Followers

Monday, July 30, 2018

Luahan hati selepas 4 tahun tidak menulis & Selamat Berpindah Nurul

Hari ni aku menulis kembali setelah 4 tahun x menulis di blog ini..
.
.
Hari ni aku rasa murung sekali....1/8/2018 iaitu lusa genaplah 4 tahun aku berniaga...
.
.
sebagai seorang Usahawan Kedai Kek dan Pastri.
.
.
sepanjang 4 tahun, aku tidak menulis...sepanjang 4 tahun terlalu bnyak suka duka yang aku lalui...
.
.
Pada tempoh ini, aku x menyangka yang aku memilih USAHAWAN sebagai kerier dan kerjaya hidup aku..
.
.
Hari ni Nurul Syuhada, staff ku yang paling lama berkhidmat denganku bertukar tempat kerja.Hampir 4 tahun Nurul bekerja denganku...semasa aku masih lagi berniaga di kedai kenit di Rantau Perintis dulu....kiranya..Hari ni adalah LAST DAY Nurul disini... So, sempena Jamuan perpisahan, kami bergambar kenangan dan makan-makan. Aku sebagai bos membelanjakan mereka semua makan KFC...Alhamdulillah belanja orang makan ni membuatkan Allah bagi rezeki yang banyak kat kita kan? Niat je nak belanja Staff, terus wassap Kelas Online masuk menderu..semua bayar cepat pulak tu...Amazing.

.
.
Aku murung bukan sebab Nurul nak pindah, tapi aku mengenangkan perjalanan Bisnesku...Aku risau tentang apa yang akan jadi pada EZNIEY CAKE ni kelak....Aku bakal berkahwin dan meninggalkan perniagaan aku di Jengka...adakah bisnes aku boleh survive jika aku tiada nanti?

.
.
Dah 4 tahun aku berniaga, yang aku sedih kerana apa yang aku impiankan dulu...belum lagi menjadi kenyataan.. hasil usahaku dulu kini kurang memuaskan...kadang aku rasa mahu berhenti..kadang aku rasa terlalu kecewa... beribu-ribu duit..bukan..berpuluh puluh ribu duit aku belanjakan untuk pergi kelas Dr Azizan, Sifu FB Ads, Kelas Pengurusan Perniagaan Abdul Basit....Tapi bisnes ku tidak melonjak mencapai sasaran yang aku kehendaki....Aku kadang stress...
.
.
Bisnesku masih diparas yang sama, kadang bisnesku juga mengalami kerugian...paling sakit dibulan Puasa....Berbagai cara sudah aku lakukan...aku sentiasa memikirkan idea baru untuk menarik pelanggan datang...tapi hasilnya biasa-biasa..tak seperti dahulu... Aku tak pernah berhenti membuat Marketing...FB Ads aku sentiasa ada kempen yang diiklankan...malah Follower page ku hampir 50k....tapi aku masih lagi belum Jutawan...Salesku masih belum capai apa yang aku nak....

.
.
Kadang aku penat...kadang aku terlampau sedih...kadang aku fikir...apakah yg sedang berlaku...adakah disebabkan ekonomi meleset dan menyebabkan rakyat tidak keluar membeli atau disebabkan aku meniaga di JENGKA? Populasi penduduk yang tidak ramai ini menyebabkan sukar untuk aku menaikkan purata sales aku... Aku mmg tengah buntu..aku tngok Kak Sabrina yg aku kenal di IMKK dulu...sangat-sangat berjaya malah melahirkan agen yang sangat berjaya..dan dia telah menjadi Jutawan hanya dengan menjual Kek sahaja.....tapi aku? hmmmm.... adakah ini disebabkan oleh kekhilafan aku? Adakah aku mempunyai banyak dosa besar sehingga Allah menyekat rezekiku... Aku sedih...Aku murung...
.
.
.
.
Tapi aku bersyukur...apa yang aku nak...Insyaallah on the way.... Aku bakal berkahwin dengan lelaki yang paling aku sayang dan cintai...Mohd Faris Aziz...aku sangat gembira sebenarnya....Walaupon aku bakal berkahwin dalam usia 30 tahun tahu depan..tetapi Allah ttp mengabulkan permintaanku... Seorang yang seperti diimiginasiku...Aku ingin mengelilingi dunia dengannya...melahirkan anak-anak yang cerdik pandai, soleh solehah, cantik dan sihat serta taat akan ibu bapa dan yang paling penting Allah Taala dan Rasul. Aku mengimpikan untuk hidup bahagia..Allah dah bagi aku...aku dah bertunang dan x lama lagi aku akan berkahwin... Aku sgt bersyukur dgn nikmat yang Allah beri.
.
.
Tetapi cuma...aku memikirkan masa depan perniagaanku..Adakah aku mampu bertahan atau x? mungkin aku boleh buka perniagaan di bandar besar bila aku dah berkahwin..Mungkin di Shah Alam...tapi apa nasib kedai di Jengka ini? X kan aku nak tutup? Ni hasil usaha keras aku dulu..
.
.
X pe...aku masih kuat..aku ttp akan berfikir cara penyelesaiannya..aku harap...Allah bantu aku...Aku syg EZNIEY CAKE...



























No comments: