Keadaan bersesak-sesak...Orang Iran dan Pakistan yang himpit-menghimpit
habis penyek dah rasa badan ni...lemas pun ada...bau pun macam-macam ada

Subhanallah...tatkala aku memijak kawasan Raudhah...terasa seperti aku berada di suatu tempat yang lain..kawasan Raudhah ditandai dengan karpet hijau manakala semua karpet di Masjid Nabawi bewarna merah...walaupun bersesak-sesak, mutawif yakni ustazah kami dari Indonesia amat cekap menyelit2
membawa kami sampai di kawasan Raudhah....aku sungguh gembira kerana dapat bersolat diantara Tiang Taubat dan Tiang Kasih Sayang....

Semasa aku sedang sujud....tiba-tiba aku merasai sekeliling aku seperti tiada orang...
suatu perasaan yang tidak pernah aku rasa...
tenang.....damai....tetapi jantung aku terlalu kuat berdegup
menyebabkan sujud terakhirku terlalu lama
aku seperti blank....blurrr....jantungku berdegup kuat sehingga aku tidak dapat berfikir
kutarik nafas kemabali dan akhirnya aku berhajat dan berdoa sehingga habis...

Ketahuilah bahawa Raudhah adalah tempat mustajab berdoa...
disini doa hamba akan diangkat Allah tanpa hijab..
Subhanallah...

Sekembalinya aku ke hotel...
tiba-tiba...
Mak Cu ku teringat bahawa dia tidak membawa beg sekaligus kunci bilik hotel tidak dibawa
kami ke bilik lelaki untuk menjemput Ain dan Hasya..mereka tidak ke Raudhah...kanak2 tidak sesuai

Kerana ingin bergegas...bapa saudaraku lupa untuk mencabut kunci hotel yang berbentuk kad di pintu masuk...akibatnya aku menemani Mak Itamku ke Reception bagi berbicara dengan pekerja hotel

Ya....bahasa arab dapat aku fahami..tapi untuk berdialog dengan slanga mereka
memang tak la....bahasa Inggeris yang aku guna

Akhirnya kunci spare berjaya diperoleh

Tiba-tiba....

kami terserempak dengan Pak Cik tua....
dialek percakapannya adalah Melayu....Ya dia orang Kelantan

"Pok Cik tak tahu macam mana pok cik boleh ada kat sini, tadi Pok Cik dok tido dale bilik"

erkkkk...pelik aku...dari segi luaran...pak cik ini kelihatan tidak seperti orang tua lain
dia seperti tidak tahu apa...memabaca apatah lagi....dia seperti blurr

Macam mana pak cik ni boleh ada kat sini ye sedangkan dia sedang tidur

Setelah meneliti setiap baris ayat yang dikeluarkan
kini aku fahami bahawa Isterinya lupa untuk menutup pintu...yakni mengunci pintu bilik
semasa keluar ke Raudhah...anaknya?? hummmmm

aku x faham kenapa x diletakkan henset bersama seorang ayahnya
yang tua? x pandai membaca?? x tahu apa-apa??

mungkin pak cik ni mengigau agaknya...entah???
aku pon tak tahu 
dek kerana kasihan....aku dan Mak Itam membantu mencarikan bilik pak cik tua itu

Berdasarkan kad jemaah yang berada dilehernya,
terdapat dua nama hotel disitu..satu 
Al-Haram Hotel yakni hotel kami
dan satu lagi.....aku x ingat

Sampai di bilik 504...aku mula mengetuk pintu....

tok...tok....tok...

lalu teragak-agak untuk ku tekan loceng....

Akhirnya kubiarkan sahaja...


"Pak Cik...betulker pak cik duduk hotel ni? ke pak cik duduk hotel lain?"

"Eh...betul doh Pok Cik dok sini..."

emmm....aku mula pelik
lalu aku meminta Pak Cik itu tunggu di Pintu lif..terdapat sofa disitu...

"Pak Cik tunggu kat sini ya? saya turun bawah ambil kunci spare"

"Eh....takutlah pok cik dok sini, ada ore jahak nati...

"Insyaallah x de apa2 pak cik...kejap je kami turun ye?"

bergegas aku menekan butang lif 

tiba-tiba.....

Gang!! 

Lif kami bergegar....dan tiba2 sahaja lif kami berhenti
tidak bergerak

Astagfirullah....aku dan Mak Itam mengenggam erat sambil mulut kami terkumat-kamit membaca ayat-ayat dan zikir mohon perlindungan...

Akhirnya lif bergerak semula.....bergetar perasaan ini...

Aku kemudian berjaya mendapatkan kad spare dan kembali ke tingkat 5

Pak Cik itu masih disitu....

tiba di bilik 504...aku membuka pintu bilik
Pak Cik itu masuk ke bilik itu....tetapi dia tidak bergerak...
dia seolah2 bercakap seorang diri dan bermonolog

"aku nak tanya ni...cakap jujur...macam mana boleh ada dalam bilik ni"

Aku pelik....dengan siapa pak cik ni berkata-kata
lantas aku masuk ke bilik dan menarik lengan pak cik itu

kelihatan di dalam bilik itu 4 orang anak muda
tetapi mereka dari Indonesia..terkebil2 mata mereka memandang aku
Ya...mereka sedang tidur...
tapi tidur mereka diaganggu oleh orang tua dan seorang seorang perempuan yakni aku
yang tiba-tiba sahaj ada dalam bilik mereka...

Ya Allah....fuhhh....nasib baik

Sebagai penyelesaiannya....kami membawa Pak Cik itu ke bawah...ke reception semula
disana aku meminta pekerja hotel menguruskan dan menolong kami

Disebabkan letih...aku dan Mak Itam bertawakal dan berserah sahaja kepada Allah
moga Pak Cik ini berjumpa dengan keluarga dan biliknya

**************************************************************************

Keesokan harinya Mak Itam aku berjumpa semula dengan Pak Cik itu diruang makan

"Pok cik dah jumpa ke bilik pok cik??" kata Mak Itam

"Pok Cik dah jumpa, bilik ni lah bilik pok cik "

Pak cik tu dah jumpa isteri dan anak dia....


BILIK 504......

Habis tu...siapa pemuda dalam bilik tu??? Ya Allah....
memang aku x silap...bilik 504 yang aku bukak...memang bilik tu....


gulppp....berderau darah....meremang bulu roma

Itulah peristiwa di tanah Suci Madinah yang pelik dan aneh dialami oleh kami....Subhanallah
Aku terus solat taubat dan memohon diampunkan dosaku sekiranya itu adalah ujian Allah..


***************************************************************************************


Ini adalah Hasya Irdina dan Hidayatul Izni...akhirnya kami berpeluang ke Tanah Suci..Ya Allah seronoknya!!

Kawan aku kata: 

"Kak Yani, tolonglah suruh Izni tu pergi semayang..pergi ngaji cepat...setiap minit update FB..letak gambar" kata Kak Sahedah

hahahahahaha....sebenarnya perbezaan masa di Malaysia dan Makkah serta Madina adalah 5 jam...semasa aku meng"update" itu adalah selepas ke Masjid dan melawat...jadi perbezaan masa tu menyebabkan aku seperti update live on the time..hehehe

Disebabkan bekalan internet yang mencukupi...jadi mudah kami berhubung dengan ahli keluarga dekat Malaysia...hehehe...dunia semakin canggih...
bukan aku x gi solat...pergghhh...jangan cakap ohhhh.....mmg lain solat kat sini....even panas...even sesak...susah..tapi hati ni asik teringat solat je....teringat masjid je..nak buat ibadah je....best perasaan tu....


**************************************************************************
Bermulalah episod merentas awan biru....

ZIARAH DUBAI ( Burj Al-Khalifah, Pulau Buatan Manusia, PALM ISLAND dan Masjid di Dubai)

Dari KL...kami transit di DUBAI...perghhh..aku ingatkan transit je...tapi ni kira macam Umrah Ziarah...
malam tu kami tidur di Dubai....wahhh....dan pagi esoknya kami melawat Dubai.....wahhhhh

Ya Allah....cantiknya Dubai Tuhan je laa yang tahu...bangunan kat sini tinggi-tinggi dan reka bentuk dia semua cantik2...semua nak mahal kat sini....tempat orang kaya je boleh duduk...gila lah.....



Perjalanan bermula merentasi awan....luas terbentang...Subhanallah..cantik...ini kira pengalaman ketiga aku laa ni naik Kapal Terbang.....yang paling jauh dulu aku pergi....KOREA


Kali ni kitorang naik EMIRATES...kapal terbang paling mewah dan paling tip top servis dia....emmm no wonder laaa kan....belakang tu pramugari! hahaha... dalam flight aku asik tengok Movie je....movie Twilight pon aku tengok..mane taknyer semua series ada...pergghhh...adik pulak asik main game....pastu bila kapal terbang nak landing masing2 tekuk muka ngn bantal sebab loya...nak muntah..pening...and whatsoever...mne taknyerrrr....mata asik pandang skrin jerrr...



 Breakfast stail Dubai...hehehehe...sebab lapo so belasah je....


Nasi dan kurma Ayam....pergghhhh memang sedap,,,,even nasik sikit je...tapi kenyang sebab ayam banyak isi....sedap sangat wehh....

kata Ain : "Abah, ain selera makan dalam kapal terbang...sedap!!"
hahahahaha

Keesokan harinya, kami melawat Dubai...cantikkk....jalan raya diorang x sesak macam kat KL...sebab ada 5 ke 6 lanes...so bebas bergerak....negara dia bersih je....




Bangunan yang gah-gah belaka......cantik kan......Subhanallah....


Tengok tu....!!!! belakang tu adalah Burj Al-khalifah....menara tertinggi di Dunia....cantik!!! Subhanallah!!

Belakang abah tu lah Masjid kat Dubai....cantik kan???


***************************************************************************

SUASANA DI MADINAH AL-MUNAWWARAH, BUMI ANBIYA'

Dari Dubai kami tiba di Lapangan Terbang King Muhammad bin Abdul Aziz, Madinah


Beberapa minit perjalanan dari Lapangan terbang akhirnya bayang-bayang Masjid Nabawi tersergam Indah...Allahuakbar.....sejuk mata memandang.....


Kemudian sampailah kami ke Hotel kami...Al-Haram hotel....sangat dekat dengan masjid...lebih kurang 50 meter jer jarak dia....


Kemudian bermulalah episod harian kami dibumi Madinah selama 3 hari.....pergi ke masjid menjadi rutin harian...seronok sangat...


Seronok sebab pergi dengan ahli keluarga sendiri....Group 13 ni bermaksud 13 orang ahli keluarga yang mana Atok wannya berasal dari Jengka 13..hehehe.... (Aku, abah, adik Hasya, Mak Itam 4 beranak, Mak Cu 3 beranak, Mak Teh dan Mok De)... Umrah Ziarah kami bermula 29 Mei sehingga 9 Jun...12 hari....seronok sangat Ya Allah..

Memang kan, if berkemampuan pergilah dengan ahli keluarga..selain beribadah..Ya Allah memang sangat seronok... Gambar kat atas ini adalah semasa Payung tiang2 Masjid Nabawi ni baru je terbuka...memang kagum sangat2!!!! Subhanallah!!


Ni la suasana lepas subuh...ni dekat Masjid Nabawi...masing-masing nak tunggu solat Dhuha dulu baru balik hotel...Tenang je bumi Madinah ni...Kalau kat Makkah tak setenang Madinah...kata Mutawif kami....Bumi Madinah sangat tenang kerana Madinah adalah bumi yang menerima Islam semasa Rasulullah berjuang untuk menyebarkan Islam diatas muka bumi ini...sementara Makkah pula menolak Islam pada mulanya...

Tenang sangat sampai tiap2 kali pergi Masjid rasa nak menangis..sayu pulak bila mengenangkan Rasulullah....


Cantikkan Masjid Nabawi ni?? Gambar abah bersama anak2 saudaranya..  Tiga Along bersaudara (Along Akim, Along Alip, dan Along Faris)...Anak2 lelaki abah x pergi kali ni sebab x cuti..sedih jugak...tapi insyaallah mereka akan pergi jugak kesana nanti.....amin.....



Alkisah keajaiban AIR ZAM-ZAM

Sewaktu hari sebelum bertolak ke Dubai...yakni 28 Mei...adik aku si Hasya melepek je kat ruang tamu...aku tanya dia kenapa....dia kata badan dia panas.....bila aku rasa....Ya....adik aku ni macam nak demam

Jadi aku suruh laa dia bersiap-siap nak pergi klinik ambil ubat....masa dia masuk bilik air....tiba2 dia menjerit....

"Kak Long!!! badan adik ada banyak bintik2 merah!!!!"

Aiseh....aku suruh dia keluar then aku tengok...MashaAllah....

"CHICKEN POP"

Alamak....esok nak terbang niii...camne....leepas x imegresen nanti....

tak tenang aku seharian memikirkan..lepas ambil ubat dekat KLINIK SUHAIZAT...adik disahkan Demam Cengkering....doktor tu pon x tau nak ckp pe....

Akhirnya disebabkan adik nak sangat pergi...then aku x sampai hati nak tinggalkan dia....dan jugak.....dah bayar 6 Ribu kan.....so tawakal sangat2....pergi je.....berdoa setiap masa....aku suruh adik baca Selawat Syifa kalau gatal..Alhamdulillah badan dia x panas...x demam daa....cuma kesian sgt bila dia kata badan dia gatal...merenyang.....

Punya laa aku cover....mak sedara aku tanya nape muka hasya bintik2...aku cakap adik kena

 "GATAL-GATAL"

si Hakim pulak kata Hasya "Eh, Hasya dah tumbuh Jerawat!!"

seriously aku senyap je...okay!! sesungguhnya aku ni adalah perahsia rupanya...

Aku cakap kat adik....sampai je Masjid nabawi nanti adik doa banyak2...doa adik mustajab...doa budak kecik...pastu adik minum air zam-zam banyak-banyak...

Keajaiban Allah...hari kedua kat Madinah...all the chicken pop...gone...tinggal parut je...adik daa x gatal...Ya Allah...Aku sayang Allah.....Allahuakbar.... kini aku gembira tengok adik sihat...




*********************************************************************************

MELAWAT MASJID QUBA'


Haaaaa.......kat belakang tu Masjid Quba....Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina di dalam Islam atas dasar ketakwaan...kami berhenti disini dan solat dua rakaat di sini....


Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah "

Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "

*****************************************************************

MELAWAT LADANG KURMA

Pokok kurma ni....dia macam pokok kelapa sawit rupa dia.....kat sini kami beli banyak coklat.....sekarang coklat tu daa selamat dalam perut anak-anak murid aku...hehehehe....


*****************************************************************

MELAWAT JABAL UHUD (BUKIT UHUD) dan Makam para syuhada"

Baiklah kawan-kawan, nampak x ramai2 orang kat atas bukit tu.....itu laa bukit uhud...tempat diletakkan pasukan pemanah semasa perang Uhud....disebabkan cuaca yang over panas.....kami x dibenarkan naik....dekat sini jugak kami berdoa...





 Sekali aku tengok....gambar abah ni sebijik macam Arwah atuk....sama je muka abah...lebih kurang...

********************************************************************

BERHENTI MAKAN DI WADI QUDAISY

Setelah tiga hari di Bumi Anbiya ini kami bergerak menuju ke Kota Makkah...menaiki bas..perjalanan selama 6 jam...

Bukan nak cakap apa laa kan...tapi seriously tempat ini adalah di tengah-tengah padang pasir antara Madinah dan Makkah....tetapi pengunjung x pernah surut datang....kami berhenti rehat setelah 4 jam perjalanan menaiki bas dari Madinah ke Makkah...baki 2 jam perjalanan lagi......

 Makan dalam dulang. Satu dulang kongsi 4 orang. Ada ayam seketul Ikan 2 ketul besar2....kenyang dan x abis makan...




 Kat negara arab ni, stail makan dia...lepas makan je mesti dia sajikan air gas...katanya sebab diorang makan daging...air gas ni dapat cernakan daging dengan betul... hmmmmm.....aku pon tak thu laaa kan...

Lepas je habis makan...kami sambung perjalanan ke Makkah Al-Mukarramah.....
Masing2 bertalbiah dalam bas sampai tertidur....

"Labbaikallahumma labbaik...labbaikala syarikala kalabbaik..."

 ************************************************************************

Akhirnya tibalah kami di Makkah Al-Mukarramah...Alhamdulillah...


Taddddaaa!!! Selepas singgah di Wadi Kudaisy....kami tiba di hotel kami di Makkah ini...Mira Ajyad Hotel...hotel2 kat sini semua tinggi2 sebab nak jimat ruang laa katakan....jarak dari masjidil Haram adalah 250 meter...jauh sikit laaa x mcm kat madinah... dekat bawah hotel ni ada mall...MIRA MALL...so nak beli apa2 boleh beli kat sini je...senang!! hehe


Disini bermula laa Umrah yang pertama...hingga selesai

*********************************************************************

SUASANA MAKKAH AL-MUKARRAMAH

Allahurabbi...Tuhan je yang tahu...saat-saat aku melihat kaabah...air mata aku menitik-nitik....Ya Allah...terharu sangat...first time tengok depan mata.....Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar!!!

Gambar ni diambil lepas kami selesai tawaf sunat.....Masa ni kami buat Umrah kedua....tengok abah tu pon dalam ihram....berpakaian ihram lagi...macho sgt kan...hehehehhee....

Masa ni orang tak seramai masa aku buat tawaf umrah ketiga....masa tu tuhan sahaja yang tahu...dengan kena penyek nye...kena langgar nyerr...ganas betol orang2 kat sini...tapi sabar je laaaa kan...dan yang pasti even sesusah mana pon...tapi still...tabah nak habiskan tujuh pusingan...sebab kekuatan rasa cinta yang Allah bagi tu......Allahurabbi.....


Selesai tawaf....amalan sunat yang dilakukan ialah berdoa di hadapan Multazam...yakni antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah...doa amat mustajab disitu....

Semasa bertahalull....(bercukur atau bergunting)...

Gambar ini diambil lepas habis Saie...dari Safa ke Marwah tujuh kali...masa ni dah lepas bergunting dan bercukur....nak balik bilik sebab kaki dah krem...hehehe...Alhamdulillah selesai

Ini lah aktiviti kami lepas balik solat....beli ais blend dengan ais krim....rasa ais krim buah-buahan ni sangat sedap....dekat je ngan hotel dan Masjid...so lepas balik je terus serbu..yang bestnyerrrr....ais krim ni kan dia rasa buah2 an sebenar...ais krim ni cepat cair sebab x de gelatin...mana x nyerrrr suhu kat sini pernah cecah 55 Darjah Celcious..muka aku abis kering....bibir apetah lagi..smpai nak bukak mulut kunyah roti pon x leh...hehehehe...ramai pulak hidung berdarah...sebab cuaca.


Pada sebelah petang pulak aku syok tengok orang bagi burung merpati ni makan...pastu aku saje je kadang2 suka2 lalu kat tengah2 burung tu....hehehee...pastu diorang terbang....hehehheee....banyak sangat burung merpati kat sini.....tapi awas...dalam ihram x leh menakut-nakutkan burung merpati ni tau...

Cantikkan gambar masjid ni....ni tingkat 2 Masjidil haram....kat sini xde air cond...agak panas jugak solat kat sini...kalau nak air cond kena duduk bawah tanah.....tengok baby kat belakang tu...Ya Allah...comel gila kot....geram gilerrr ngan anak2 orang arab ni....semua comel2...dugaan2....aku pon doa nak anak comel2 camtu....Amin.....

Kalau kat Malaysia...x jumpa orang bawak baby kat Masjid...kat sini....Ya Allah kagum sebab ibu muda rata2 pergi masjid even ada anak baby....Subhanallah memang perlawanan menangis laaa...bunyi budak menangis je dalam masjid...even mcm tu pon...still x ganggu org beribadah....cuma aku tak tahan tengok baby comel sgt!!!!!

***********************************************************************

MELAWAT LADANG UNTA DAN MINUM SUSU LEPAS PERAH


First time oh tengok unta....pergghhhh bau unta.....menyengat lubang hidung aku laaa....tengah2 gurun pasir pulak tu dia punya ladang......mmg menyegat laaa....tengok gambar tu....aku bukan berani sgt pegang unta...sebab unta ni dia kerja mintak makanan je..aku ni lak geli tengok mulut dia....ewwww.....
First time minum susu unta....mula2 cam loya2....tapi pas minum mmg sedap...x rasa hamis pon....bau unta pon x de....rasa dia lemak2 macam tu je....sedapp...try laaa!!! bagus sgt untuk kesihatan! 5 Riyal je satu...hehehe

Unta-unta ni di pelihara oleh orang Arab Badwi...diorang memang selamberrr je duduk tengah2 gurun tu haaaa.....nampak tak yang gelap2 sikit tu pegang kayu..tu laaa orang Arab Badwi...kulit diorang pon gelap....tapi kan diorang ni ganas gak...main sepak2 je unta...sian unta....hehehehe

***********************************************************************

MELAWAT MINA, ARAFAH dan MUZDALIFAH.....BERDOA DI JABAL RAHMAH

Nampak tak batu penanda tu, dekat situ lah penanda yang diletakkan diatas bukit Rahmah ni..untuk berdoa berkaitan jodoh selalunya...dan juga doa berkaitan kebahagian keluarga dan kasih-sayang.
 Bukit Rahmah ini dipanggil Bukit Kasih sayang kerana merupakan tempat pertemuan semula Adam dan Hawa yang telah terpisah selama 200 tahun selepas Allah menurunkan mereka ke Bumi...

Aku pon...ehem...ehem....panjat bukit tinggi ni...dan berdoa...ehem ehem......

Amin........semoga terkabul doa itu.....





 Punya ramai manusia nak berdoa..sampaikan terlalu fanatik...ada yang tulis nama kekasih mereka kat tiang tu....ish ish ish......



 Di sepanjang turun bukit....ramai betul peminta sedekah...ada lak tuuuu yang buat2 mcm tangan kudung....padahal dia lipat tangan dia ke belakang...ish2....yang peliknyaaa sape laaa yang angkut diorang dan susun sampai ke bawah bukit ni......
************************************************************************

BERMIQAT DI JAARANAH, MELAWAT HUDAIBIYAH

Haaaaaaa....nampak x batu2 kat belakang tu...actually kawasan ni adalah tapak perjanjian Hudaibiyah....jadi ini tinggalan Sejarah Islam laa ni...dekat sini, ada ramai peniaga dan aku membeli hati unta kering dan cenderamata kat sini...malangnya kesemuannya hilang disebabkan beg Hasya ditinggalkan dalam bas....Sorry my friend..yang kirim hati unta tu.....


****************************************************************************
MELAWAT MUZIUM DUA MASJID (MASJIDIL HARAM & MASJID NABAWI)

Disini diletakkan semua benda2 yang berharga dan tinggalan zaman lampau, artifak, gambar2 dan sebagainya...Contohnya macam pintu kaabah..langsir....mimbar nabi...telaga zam-zam..macam-macam laaaa


 Khusyu' deme mendengo weh...nganga mulut tu haaaaa.....belakang aku tu adalah jam lama di Masjidil Haram...dan dalam kaca tu adalah kompas ataupun penunjuk waktu solat yang digunakan dahulu kala.


Inilah Pak Mutawif kami...orang Indonesia...hehehe...x tau laa kawen ke belom..tapi mak cik aku asyik kenen2 aku je ngan ustaz...adoiii..hahahaa...bukan apa...aku semangat tiap kali ustaz ni ada sebab ustaz ni bersemangat weh!! tengok tu haaaaa...semangat betul dia terangkan kat budak2 kecik tu haaaaa.....hehehhehee

Orang panggil ni apa? Tiang seri eh?? tapi ini yang pertama....sekarang dah tukar baru...semua daa baru

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa.......nilah yang aku nak ceritakan!!!! ini replika model Masjidil haram yang serba canggih dan akan siap nanti...MasyaAllah....yang pasti nanti tawaf pon bergerak sendiri laaaaa.....

Aisshhhh lebai arab ensem ni actually sangat garang...tapi bila kitorang request nak bergambar ngan dia terus dia suka...hahaha..mesti dia rasa dihargai....walaupun dia hanyalah penjaga muzium...jangan main2 beb....Muzium 2 masjid ni tauu....heeeee :)

***********************************************************************
BERMIQAT DI TAN'IEM

Tan'iem adalah salah satu tempat untuk berniat ihram yang paling dekat dengan Masjidil Haram....untuk kesana kami sewa sebuah van yang memuatkan seluruh ahli keluarga....haaaaaa...ni laaa jadinya bila semua orang nak podot dalam satu van...kanak2 duduk dalam bonet....dah macam pelarian daaa...hehehee...comel kot gambar ni


Okay...bawah ni pulak gambar lepas semuanya telah dibotakkan...actually semua orang bermiqat dekat Jaaranah...tapi kitorang miqat dekat Tan'iem sebabnya kitorang ramai kanak-kanak jadi buat waktu malam..so niat ihram sebelum maghrib...



******************************************************************************

HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN MAK ITAM DAN PAK ITAM

Ulangtahun perkahwinan yang ke 14 tahun yang disambut kali kedua di Makkah....woww....romantik kan??? Jeles okeyh...ti aku ngan ehem2 pon nak camtu gak...hahahaa.okay fine...alkisah ni nak sambut anniversary ni...malam tu kami sewa laaa van...tapi yang peliknya ada group lain join...tapi x pe laaa kan.....yang paling x leh lupa ialah

NAIK VAN yang PINTU dia diikat dengan DAWAI sahaja...Sekian

hahahahaa...mmg ngeri...tapi aku ckp laaa kan.....pemandu van ni punya skill mmg terer abis laaa.....pandai tol dia menyelit...mmg kondifen betul...huuuuuu

Bayangkan laaaa korang naik van x de pintu......laju lak tu....cop2 pintu ada..tapi x leh tutup..ikat pintu tu dangan body kereta pakai dawai je....errrkkkkkk

Pengalaman manis okay!!!

Lupa nak cerita, kitorang makan NASI MANDI....Nasi dan lauk dalam satu dulang yang besar...ada kambing ada ayam... dekat Makkah ni xde restoran tau...even KFC pon stail ada kauter je..x de meja makan...sebab orang perempuan x dibenarkan makan dekat luar...dekat restoran..x leh kerja...x leh memandu kereta.....so nyerrr nak cari restoran yang boleh perempuan @ family masuk...ni laaaa tempatnya....


 


 ************************************************************************

MELAWAT MASJID TERAPUNG DI LAUT MERAH, JEDDAH

Kali ini untuk perjalanan pulang, sebelum ke Dubai kami ke Jeddah terlebih dahulu.. Kami dibawa bershopping di Pasaraya yang terbesar di Jeddah...selepas itu kami bersolat zohor di Masjid Terapung yang terletak di Laut Merah....

Haaaaa.......adik aku cakap " Kak long...nape warna laut tu biru je adik tengok?"

heheheeee....

Tau kan sejarah laut ni....peristiwa Nabi Allah Musa Alaihissalam membelah laut ni dengan tongkatnya..Masyaallah...laut ni mmg cantik...burung2 berterbangan....laut pulak jernih...nampak benda dalam....



Selesai bersolat kami pergi ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah untuk bertolak ke Dubai semula

Sempat shopping sat...beli mainan untuk anak2 pak cu Azuan...hehehe

******************************************************************


PULANG KE MALAYSIA

Alhamdulillah tiba di Malaysia dalam waktu lepas Zohor macam tu.....disambut sanak- saudara dan adik-adik aku......Alhamdulillah....sampai rumah pukul 11.30 malam....




Semoga Umrah ini bukan merupakan yang terakhir....jika yang terakhir aku kesana..maka kau masukkanlah aku kedalam Syurga Mu Ya Allah...

Niatku untuk kesana lagi tahun-tahun hadapan bersama bakal Zauj dan semua ahli keluarga yang lain..Amin......