Hari ni aku bersama abah dan adik2 ke kubur emak....
Dah 4 hari emak meninggalkan kami...tapi aku masih merasa emak ada dengan kami...
Rasa berat perasaan ini ketika hendak meninggalkan kubur emak..
Melihat adik memegang penanda kubur...termenung....merindui emak yang sudah tiada
Ku tarik adik masuk kekereta..
Hari ni agak lambat kami melawat kubur emak....sekitar jam 12.00 tengahari..
Abah mengetui tahlil diiringi kami adik-beradik...
Balik ke rumah...aku masih lagi ternampak-nampak ibuku
Di dapur....di ruang tamu....bilik air.....
setiap ceruk ruangan rumah ini..masih lagi terasa kehangatan emak....
Aku menarik nafas panjang...melepaskan bebanan di hati...
Ku titipkan doa usai bersolat zohor..ku sedekahkan bacaan ayat2 suci Al-Quran kepada emak...
Emak......
Ibuku Haslina Binti Othman...Allah meminjamkan emak ke dunia ini selama 48 tahun...
ibuku masih muda....dan aku anak sulung...
Tetapi Allah lebih menyayanginya....Allah ingin memberikan ganjaran besar
yang kami sekeluarga tidak nampak lagi....In Shaa Allah
Terkenang-terkenang.....tetapi sudah tiada air mata yang mengalir
cuma termenung di sudut bilik mengenangkan memori-memori antara kami
Penghujung November tahun lepas iaitu 2011
Ibuku disahkan menghidap penyakit Kanser Payudara Tahap Ketiga
Ketika Emak mengkhabarkan berita itu.....tanganku bergetar..
dadaku berombak...terasa sesak didadaku...Ya Allah..
Pada waktu itu, aku bersama rakan-rakan teman serumahku di USIM
keluar membeli belah di Tesco....kerana tidak dapat menahan perasaan yang
berat ini....air mataku terhambur keluar tanpa mempedulikan pandangan orang disekitar..
Ibuku masih kuat semangat..walaupun sel kanser yang menyerang itu agak agresif
tetapi emak masih bertahan..dalam masa yang singkat kanser itu menyerang dengan hebat
kawasan kanser menjadi sangat besar dan menyukarkan doktor untuk membuat pembedahan
membuang kawasan kanser itu.....
Jadi Emak terpaksa membuat rawatan kemoterapi sebanyak 7 cycle
Semasa menjalani rawatan kemoterapi...aku setia menunggu emak di hospital...
semasa ubat kemo dimasukkan melalui salur darah emak.....aku melihat emak seperti
menahan kesakitan...Kata emak...pada mulanya....badan emak terasa sangat panas
seperti dibakar...kepanasan itu naik sehingga kekepala
tetapi dengan berbekalkan ayat2 suci Al-Quran yang diajari oleh Tokki aku...
Emak membacanya berulang kali...dan keajaiban berlaku apabila
rasa panas itu sudah tiada.....kebiasaannya pesakit kemoterapi akan mengalami
syndrome selepas menjalani rawatan...muntah2 loya....hilang selera makan..
dan yang paling ketara...rambut2 semakin gugur sehingga hilang kesemua rambut....
Mak seorang yang tabah...dia sangat cekal dan kuat
dia menahan rasa sakitnya...walaupun sakit tetapi emak masih lagi ingin membuat kerja2 rumah
puas aku melarang....tetapi tidak diendahkannya....
dirinya seorang pengemas dan pembersih....oleh kerana itu dia tidak suka melihat rumahnya
bersepah dan tidak kemas....
Sepanjang emakku sakit...aku membantu dalam selok belok urusan hal ehwal rumah
Aku memasak....membasuh....menyidai....mencuci.....dan hampir semua kerja2 rumah
diselesaikan oleh aku...dan adik-adikku turut membantu.....
Aku melihat perubahan emak.....selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi
Mak menjalani pembedahan.....usai pembedahan...mak menjadi tidak kuat
dan aku menjaganya sehingga dia kuat sedikit untuk berjalan
Kehidupan bertukar corak...ibuku menjadi seorang yang penyabar...
Aku kasihan melihat emak yang uzur namun dia tidak pernah mempertontonkan kepada orang ramai
Sesiapa sahaja yang melihat emak pasti akan menganggap emak sihat....
Tetapi...hanya Allah sahaja yang mengetahui....
Hari Raya Puasa...
Disaat itu ibuku menyuruh aku pulang awal dari kerja...
ada kejutan katanya...rupa-rupanya
emak hendak mengajak aku ke kedai emas dan membelikan gelang tangan emas untukku...
Tidak kusangka.....gelang tangan ini menjadi peninggalan terakhir emak kepadaku
Juga rantai emak kini menjadi harta peninggalan emak kepadaku....
Setiap kali aku memandang rantai emas ini...hatiku sebak......
Pada Hari Raya Puasa yang lalu....emak ingin memakai selendang
katanya Mak De (kakak Emak) nampak lebih ceria apabila memakai selendang
Mak x nak kelihatan sakit dimata orang ramai....jadi aku memakaikan emak selendang
menghias emak cantik2.....sungguh gembira hatiku melihat rupa ibu ku
Pada hari raya haji...emak membantu aku menyediakan nasi minyak
biarpun sakit tapi emak masih ingin menolong.......
Kulihat selepas pembedahan....emak bertambah pulih
walaupon sakit juga ditangan kanannya akibat ketegangan
kulit2 ditarik untuk menutup luka pembedahan
hal ini menyukarkan tangan emak bergerak bebas....
Ku sangkakan panas sampai kepetang....rupanya hujan ditengah hari
Suatu hari....emak diserang Kayap....ketika ini
emak merasa kesakitan yang amat sangat...
pada waktu itu....mak bangun bersolat malam...dan sakit itu penyerang
Dicapainya surah yasin dan dia sujud kehadrat Ilahi memohon pertolongan
agar kesakitan yang dialami pada malam itu beredar...
Mak memohon sangat kepada tuhan...
Kuasa Allah.....
Keesokan harinya....mak tidak lagi merasa sakit sebegitu....Subhanaallah...
Selepas pembedahan....emak terpaksa menjalani rawatan kemoterapi lagi
kerana kesan pembedahan yang masih belum mengecut
menyukarkan paramedik merawat emak menggunakan kaedah Radioterapi
Ketika ini....tiba2 emak mengadu kesakitan dan rasa senak diperut
akan tetapi doktor tidak memfokuskan untuk merawat kesakitan diperutnya
sebaliknya ingin meyelesaikan rawatan untuk kanser payudara...
Selepas sebulan...keputusan daripada diagnosis menyatakan bahawa
Sel kanser telah merebak kebahagian hati....
Menangis pilu aku mendengar perkhabaran itu...
tidak tertahan rasa hati ini bila mengenangkan Emak
Aku yang kini sudah bekerja sebagai pegawai bank;...
aku berasa terkilan kerana tidak berada disamping emak sepanjang masa
Aku tidak memilih untuk bekerja....aku suka berbisnes...
tetapi kerana ingin memuaskan hati ibuku....aku menyertai temuduga
di Scope International Standard Chartered dan aku diterima bekerja disitu,..
Emak sangat gembira...mukanya bersinar2....
Jadi aku tidak mahu menghampakan ibuku...itulah niatku
Sepanjang emak sakit....aku banyak menangis dipejabat...
biarpun tiada siapa yang menyedarinya...
aku merasa sangat sedih apabila ibuku masih belum sembuh
malah penyakitnya bertambah teruk....
Setiap penyakit ada ubatnya....kami begitu berusaha menolong mengubati Emak
Segala jenis bentuk perubatan dicuba,....perubatan moden...perubatan islam...perubatan tradisional
Suplemen....namun....tiada yang serasi....penyakit mak masih tidak dapat diubati
Isnin 2 minggu lalu....aku bertekad untuk menjaga emak setiap malam selepas kerja
Biarpun jarak Hospital Kuala Lumpur Dari Bukit Jalil hanyalah 30 minit perjalanan
tetapi aku tidak pernah sampai dalam masa 30 minit....Jem setiap hari...
Namun, aku masih gagah ke sana...
Pabila sampai dihospital...aku bertukar Shift dengan Naim dan Akram..
Hampir sebulan didalam bulan November ini...kedua adikku Naim dan Akram
yang menguruskan kebajikan emak...
Emak tidak membenarkan Abah mengikut emak ke Kuala Lumpur
Kebiasaannya...Abah yang menghantar emak ke hospital dan abah tidur di hotel
Kali ini emak tidak membenarkan dengan alasan Abah terlalu banyak ambil cuti
dan emak mahu abah menguruskan hal-ehwal pelajar di sekolah
Abahku adalah seorang Pengetua di Sekolah Menengah Jengka 10
Kereta Vios Emak digunakan oleh Naim untuk menghantar emak ulang-alik dari HKL ke Keramat
Sepanjang tempoh rawatan emak di HKL, mereka tinggal di rumah sepupu di Keramat
sehingga lah tempoh 2 mingggu terakhir emak juga...
Tetapi 2 minggu terakhir, emak tidak lagi berulang-alik ke hospital
setelah disahkan oleh doktor bahawa Kanser telah merebak di hati emak....
Emak dimasukkan ke Wad Radioterapi dan Onkologi di HKL
Kali ini wad Kelas Pertama ada kosong...dan emak mendapat bilik yg hanya 2 org pesakit
Bilik nya agak selesa....tetapi sangat sejuk...
Hari pertama aku menjaga mak iaitu Malam Isnin..
Aku sampai di hospital...dan mak senyum kepadaku..
Adik2 aku pulang ke rumah di Keramat...
"Mak dah makan ke?" Mak kalau nak air kak long buatkan...
Begitulah pertanyaanku....
Kami berbual-bual sehingga emak tertidur....
tetapi apa yang dibualkan itu tidak lah terlalu banyak kerana emak cepat keletihan
Lalu aku tertidur....aku cuma menghamparkan tilam nipis seakan comforter di lantai
dan aku tidur diatas lantai berbantalkan beg....
Pagi esoknya....aku membantu emak bangun dari katil
Keadaan perut emak yang membesar persis mengandung 5 bulan itu
menyukarkan pergerakan emak
terutama ketika hendak bangun dari katil
tetapi mak masih mampu berjalan dan pergi ke bilik air dan aku menemaninya
tak sanggup membiarkan emak yang uzur itu berseorangan
Pada sebelah malam, emak akan terjaga dan memanggil aku
kerana emak dahaga...atau ingin ke bilik air
semakin lama aku melihat tubuh ibuku susut...kerana selera makannya telah hilang
Cuma apa yang masih dia selera adalah Susu Kambing...Air Madu.....dan makan cuma sedikit
Itulah pekerjaanku....aku memandikan ibuku...menyediakan makanan dan air untuknya
mengurut2 badan dan kakinya.....membalas mesej rakan-rakannya...
Ketika rakan-rakan emak yang merupakan guru di SK Desa Jaya menghantar mesej
kedalam enset emak...aku yang membalasnya...kerana emak tidak berdaya
Entah kenapa naluri aku kuat...aku meminta rakan2 emak melawatnya
kerana aku merasa tidak sedap hati keatas diri emak....
Aku tidak pasti ....tetapi aku takut mereka tidak sempat melawat emak....tidak sempat meminta maaf kepadanya
................................................
Teringat2 emak aku menceritakan kepadaku perihal sekolahnya
Emak mengajar di sekolah telah lama....tetapi satu penghargaan tidak pernah diberikan kepadanya
Emak kata...sedih tu memang sedih sebab orang tak hargai kita
bukanlah hadiah dan pengiktirafan yang emakku kejar
tetapi apa salahnya memberikan pengiktirafan itu kepada guru2 senior yang telah lama mengajar
disamping mencadangkan nama2 guru2 baru...ataupun guru2 yang rapat dengan pencalon itu
sungguh tidak adil...Allahuakbar
Mungkin emak rasa sedikit kesal...kasihan ibuku...
Jasa emak banyak disekolah...selain mendapatkan prestasi membanggakan dalam Subjek Sains dan Matematik
Emak juga memegang bnyk jawatan termasuk menguruskan kedai buku...
tetapi itu semua tidak diambil kira.....
Kadang2 kawan boleh jadi lawan kan....sabar mak....
tetapi ibuku sangat baik....dia memaafkan segala-galanya....
Hmmmm....rindunya......
Setiap pagi...sebelum aku pergi kerja....aku akan menyapukan kepala emak dengan minyak zaitun
Menyikat rambut emak.....menyapukan pelembap ke muka emak
dan pelembap bibir...serta menyapukan bedak ke muka emak...
masih teringat lagi kata2 emak...
" Kak long x yah mekap mak beria2 nanti doktor kata emak sihat pulak"
hehe...tergelak aku....tapi aku nak bagi muka mak berseri-seri2
tak de lah nampak teruk sgt...
tapi serius....biarpon teruk menahan sakit namun wajah emak masih lagi bersih....ceria...
Allahuakbar!!
Berat hati meninggalkan emak dikala aku hendak ke ofis.....tetapi apakan daya...
aku hanya pekerja.....
Yang aku tak puas hati dengan HKL ni sebab parkingnya tiada limit....
dari pukul 9 malam sampai 9 pagi...RM12 aku kena bayar setiap hari
Bukanlah aku berkira...tetapi aku rasa ianya seperti mengambil kesempatan terhadap orang
yang dalam kesusahan....
Setiap hari tatkala pulang dari tempat kerja yang terletak di Technology Park Malaysia
Dalam kesibukan jem....aku teringat emak....lantas air mataku bercucuran
ditemani lagu Teman Pengganti...membuatkan perasaan aku bertambah sedih
Pada hari jumaat, aku terpaksa meninggalkan emak
aku tidak dapat menjaga emak pada waktu malam
dan Mok De Zaimi menggantikan tempat aku.....
Aku terpaksa kerana aku berkonvo pada hari Sabtu 24 November 2012
Jadi aku mengambil keputusan untuk tidur di Nilai
Kerana takut terlambat keesokan harinya
Alhamdulillah Mok De aku memang nak sangat menjaga emak...
Hari Sabtu, aku berkonvo...
hanya Abah, Akram dan Adik je yang menemaniku
Walaupun sedih tetapi entah mengapa hati ini sudah tidak dapat mentafsir lagi
Meskipun aku sedih melihat semua orang bergambar ceria dengan Ibu dan Ayah
tetapi Emak tidak dapat menghadirkan diri disaat penting dalam kehidupan aku
Tetapi aku redha.....aku tahu keadaan yang langsung tidak larat itu.....
Baliknya aku dari konvo...kepala ku sangat pening
mungkin aku dah lama tidak memakai Contact Lens agaknya
Pada malam tu, mak sudah tidur...mak tak bercakap apa2 pun
Mak tidak bertanya langsung perihal konvo..
Kerana sakit kepala yang teramat sgt...aku tidur awal
Tiba2 mak mengejutkan aku kerana ingin ke tandas..
dek kerana sakit kepala....aku berjalan terhuyung hayang....
Minggu kedua emak dihospital...
emak menunjukkan tanda2 yang berbeza...
emak semakin tidak bercakap...hari Isnin...selasa...
mak banyak tidur.....makan pun tak.....minum susu jer....
Rasa berat sangat hati ni tengok mak
Aku masih ingat masa tu Doktor sedang memeriksa Emak diawal pagi...
Aku menunggu sehingga emak selesai rawatan...
Aku pergi kerja lambat...kerana aku rasa berat sangat hati
mak kata " pergi lah kerja....nanti Awak lambat pulak...bukan mak halau ye.."
Akur dengan kata2 mak....aku pergi kerja.....
Rutin harianku macam biasa...
Pada waktu malam itu, Abah menelefonku.....dalam nada tertahan-tahan
abah memberitahu sesuatu yang aku memang x nak dengar
Kata abah... " Kak long....mak tu dah teruk dah....Ayah ngah ada jumpa Doktor Zabedah yang rawat emak...Doktor tu suruh kita bersedia.."
Menitis air mataku...disaat itu....jem sangat teruk di lebuh raya persekutuan...
Hampir 3 jam...aku berada didalam kereta...menangis x keruan....perasaan aku memberontak ingin
cepat sampai ke hospital....
Setelah sampai dihospital..seluruh ahli keluarga menunggu di Lobi....
ku lihat....Abah....Abang Ngah...Naim....Akram.....Mok De...dan Adik Hasya
Mata mereka kemerah-merahan
Saat yang menyedihkan apabila melihat
Adik Hasya melihat gambar2 emak di Hensetnya sambil menangis
terus adikku Syafiq mendapatkannya dan memujuknya
Hatiku menjadi sebak.....air mata tidak tertahan-tahan ketika Mok De memelukku....
Kata Abah diiringi sedu sedan...." Mak mungkin x lama...kita kena bersedia...Jaga Emak elok2 ya Kak Long"
Terasa sendi2 ku longgar....fikiranku melayang..
Kelihatan abah memeluk anak-anak lelakinya...Adikku Akram menangis kuat
Hati nya robek.....
Pada malam itu...aku mengusap dahi emak....menyebut Allah...Lailahaillah kepada Emak
"Emak nak air x?..."
"Nak........"
Lantas kuambil straw dan kusuapkan air kedalam mulut mak....
"Mak nak susu x?..."
"Boleh juga......"
Selesai memberi minum kepada emak...kubasahkan sapu tangan dan kuletakkan di mulut emak
Mulut emak terlalu kering sehingga berdarah....
Malam tu...aku terus-terusan membaca ayat suci al-Quran
Aku menjadi sangat takut sehingga aku tidak langsung ketandas...
kalau aku ke tandas aku cepat2 menyudahkan urusanku
Aku menjadi takut untuk tidur.....
Esoknya...rakanku Farah Azmi bersama ibunya datang
Ibu saudara dan bapa saudara juga datang...
Mereka sedih melihat keadaan emak yang terlalu uzur...
Mak Teh aku menangis....katanya Mak Teh termenung semalaman sejak semalam
kerana memikirkan emak....Sayang betul Mak cik2 aku terhadap emak
Walupun emak hanyalah kakak ipar mereka...
Tetapi hubungan kami rapat.......Kami juga tinggal berdekatan
Jadi kami selalu bertemu dan berkumpul bukan hanya di Hari Raya...
Tapi kami terlalu kerap bertemu..kerana itulah kasih sayang mereka terhadap emak tinggi....
Aku menjadi lemah apabila sahabat aku cuba menenangkanku
Aslam dan Suhaimi juga datang menjenguk....
Emak tidak banyak bercakap....dia mengaduh badannya yang kerap lenguh2
duduk macam ni x kena....duduk macam tu x kena
Lenguh kaki.....macam2 lenguh....kasihan emak.....
Tetapi apabila lega sedikit...emak tersenyum dan menyapa keluarganya
Aku bahagia apabila melihat emak tersenyum
susah betul aku melihat emak tersenyum.....
Aku mengambil alih tugas menukarkan lampin dewasa yang emak pakai
aku tidak memanggil jururawat untuk menukarkannya
tetapi aku hendak melakukannya sendiri
walaupun pinggangku sakit tetapi aku gagahi
Aku hendak berbakti kepada emak...
dahulu semasa aku kecil..emak melalukannya....
Emak..walaupun sakit...tapi digagahinya juga untuk ketandas
Aku melarang tapi emak berdegil
dia tidak selesa memakai Pampers...
Jadi aku mengangkat dan membawa emak ke tandas
Aku turut sama berada didalam tandas kerana khuatir mak akan terjatuh
Emak kasihan melihat aku
tetapi aku tidak kisah...aku ingin berbakti kepadanya...
Hari Rabu malam.....mak sudah langsung tidak berdaya....
Aku memujuk emak memakai lampin kerana aku tidak mahu emak ketandas lagi
Emak setuju...mungkin kerana dia begitu tidak berdaya
Petang itu....semasa aku sedang menguruskan emak...
Emak tiba2 berbual dengan aku....sambil tersenyum...indahnya.....
Topik yang dibualkan sangat santai...dan kelakar....
Hari Khamis.....mak langsung tidak bangun subuh,...
Emak langsung tidak sedar.....
Apabila tersedar aku memberi emak minum...
kasihan emak.....
Aku mengurut2 badan emak.....tetapi emak makin tak berdaya
Tiba2 selepas aku dan emak mengalihkan badannya..
aku terpegang tompokan darah dibaju emak...
Panik aku melihat darah yang terlalu banyak....habis cadar dan alas cadar terkena darah...
Dokor dan Jururawat bertungkus lumus menghentikan pendarahan
Ketika itu, kami menunggu diluar..
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta Isterinya Datin turut melawat pagi itu
Aku meminta mereka tunggu diluar...dan hanya dua orang dibenarkan masuk
keadaan emak amat lemah...
Abang Epi datang dan menenangkan kami....dia menasihati kami supaya banyak berdoa
dan bersedia terhadap segala kemungkinan...
Doktor memanggilku..kata doktor...Mak mungkin dah x lama
Kanser telah merebak ke seluruh badan.....
Kanser baru juga telah tumbuh di kawasan pembedahan....
Lemah longlai jantungku......
Aku masuk dan menitis lagi air mata ku....
Pada hari khamis...kami langsung tidak meninggalkan emak
berulang2 kali yasin dibacakan kepada emak
Atuk Tokki sentiasa berada bersama emak....
Syahdu hati ni bila melihat emak memanggil2 Tokki dan Atuk...
Keajaiban berlaku.....pada masa itu badan emak amat lemah
mak tidak bercakap....hanya mengerang kesakitan
aku mengusap lembut kepala emak...
tiba2 emak menarik mukaku.....dan emak mencium pipiku
begitu juga adik hasya yang duduk sebelah kiri emak...aku dibahagian kanan
" Mak sayang anak-anak emak....Mak minta maaf ye kak Long...
Mak mintak maaf je hasya....mak sayang anak-anak emak...."
Bagaikan disentap hatiku ini....aku terus mencium dahi emak
dan memeluk emak...aku dan adik menangis teresak-esak
"Mak x de salah dengan kak long....Kak long maafkan semua kesalahan emak...
Kak Long mintak ampun..halalkan makan minum...air susu emak....."
"Adik sayang emak.....Mak adik mintak maaf sebab selalu melawan cakap emak"
Adik menyesal...adik sayang emak...."
Dengan hati yang tak tertahan aku memanggil abah diluar
dengan harapan agar abah dapat bercakap dengan emak
tetapi sayang...pada masa itu mak telah lemah semula
Abah juga meminta maaf...mengampunkan dosa2 mak...
sayunya suasana pada masa itu.....
Emak semakin tidak stabil disebelah petang....emak tidak selesa
sering meminta kami mengalihkan badannya...ditegakkan katil
direndahkan katil....nafas emak semakin tidak stabil
emak terpaksa menggunakan bantuan pernafasan...
daripada bantuan pernafasan yang kecil kepada bantuan yang besar....
Emak seperti mengerang kesakitan....atuk menenangkan emak....
mengingatkan emak menyebut nama Allah
Emak mengerang kesakitan....tetapi mulutnya terkumat kamit
menyebut Allahuakbar........!!!! Allahuakbar....
Allahuakbar......!! Sakitnya Ya Allah....
Emak memaut kepada Naim....dia menangis...aku kasihan melihat emak
kerana sakit yang teramat sangat....
"Mak sakit kak long...mak rasa nak mati dah ni...."
berderau jantungku...
Kerana kasihan melihat emak....
Aku memanggil doktor...mereka menyuntik Penahan Sakit yang kuat iaitu Morfin
Morfin adalah sejenis dadah,...
Selepas menyuntik Morfin....emak bergerak agresif....dia meminta untuk bangun....
dan akhirnya dia tertidur...
Entah apa yang dilihat dan diimiginasikan...
aku melihat emak seperti meracau..
Kami menenangkan emak...tidak putus bacaan yasin......bacaan ayat Al-Quran
serta selawat syifa....mak tenang selepas itu dan kemudian emak tertidur
dan tidak lagi bergerak banyak....
Pada malam itu, kakak Emak iaitu Mak De Hasni berhajat untuk menjaga emak
pada mulanya aku berasa berat hati
hati aku seperti x rela meninggalkan emak
Kerana kasihan melihat Mak De
aku memberi Mak de peluang....tetapi aku masih lagi tidak meniggalkan emak
cuma aku hanya tidur diluar
ditempat menunggu.....
aku tidur diatas sofa....
Pada malam itu...sekitar pukul 3 pagi aku terkejut
melihat siren dibilik emak aku berbunyi
berlari aku masuk kebilik...
rupanya pesakit di sebelah yang membunyikan siren....
Alhamdulillah
aku kembali tidur
Hari Jumaat
Pagi selepas solat subuh...aku melihat emak masih tidur....
dan kedudukan emak tetap sama seperti semalam
Kulihat nafas emak masih baik..
Jadi aku berasa tenang...pagi itu aku tidak membenarkan Jururawat menyuntik morfin
Kerana aku melihat emakku diam sahaja tidak seperti selalu
aku lebih suka emak aku memberi respon daripada diam sahaja.....
Hatiku berasa sedikit tenang....dan abah menyuruh aku ke USIM
untuk menghantar Jubah Konvo dan mengambil Skrol....
Selepas itu kami ke CC di Akasia untuk scan segala transkrip dan sijil
tujuannya kerana aku belum lagi menghantar transkrip original kepada HR di tempat kerja
Semas sedang menguruskan hal ehwal berkenaan
Adikku memesejku dan menyuruh aku segera balik dan melihat emak
Bagaikan berlari aku kekereta
Bergetar badanku....adikku Akram menelefonku..dan bunyi esakkan dihujung talian
katanya...
"Kak long....mak dah nazak...."
Aku memegang erat kerusi tempat dudukku...
sangkaan aku emak baik-baik aja pada pagi itu meleset...
rupanya..emak sudah ingin meninggalkan aku...
Nasib baik aku pergi ke Nilai bersama adik lelakiku, Syafq.....
jika tidak....bagaimana nasibku....
Aku lemah....cuma esakan tangis...adikku memegang lengan dan menenangkan aku..
Aku berdoa kepada tuhan...agar aku sempat bertemu Ibuku
Aku ingin bersama sehingga keakhirnya
kerana selama ini aku yang menjaga emak...
takkan hari terakhir aku tak sempat bersamanya
Perjalanan dipermudahkan...hari itu tiada jem
Adikku Syafiq memecut laju.....
Kami sudah tidak mempedulikan kamera litar tertutup disekitar jalan
Fikiran kami cuma satu....ingin bertemu emak buat kali terakhir..memohon ampun daripadanya
"Ya Allah...kuatkan hatiku...jika kau ingin mengambilnya...biarlah kami sempat bertemu dengannya dahulu"
Sesampai di hospital...aku berlari mendapatkan emak...
Kulihat emak nazak..nafasnya berbunyi...
menitis air mata ku....aku membisikkan kata2 ditelinga ibuku....aku mengajar ibuku kalimah syahadah
Sayu hati melihat emak...kemudian adikku Syafiq mendapatkan emak...
Aku terduduk dibirai katil..kami semua membacakan yasin terhadapnya...
Kulihat sakaratul maut didepan mata..
kami silih berganti mendapatkan emak.....Emak seperti memanggil atuk dan tokki..
emak bagaikan ingin berkatakata.....aku sebak melihat emak
Tokki dan Atok mengampunkan dosa2 emak....
seterusnya abang emak...kakak emak....
Ayahngah mengenggam tangan emak dan membisikkan kalimah syahadah ketelinga emak...
selepas kami semua meminta maaf dengan emak dan memaafkan kesalahan emak....
Akhirnya emak menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan kami..
Ya...pertama kali aku melihatnya...
disaat itu..aku seperti kosong dan gelap...aku menangis teresak2
Mak Ngah menenangkanku...menyusruh aku mengingati Allah...
Jangan menangis sebegitu kerana nanti emak merasa berat untuk meninggalkan kami
aku beristighfar...seolah2 tidak percaya yang emak akan pergi....
Adik Hasya seakan menjerit disaat terakhir itu....
"Mak...jangan pergi......adik masih perlukan emak...."
Ya Allah..aku berasa longlai....kami semua diarahkan menunggu diluar
Sayu melihat wajah2 semua...terutama abah....dan adik2...
aku memegang erat bahu adikku...
Walaupun begitu....kami masih tidak lupa pada tuhan...
sementara menunggu proses...kami turun ke surau di tingkat bawah
Adikku menangis teresak2 didalam solatnya.....
aku bercucuran air mata...kulihat Nenekku juga...
masing2....sangat sedih dan sebak....
Sementara menunggu proses...saudara mara ku yang lain datang
Ibuku meninggal dunia di hari yang mulia..Hari Jumaat
pukul 2.35 petang 30 November 2012...
Pengakhiran emak sangat baik....Sakit sakaratul mautnya tidak lama
hujan renyai2 turun membasahi
seolah2 mengerti kesedihan kami
Jenazah dibawa pulang pada pukul 6.00 petang
Aku dan Akram menaiki kereta jenazah
Abah membawa Atuk Tokki serta adik dengan Cherry
Naim membawa Mokde dengan Vios
manakala Syafiq membawa kereta Vivaku..dengan segala barang
Kami berhenti di RNR Temerloh untuk solat Maghrib..
mujurlah driver van jenazah itu memahami...
walaupun mereka india...
Didalam kereta...kami tidak putus menyedekahkan Al-Fatihah
dan membacakan surah2 kepada emak...
Keranda disebelah kami...tetapi aku merasakan yang emak disebelah kami
Pandangan kami kosong....
didalam Van jenazah...aku dan Akram berbual2 perihal emak
kami seakan2 rasa emak masih ada.....suasana sedih
Aku memandang gelang tangan aku....teringat emak...
Harta terakhir peninggalan emak....
Kami sampai di Jengka sekitar 9.30 malam
Sudah ramai yang menunggu kami diperkarangan rumah
aku x sangka aku mengalami pengalaman sebegini...
seboleh2 nya masa dahulu aku selalu terbayang-bayang
balik rumah...tiba2 rumah penuh dengan orang.....dan semua membacakan yasin..
Akhirnya aku mnegalaminya....
Rumah dipenuhi dengan ramai orang berkunjung...
Bacaan Yasin yang tidak putus......
Pagi keesokannya iaitu Sabtu...
Proses2 memandikan, mengkafankan dan mensolatkan jenazah
Aku bersyukur kerana aku dapat membantu menguruskan proses2 ini
aku turut membantu memandikan emak
Menyiram air kebadan emak dan menggosokkannya...
Sayu hati melihat wajah emak...
aku menahan air mata ini daripada tumpah...
ku sabunkan muka ibuku dengan penuh kasih sayang
Ramai turut membantu.....Mak De....Mak Cik....Kak Milah...Mak Lang...
Adik Hasya pun turut serta memandikan emak...
sedih.....pilu....tapi aku kuatkan perasaan aku.....
Kuasa Allah....semasa sedang memandikan jenazah...
Atukku datang dan dia menegur tempat permandian jenazah
kata Atuk..air dibawah tempat mandian kelihatan bertakung
kami tidak perasan Ya Allah
Allah maha besar....akhirnya atuk menggunakan kain dan mengalaskan tangannya untuk mengorek lubang yang tersumbat
Maka keluarlah kesemua air yang bertakung....Alhamdulillah...
kami membilas semula badan emak kerana khuatir air yang bertakung terlekat dibadan emak...
Selesai mandi...Adik2ku...abah....bapa saudara serta sepupuku mengangkat emak...
dibawa emak ke tempat kafan...
aku sekali lagi berada dibahagian kepala emak dan menolong mengkafankan emak
tuhan sahaja yang tahu....
ketika proses ini...air mata ku tidak dapat tertahan lagi.....
Setelah selesai kami dibenarkan mencium emak.....kutahan perasaan
air mata agar tidak jatuh...emak berada dalam keadaaan suci...
Kami mencium emak dengan penuh kasih sayang....
Akhirnya kami sekeluarga mensolatkan emak dan diimamkan oleh Adikku Naim
Solat Jenazah yang kedua bertempat di Masjid lama dan diketuai oleh Tokki
sememangnya Tokki adalah imam di kampungku ini...
Setelah itu jenazah dibawa ketanah perkuburan...
ketiga-tiga adik lelaki ku Syafiq...Naim...Akram...dan Abang Epi.masuk kedalam liang lahad...
meletakkan dan mengiringkan badan emak didalam liang lahad mengahadap kiblat
papan penahan tanah...dan menahan tanah2 yang ditolak oleh Bulldozer....
Saat tanah menimbusi liang lahad emak...sekali lagi aku menangis..
tidak tertahan rasanya.....
Akhirnya ia disudahi dengan bacaan talkin...
setelah selesai....kami pulang..berat hati ini meninggalkan emak.....
tetapi apakan daya....aku mesti kuat dan tabah...
kini aku membantu abah...menggantikan emak....
Aku sedih...aku masih belum puas bersama emak
terlalu cepat emak meninggalkan kami...
mungkin kalau kami dah beranak pinak dan ibuku telah tua mungkin kesedihan itu tidak seperti ini
Baru aku memahami erti kesakitan...selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya menjadi anak yatim
Kehilangan ini sungguh besar
Emak...
Emak seorang emak dan isteri yang baik....walaupun disaat2 akhir
emak tidak pernah meninggalkan solat....walaupun tidak dapat mengambil wudhu secara biasa
kami yang mengwudhu'kan mak....
Mak sentiasa mengingati tuhan....sentiasa menyebut nama Allah walaupun sakit.....
Aku insaf...aku bertaubat dari dosa2 yang pernah aku lakukan
sesungguhnya melihat sakaratul maut menyebabkan aku ingin mati dalam keadaan yang baik
Aku lihat wajah emak tenang
Biarlah...aku redha.....aku x sanggup tengok emakku hidup tetapi dalam keadaan yang menyakitkan
Biarlah emak pergi...biarlah emak berehat disana...
Walaupun sedih yang teramat sehingga kini..
namun Aku yakin dengan ketentuan Allah
Kini aku lebih menghargai....
aku ingin menyayangi Abah dan adik-adikku lebih dari segala nya
Mungkin payah...aku melihat emak disetiap ceruk rumah ini
terdengar2 komennya..leterannya...nasihatnya..
Rindunya aku pada Emak...
Cintanya aku pada Emak....
Berbahagialah emak....sesungguhnya adik kak long semua baik2
Insyaallah emak meninggalkan anak2 yang soleh dan solehah
kami akan sentiasa mendoakan emak.....
Semoga emak gembira disana....
I love U emak dunia akhirat....

2 comments:
Moga kak lang bahagia di sana..... :-(
Selamat berangkat...selamat jalan ... suatu hari kami jg akan menyusul mu...
Izni...takziah utk kepergian ibumu..
moga tabah untuk terus mengharungi hidup..
sedihnya aku baca..
Post a Comment