Followers

Tuesday, October 30, 2012

Kenapa Lelaki kena pandai memasak?




Gambar ihsan Lukisan Dakwah Islam

Antara sunnah nabi ialah menolong isteri memasak di dapur...
Sesungguhnya junjunganku yang terbesar ini adalah contoh yang paling terbaik...http://www.emocutez.com
Masyaallah...


Tapi contoh yg terdekat ialah my ABAH....dari mula kahwin...
smpai dah sekarang...dah umur 51 tahun tp masih masuk dapur lagi 
masak2 sama dengan mak.....

Walaupun mak sekarang sakit....pergerakan terbatas..
tapi abah setia membantu dlm soal kerja rumah...memasak..
penting tau laki pandai buat kerja rumah sebab ya laa kita x tahu
perkara2 yang boleh terjadi dimasa hadapan kan? http://www.emocutez.com

macam aku ni..x expect pon mak akan sakit macam ni
Tapi tu semua dah ditentukan Allah..

Selalu sangat kalau kat mana2 je mesti orang membahaskan isu memasak ni


MEMASAK DALAM KALANGAN WANITA

lelaki selalu kata nak pilih perempuan yang pandai masak jerr
macam2 laaa...nak yang serba serbi boleh
Lepas tu perempuan pon balas lah..


"Eleh..dia tu baca Al-Fatihah x lepas..nak jadi imam apetah lagi.." http://www.emocutez.com

So perdebatan berlaku laa..
masing2 nak tunding jari kat masing2

Memang penting perempuan ni pandai memasak kan...
tapi x leh laaa nak lekeh2 kan perempuan
why not kita sama2 melengkapkan antara satu sama lain
bukankah itu objektif perkahwinan?
kahwin bukan untuk halalkan ape yang haram jeeeee...
Gambar Hiasan

x pandai boleh belajar...Manusia x sempurna semuanya

Bagi yang lelaki...
X pernah ker terfikir nak ikut sunnah Rasulullah mcm ni
Ye lah kan dari sekecil-kecil sunnah sampai lah yang sebesarnya
kalau diamalkan beroleh ganjaran pahala yang tak ternilai kan??
So x perlu lah aku rasa nak lekeh2 kan perempuan yang x pandai masak ke

Sebab tugas memasak ni sebenarnya tugas berat


Tengok je lah kalau chef2 besar 
kebanyakan lelaki kan??
Chef wan pon bolehhhh!!

sebab masak ni bukanlah tugas ringan..

Kadang2 ada sebilangan perempuan ni
dia tidak diajar untuk masuk kedapur masa diorang kecik2...muda remaja dulu
ye laa...terutama di kota...mak ayah mereka pon jarang sekali masak
makan kat luar je....that's why kalau anak diorg pandai masak tu kira ajaib laa
x pun memang anak dia tu minat masak....
tu certain case laa kan...

Yang kedua lak..ada sesetengah ibu bapa
dia suka anak dia belajar...belajar...belajar...

mereka kata " Belajar je nak.......jangan fikir hal lain"http://www.emocutez.com

"Mak Abah nak kamu tu jadi doktor..so jangan sibuk2 laaa hal lain
memasak semua ni dah nak kawen nanti belajar laaaa..."
Disebabkan sibuk..last2 memasaknyer entah kemana.. hehee

Yang ketiga pulak, ada sesetengah ibu bapa ni
dia macam rasa anak dia sentiasa kecil
That's why kalau anak2 diorg nak tolong memasak ke..diorg x bagi
kalau bagi pon memang menyakitkan telinga laa
Rule dan peraturan disebut-disebut banyak kali

"Kuali tu letak macam ni"
"Basuh ikan tu macam ni..."
"Eh nak....sayur tu kena potong macam ni" http://www.emocutez.com

Tu tahan lagi...kalau yang jenis x suka dapur sepah2
sekali disepahkan oleh anak diorg...berangin laaa pulak mak korang tu
last2 kena bebel 24 jam..




"Sape suruh pecahkan pinggan mama!!"
"Ni nape pulak berminyak2 dapur ni...
kan mama dah kataa x payah!!!

hahaha...last2 minat anak yang konon2 nak memasak tu merudum sama sekali
last2 nyerrr..in the end...anak2 tu berada di takuk yang selesa

Yesss x yah laaa belajar masak...http://www.emocutez.com


Cuba tengok student2 yang belajar Oversea..
disebabkan nak kena survive
diorang pandai serba serbi
MEMASAK tu laa yang bonus
rata2 lelaki yang belajar oVEr the Sea..mmg pandai masak
ye laa...Masak raya pon hebat
rendang laa ketupat laaa...nasib baik diorg x mengacau dodol kat negara omputeh tu
kang masuk berita lak...semua omputeh london teruja dengan dodol...hahahahttp://www.emocutez.com


Memasak ni adalah SKILL

dan bonusnya adalah minat


Skill memasak ni boleh dipelajari
tapi minat tu atas diri masing2...
Orang yang ada minat ni lain...



makanan yang dia masak semua sedap2
anak2 dia pon gemok2 sehat..laki dia pon boncet semacam..haha
bahagia....mak masak sedap.......Alhamdulillah....



Jadi yang lelaki tu...kalau belum beristeri atau pon dah berkahwen
aktiviti memasak bersama isteri ni memang boleh menjadikan hubungan suami isteri tu erat
Lebih Bahagia.....masak pon sedap je
yang paling penting...kalau isteri x dapat masak..isteri sakit ke...Cik Abang leh buat
kan kan....http://www.emocutez.com

Ape salahnyerr....kalau dua2 buta memasak sejak kawen
Ape salahnya wujudkan aktiviti  menyelerakkan dapur
menabur2 tepung...menghangitkan nasi.....menghanguskan ikan di hujung minggu
sweet ape...
Tengok laa cerita korea semua sweet2 mcm tu...selalu je ade adengan
masak sama-sama kat dapur...ataupon laki tu sediakan makanan ke...hehehe
Melayu ade??http://www.emocutez.com
hahaha... (saya bagi contoh je okay?)



Lelaki kena ada skill memasak..at least masak nasik...masak goreng2 yang ringkas tu
at least kalau Isteri dia carik lain dia boleh survive untuk beberapa bulan
sebelum carik bini baru..hehehe...gurau okay!!http://www.emocutez.com
(Ambil nota cepat!)


Macam Abah saya laaa...dia boleh buat serba serbi
Abah is the best man in my lifehttp://www.emocutez.com
Dari dulu smpai skrg dia tolong mak masak
Sampai dia jadi lagi terer masak dari mak
Atuk pon selera makan ape yang abah masak
bukan senang wooo nak bagi atok aku makan http://www.emocutez.com
atok cerewet wooo bab2 makanan
tu maknanya masakan abah powerrrrrr
Bila mak sakit pon abah still masakkan
Adik2 jantan tiga orang aku pon sama
semua pandai memasak.....buat kerja rumah

Kalau ada anak...ajarlah mereka kemahiran hidup
supaya anak tu jadi orang yang berkemahiran dalam hidupnya...
okay laa..tu je nak coret..bye2


1 comment:

insan_marhaen said...

Abah kak long mmg dr bujang pandai masak...