Followers

Sunday, June 27, 2010

Sakura Hatiku di Korea (18 Jun-23 Jun 2010)

Akhirnya aku bertapak jua di bumi Malaysia
Pengalaman yang sungguh indah
Jika aku ceritakan satu persatu mungkin mengambila masa beberapa hari

Pada hari itu 18 Jun 2010,bersamaan dgn hari Jumaat
Aku bersama 10 org rakan dan 2 org pengiring menyertai
International Trip
ini
Pada mulanya kami dikehendaki berkumpul di
Kolej Kediaman Sutera Indah pada pukul 730 mlm
untuk menaiki Bas Chattar USIM ke KLIA


seperti didlm tentatifnya,tetapi almaklumlakan itu
semua janji melayu
lebih kurang pukul 8 lebih kami baru bertolak ke KLIA


Ramai diantara kami dihantar oleh ibubapa mereka
kebanyakannya yang tinggal berdekatan Nilai
seperti Selangor dan Kuala Lumpur
tidak ketinggalan juga yang tinggal di Seremban



Sampai je di KLIA,kami terus cek in luggage dan tiket
Oh,ada sejam lagi masa kami.
Jadi kami bersolat dan mengalas perut sedikit
Selepas itu kami terus cek in dan melalui pemeriksaan imegresen
Kami mengambil train ke tempat berlepas.Aku kagum sebentar
Sampai nya kami diruang pelepasan,kami bersiap sedia untuk
menaiki pesawat kami iaitu MH 066
aku mengambil tempat duduk yg bernombor 24E
Agak kecewa kerana tidak berada di tepi tingkap tetapi di tengah2
Tapi bagus jugak sebab dekat dengan skrin TV

Tepat pukul 11.30p.m kami berlepas dari KLIA ke Incheon Airport
Perjalanan lambat seperti yang dijadualkan iaitu pukul 11 mlm
Perjalanan dijangka mengambil masa selama hampir 7 jam
Kami dijadualkan akan tiba di Incheon Airport pada waktu Subuh
Seperti kebiasaan,penumpang akan diajar perkara keselamatan
semasa menaiki pesawat.
Aku tidak dapat tertidur kerana Jet Lag
makan malam disediakan,rasa dia sedap tapi pelik
sbb dlm roti tu isinya sayur cam jeruk2 siket

Oleh kerana itu,aku terpaksa melayan movie Korea yang agak best
Aku tidak tahu tajuk cerita itu tetapi ia mengisahkan kehidupan sebagai banduan yang akan dikenakan hukuman mati
akibat membunuh,kesemuanya wanita
Sgt menyedihkan dan aku asyik mengalirkan air mata
Hehehe,sempat lagi feeling atas plane

Ini laa masalahnya,menghadapi kesukaran membuang air
Biasala tandas atas pesawat mmg camtu
Xde air pulak tu. 2 3 kali aku ketandas,kali ke 3 aku x jadi masuk
sbb ada org muntah dlm sink
*&*^&%^$&^%&^*&^
So,tahan je laaa smpai Incheon nanti
Waktu subuh,lampu dihidupkan
pramugara/gari sibuk menyediakan breakfast
Aku memilih omelette instead of nasi lemak
9 Jun 2010,Sabtu
730am, kami tiba di Incheon International AirportAgak lama kami menunngu tourist guide kami
Mmg agak bengang laaa,akhirnya
Kamil,Lokman dan Saufi datang
Mereka adalah pelajar Malaysia yang belajar di KOREA
Setelah itu,kami menaiki bas ke Happy Guest Houseyg terletak di Boutigogae,Seoul
Bas dari airport sgt eklusif ok,seperti Bas VIPpadahal Incheon tu kampung je.
yang xtahan nya,Pak cik pemandu bas tu greet kami kat airport
"Sawadikap"
Lalalalala~ sape laa yg mcm muka siam tu..Acid kot..hahhahahaha
Kitorang bantai gelak
Kagum sbb pemandu bas dan teksi pakai pakai formal dan bertali leher
Sgt kemas kan..
Pada mulanya kami berasa sgt penat dan lelah kerana
terpaksa mendaki bukit yang amat tinggi untuk kesini
Keadaan di Seoul adalah berbukit bukau
Puas kami mencari Happy Guest House
Rasa tertekan dan geram dgn Tourist Guide
Akhirnya kami berjaya mencari tempat tinggal kami
terpaksa menaiki tangga yg amat tinggi
Orang korea mmg suka mendaki dan naik tangga tinggi2Masuk kedalam rumah,kelihatan seorang Ahjumma
(Mak cik pemilik rumah) sdg mengemas2
2 org wanita sedang makan di meja makan
aku agak pelik,adakah kami terpaksa berkongsi rumah
Rupanya,wanita itu adalah seorang pramugari
dia berasal dari Singapore dan berkerja dgn MAS
Seorng lagi adalah sepupunya yg menjadi teman pelancongannya
Agak comel dan tinggi,nama nya Nichole
Esok mereka akan balik..huuuu~
Struktur rumah sgt berbeza,puas aku mencari tandasrupanya tandas ada di tepi dinding,sgt unik sbb aku ingat ia adalah stor
Kami mandi dan bersiap untuk aktiviti yg pertama
Reen menjerit didalam bilik air kerana terpulas air panas
Hahahaa,suhu di Seoul agak sejuk,kira2 20 c So,aku perlu mandi air panas

Aktiviti pertama kami ialah melawat
Namsan Seoul Tower,kami turun dr rumah kediaman
dan mengambil bas ke sana.
Sepanjang perjalanan,aku melihat Negara Korea
Langsung tidak mempunyai sampah2 yang bertaburan
Sangat bersih,mereka sgt berdisiplinKebiasaannya,pekerja pemungut sampah akan memungut smpah
pada waktu malam tidak seperti di Malaysia
Bas bergerak mendaki bukit,kelihatan ramai yang berbasikal
Mahupun yang berjalan kaki mendaki bukit
terutama warga emas,mereka kelihatan cergas dan sihat
Sampainya kami di puncak bukit,udara sgt nyaman dan sejuk
sgt selesa,pemandangan sangat cantik
Hutan2 disini menghijau dan susunan pokok adalah jarang2
tak seperti di Malaysia,hutan negara kita adalah padat
Kami tiba di puncak bukit
pemandangan yang sungguh indah,kami terpaksa mendaki bukit
Mmg betul lah orang korea sgt suka mendakiRamai pelancong asing yang datang
Mungkin ramai yang bercuti kerana summer
Mereka memandang kami dgn begitu pelik
Mereka jarang melihat orang yang memakai hijab@tudung
x tahu nak berperasaan apa, sbb diorg pandang mmg dgn pandangan aneh
mcm kami ni makhluk asing je.hahhaha
Namsan Seoul tower seperti Menara Kuala Lumpur tetapi ianya tidak terlalu tinggi,oleh kerana ia terletak diatas bukit,ia kelihatan seperti binaan yang tinggi.Kami mengambil gambar kenangan sepanjang pendakian kami,letih tetapi sgt menyeronokkan
Banyak batu2 yang kami tidak tahu apakah kegunaannya di tepi2 jalan.
Encik Razak sering memperkatakan tentang subjek 'Batu" sahaja.heheheh
lain maksud tu.kami asyik bergelak ketawa.

Kami minum air bukit yang dibiina seperti paip,dan melihat pelukis2 melukis gambar2 potret
sgt cantik yer,bnyk bgunan seperti tokong2 disekeliling menara
Sgt unik dan cantik.berkenalan dgn seorang Ahjumma,dia bersama anak dan cucu nya melawat
N.Tower ini,mereka berasal dari Pulau Jeju
Cucu dia sgt comelSi Lokman Tour Guide kami dgn murah hati belanja kami pop corn
yekkk...lain benar rasa..rasa masin!!
hahaha..korang penah x makan pop corb rasa masin neyh.
Salu aku nak tngok wayang makan pop corn rasa manis..ni masin
Disekeliling menara,kelihatan mangga dan kunci diletakkan dipagarIanya sebagai tanda pelancong2 yang pernah berkunjung ke situ.sungguh unik
Selepas itu,kami meneruskan perjalanan ke Namsangol Traditional VillageKami menaiki bas yang sama,sekali lagi kami terpaksa mendaki
Mmg kurus laa kau kalau duduk korea ni
Kami melalui Gate kedua kerana Majlis Perkahwinan berlangsung disitu
Ramai pelancong berkunjung disitu dan agak sesak
Pertunjukkan budaya sepeti Tarian Gendang dan Pedang dipersembahkan
kepada para pelancong.Sgt unik.Terdapat banyak permainan tradisional yang boleh dicuba
seperti Gasing Pukul,Sepak Bulu ayam,dan masukkan buluh dalam lubang
kesemuanya kami main,sgt seronok.Rasyid dan Zahabi turut sama bermain sepak bulu bersama pelancong korea
Zahabi handal bermain mungkin kerana permainan itu sepeti Sepak Raga
Kami berkenal-kenalan.Kata mereka,Mereka suka akan Malaysia
Malaysia Best!!Kembang jap.hahahahaha
Seorang gadis korea yang kelihatan berperangai comel turut bermain sepak bulu ituDah laa pakai skirt pendek,seronok laa budak laki menjamu mata
tapi kan,aku tngok perangai dia sama je mcm dlm cerita korea
Berperangai comel2 dan manja..huhu.aku pon x paham.

Turun dari Village itu,kami singgah di Restoran Cina
X berselera aku nak makan bila tngok ada menu Nasi POrk
eyuuuu...kami makan nasi goreng telur,aku sgt suka makan sup telur
First time makan kimchiselama ni tngok dlm cerita jer,rupanya Kimchi ni adalah sejenis kubis yg dijeruk
owh,sorry yer,aku mmg x leh telan.pelik tol rasa dia.
lepas makan,kami pergi ke kedai runcit untuk membeli kad ID telefon
Kami perlu roaming terlebih dahulu jika ingin call sanak saudara
Selepas itu kami menaiki subway ke Itaewon.Aku sgt kagum kerana di korea,kemudahan awam sgt maju
Bayangkan Subway mereka tiga tingkat
Macammana mereka membina keretapi bawah tanah sampai 3 tingkat
Sedalam manakah mereka korek tanah??Persoalan timbul
Kami perlu menukar train sbnyk 2 3 kali untuk kesatu tempat tetapi semuanya
bawah tanah.hebat kan...train mereka sgt cekapx sperti di Malaysia.
Dah laa lambat...huuuuu~
Sampai di Itaewon,kami melawat Masjid Seoul
Sgt besar dan cantik, Secara purata hanya terdapat 14 buah masjid sahaja di Korea
Semuanya atas inisatif penduduk yang kebanyakan datang dari negara seperti
Pakistan,India dan Kaum2 lain.sikit je kan.Di Masjid itu, aku dan Reen sempat berkenalan dengan seorang Noona,
Dia serta suami dan anaknya sering datang ke Masjid itu
Mereka amat berminat tentang Islam,mungkin x lama lagi mereka akan memeluk Islam
Anaknya masih kecil,sgt comel. Tok Imam itu yang memeperkenalkan
mereka tentang Islam.Dia memberi nama kepada Noona itu Fatimah dan Suaminya Haidar.Anaknya yang masih kecil itu diberi nama Islamnya Bilal.Mereka tinggal di Seoul,dan ada bertanyakan kami tentang Islam
Mereka berminat tentang Islam kerana mereka cakap
"Islam believe in God,same like Christian"
sbb tu laa mereka berminat pasal Islam
Satu lagi nak bgtau,nak pergi masjid kena mendaki bukit yg tinggi lagi
mmg kerja mendaki laa kitorang

Selepas selesai menunaikan solat,kami berjalan2 di sekitar Itaewon
Budak lelaki terpaksa menginap di hotel di sekitar Itaewon dahulu
Esoknya baru mereka Check in kat Happy Guest House.
Kat kawasan masjid adalah kawasan org Islam,terdapat bnyk kedai2 muslim disituSementara kawasan tmpat budak laki menginap ialah kawasan Nigen..mmg puak2 Nigeria laa dok situ.Kedai makanan kat situ semuanya ada kepala babi.
Kitorang gelak2 je tngok hidung babi yang diamasak...eiiiyyy
Selepas selesai check in,kami window shopping di Itaewon
Nashriq kemudiannya dtg,dia laa yang bnyk menghantar email kpd kami
Aku kagum dgn dia yang sgt fasih berbahasa koreaSmpai aku tngok muka dia pon cm muka korea
Agaknya sbb lama sgt tnggl di sana
Nashriq kini berada di tahun 4 dlm bidang Engineering
Barang2 disini boleh tahan harganya
Ada yang mahal.Matawang korea 3 kali ganda drpada matawang Malaysia
bygkanlaa 1000 won bersamaan RM3huhu....aku sgt teruja belajar komunikasi dgn penjual
Kebanyakannya ditranslate oleh pemandu pelancong kami la
Nashriq dgn Kamil..pandai tol diorang
Ayat selalu aku ckp ialah "Almayeyo" mksud dia berapa harga
bila org tu jawab aku daa x paham daa..so tnya laa ngn kamil..hehehe
Perkataan yang En Razak cakap ialah Kamsa Hamnida bermaksud "terima Kasih"
hehehe..kelakar pulak..Aku membeli alas meja yang bercorak tulisan korea dan chopstik serta
pengalas mangkuk di sebuah kedai cenderamata
Ahjussi disitu sgt ramah..En Razak membeli Teh Ginseng..
selepas itu kami berjalan dikawasan itu,ada diantara kami yang membeli Hanbok
Tetapi Halmuni itu sgt garang.sbb aku x beli barang dia,
dia x kasi aku duduk depan gerai dia
sgt garang,dan marah2 dlm bahasa korea.Kami berhenti solat sekali lagi di masjid dan kemudian menjamu selera
di sebuah restoran India..kami makan Nasi Beriani
Boleh tahan laa jugak sedapnya
Budak2 ni mengong2 gi gossipkan kau ngn tuan kedai tu
Nama dia Wazwan..org Pakistan.cisss..Depan kedai makan tu,ada sebuah kelab Trans gender
Dimana nyah2 mencari pelanggan
geli giler tngok nyah2 tu,seksi nak mampos.
duduk depan kedai cari pelanggan.
Semasa membeli barang2 untuk membuat sandwich untuk picnic esoknya
ada seorang mamat Korea,ditangannya memegang arak
mungkin sedikit mabuk..dia ingin berkenalan dgn kami
ttp x tahu berbahasa inggeris,terpaksa laaa kami panggil Kamil
Kamil kata,mamat tu ckp comel pakai tudung.dia nak berkenalan..hahaha
Kami balik menaiki subway ke Boutigogue..
Sgt penat kerana asik mendaki bukit dan berjalan kaki sahaja
malam tu kami tidor dgn lenanya.

20 Jun 2010,Ahad
Aku bangun sedikit lewat,lena betol tidur,mmg katil sgt empuk
Today adalah sgt ditunggu tunggu.Kami akan berkelah di Nami island.
Nami Island adalah sebuah pulau yang sgt terkenal.
Disitu jugalah tempat penggambaran filem Winter sonata.
Dari Cheongrangry Station>Gapyeong Station untuk ke Nami Island.
Kami menaiki Feri.Kami menaiki train dan tidak mendapat tiket,terpaksa berdiri selama 40 minit kerana
perjalanan ke sana amat jauh,penat ok..dpt duduk jap je,pastu ada tuan kerusi dtg...hampeh tol.

Didalam tren,disediakan khidmat seperti dlm pesawat.Ada ahjumma yng sediakan makanan
tp bukan percuma,kena beli..hehehe.
Sampai di Gapyeong station,

Aku sempat bergambar dgn budak kecik comel yang pelik sbb kitorang pakai tudung.
aku rasakan perasaan kealienan makin bertambah.hahahha

kami menaiki bas.Sampai disitu kami sgt teruja melihat penerjun2 bungee jump melakukan terjunan.Amat ngeri aku rasa..tinggi kot.
Kami menaiki feri dan berebut untu ke tingkat atas untuk melihat pemandangan.Cantik sgt!!
Sampai laa di Nami Island..waaaa...aku sgt kagum dgn kecantikan alam..sgt cantik pulau ni
Pokok2 tersusun sebaris jer..cantik sgt..Ok lupa nak ckp..tour guide untuk hari ni adalah Kamil dan Sopek.Saje nak mention.Kami berhenti di sebuah meja untuk berpicnic disitu,makan roti sandwich telur yang kami masak + cekedis+ jus oren + jagung.sedap..hehehhe
Jagung kat sini mmg sgt pelik sbb rasa pulut.
Pelik kan..mmg lain dr jagung kita..ape laa diorg bubuh agaknya
Lama jugak kami makan,smbil gelak ketawa..tak tahan tol
Pemandangan alam..subhanallah mmg sgt Indah.
Kami tidak puas snap picture di merata tempat.
Aku dan Kak aida menyewa kereta mini untuk bersiar2 keliling pulau
kos nye adalah 10 000 won..bersamaan RM30..30 minit..tp puas laa
seronok sgt.
The real korea is, jika korang daa berumur 18 tahun tp still xde pakwe
mmg looser giler ahh
..
tu laa diorg nye mind,mmg daa set cmtu..ape laa..
Sbb tu laaa bila kat mana2 jer..penuh dgn org berasmara
kalau tngok lam cerita korea,cam sweet jer..tp bila tngok real
daa bnyk sgt,mula cam nyampah
diorg bangga laa..huhu..


Balik dari Nami Island,kami mengambil teksi ke Gapyeong Station,waaa...ni lagi satu
kekaguman yg dapat aku rasa..teksi kat sini wahhhh...sgt mewah
sgt selesa dan kereta yg digunakan untuk membuat teksi adalah Kia
Kalau bayar mahal pon aku sanggup,,ye laa ni x bayar mahal tp teksi buruk.
Perjalanan pulang selama lebih kurang 1 jam 30 minit...kami menukar Subway bawah tanah
menuju ke Bandar Seoul,kemudian kami melawat Gwanghwamun yang merupakan
lokasi penggambaran IRIS kemudian bersiar-siar di Chonggaechon,City Hall
Aku sgt teruja melihat bunga-bungaan disini hidup subur dan cantik2


Padang rumput disini sgt bersih,smpaikan mereka dok berpicnic dan baring-baring atas rumput...bestnyer kan...tp aku belum cuba laa sbb x sempat nak baring.
Sampai di sebuah tugu,ada seorg pakcik ni,dia bawak kerusi rehat.pi masalahnya dia nak bersantai dpan tugu..x logik betol,pastu mulaa la kena halau dgn pengawal
Org korea ni kan,diorg jenis mudah melwan dan ikut suka hati dia je.
Masa aku ngah posing atas rumput,ada seorg pakcik amik gmbr aku.
Guna kamera dia yg sgt canggih,fulamak.Cantik siott gmbr aku..
kalah model..hahahhaa....aku kasi email.tp possibility nak dpt cam susah jer..huhuhu

Malamnya kami makan TOBUKI di Sindang-Dong. TOBUKI adalah sejenis makanan yang berupa mee. Mee dia macam meggi....makan dlm periuk,panas2....fuhhh...sedap jugak
tapi kebiasaannya budak pompuan x kan abis laa..huhu...bnyk sgt. Nak makan TOBUKI ni kena pakai apron takot mercik..hehehhee...unik tol.
"Cowaiyo Tobuki Sindang-Dong,Mashisayo"
maksudnya....sy suka makan Tobuki di Kawasan Kejirananan Sidang keran sgt sedap..aku belajar ckp korea..hehehee

21 Jun 2010,Isnin
Hari ni kami melawat Universiti Dongguk, Universiti Korea dan Universiti Songkwankun.
Penat tapi berbaloi..universiti kat sini sangat canggih dan moden.
Contohnya Universiti Korea,universiti ke-2 terbesar selepas Seoul.Walaupon lama
tapi bngunan2 kat sini kesemuannya nampak baru dan masih cantik.
teruja tngok kawasan universiti yg sgt indah.Ramai student dari Malaysia membuat Master dan Phd disini terutama dlm bidang Biochemistry.Ada seorg akak tu,dia dan suaminya membuat master di Dongguk University,dlm pengkhususan kosmetik.
Katanya,kebanyakan produk kecantikan di Korea berasaskan tumbuh-tumbuhan dan selamat digunakan.
Seterusnya kami ke restoran Makanan Jepun.Memakan wasabi yang amat pedas.
Org Jepun dan Korea suka makan nasi pulut,pulut hitam,pulut putih..semua ada.
Mereka makan nasi dalam kuantiti yang sedikit tetapi lauk pauk mereka sgt bnyk.
Ada sejenis masakan,seperti asam pedas.tetapi x de daun kelesom.Kak Aida makan dengan berselera kerana sudah lama x berjumpa nasi.
Kebiasaannya,kedai-kedai makan di Korea tidak menyediakan air manis.Mereka akan menyediakan air kosong yang sejuk sahaja.Sgt bagus kan...mmg jarang jumpa..x jumpa air manis pon.kecuali air jus..22 Jun 2010, Selasa
Hari yang ditunggu, kami ke Namdaemun dan Myondong. Tempat-tempat ini merupakan tempat membeli belah.mmg syurga membeli belah. Kami dibawa ke tempat keronsang.Sgt bnyk sehingga memukau penglihatan aku.



Tempat ini memang menjual dan membuat keronsang.Kebanyakan yang dieksport ke Malaysia adalah Brooch korea.Sgt cantik..dan harganya..boleh tahan jugak laa..
Aku membeli sedikit buah tgn untuk ahli keluargaku.Kami singgah makan di Restoran Korea,merasa makanan korea dan duduk bersila.Meja panjang ini kami tempah Khas.makan sotong yang dimasak pedas,telur dan nasi.Nama masakan ini adalah Nakci Ogingi-Sotong biasa.Nakci Bulkogi-Sotong Kurita dan Kibimba' adalah korean food..
kemudian kami ke Lotte World,sebuah taman tema seperti Disneyland.sgt seronok dan kami bermain sehingga malam.
bermain roller coaster,Gyro Swing,Rumah hantu,dan satu permainan yng aku x pernah main iaitu free falling.Perasaan jatuh dr bngunan 30 tingkat ok..kalau kat genting x laju..tapi yg ini mmg rasa hampir mati..hhahahhaa...bermain permainan 3d..seperti menaiki roller coaster..tp sebnrnya kerusi shj yg bergerak.
Menaiki Hot air ballon,mengelilingi Lotte world,mula2 gayat...then aku leh stabilize...whatever it is...sgt seronok!!!!

23 Jun 2010,Rabu

Kami pulang ke Tanah Air pada jam 1100 pagi. Pengalaman ini tidak akan aku lupakan sampai bila2 kerana ia memberi seribu kenangan yang bermakna kepada aku.
Aku berharap mendapat peluang melancong ke tempat org lagi kelak agar pemikiran dan pengalaman aku lebih terbuka nanti..Terima kasih kepada semua yang menjayakan International Visit ini.
Terima kasih kepada
Sarang,Sopek,Kamil,Nashriq,Zafran,
Hairil,Halian,Bob,Hazim
sbb jadi pemandu pelancong yg best!!


_enD Of sakurA Story_