Followers

Sunday, August 8, 2010

Aku,Dia dan Singapore.....Memori Indah

HalloO hallO...(versi Uncle Singh)

Teruja x nak tau sapekah Uncle Singh itu...hehhehee
Uncle Singh ni merupakan Tour Guide kami

eh..eh.....tour guide ape lak ni???
hehhehee...actually,aku baru je balik dari Singapore
Bak kata mak aku...
"Awak ni x puas2 berjalan,baru je balik Korea nak pergi Singapore lak"

anak dia yg degil ni mmg cmtu...
Nak buat cmne,selagi ade peluang,rasa mcm nak pergi je
Mula2 tu,lama dah aku dpt msg dr pura,iju
tapi aku cam wat bodo je laaa...sbb aku cm mls2 nak pegi

tp pastu,tibe2 aku dgr Meni ngn Maizan nak pergi
so aku pon mcm teruja2 sket laa
then aku gtau Mai,tbe 2 lak dia kata nak gi
Sungguh ceria yer muka dia...hoho

Ari jumaat tu,kitorang ada jamuan2 sempena
Taaruf ngn Junior2 Financial mathematics
Ohh junior sumer matured2,besar2
Laki lak ramai,x mcm betch aku 2 org je
Mmg berkembang pesat sket laaaa...hahahha

Hari yang ditunggu2 dah tiba
Kami bertolak pada malam Jumaat 060810
pukul 12 mlm spatotnya
Tp biasala kan janji melayu
pukul 2 pg last2 bas persiaran tu dtg

Penat doe tnggu dlm kete
dgr radio tp x bukak enjin
pastu try laaa hidupkan enjin,pi x leh
alamak cuak daaaa..last2 tinggal je kete
naik bas,sejuk doe..
Kitorang pegi trip ni anjuran Travel Group UKM-UiTM
kena bayar RM150.belanja tanggung sendiri..hehehe

Akhirnya..
sampai kat Sempadan Johor,time subuh
Kitorang berhenti mandi dan sarapan
then naik bas semula untuk teruskan perjalanan
Sampai laa kami kat Imigresen Malaysia
turun bas hanya bawak passport dan kad perjalanan je
Bila daa siap imigresen
kami melalui Selat Melaka..ye ke???
hahahahaa...bukan laaaa
cantik giler pemandangan,jambatan yg menyambungkan
Malaysia dgn singapura sgt panjang

selesai pemeriksaan Imigresen di Singapore
Kami meneruskan perjalanan
Sepanjang perjalanan..aku melihat
Negara Singapore adalah negara yang sgt bersih
sama seperti Korea...tiada sampah yg berteraburan

Nampaknya...kedua2 negara yg aku lawati
adalah negara yg sgt bersih...mebi rakyat2 mereka ni
disiplin tinggi beb!!
kamera2 polis trafik diletakkan di atas lampu2 jalan
Bnyk kamera2 tersembunyi disepanjang jalan
had laju yg dibenarkan hanya 90km/
So,kereta2 kat sini cam x laju sgt pon
lagipon negara diorg ni sempit,so nak bawak laju
mcm x bermakna je

Polis2 kat sini,x pakai uniform
Diorg jadi rakyat biasa...x mcm polis malaysia
semua org kenal uniform polis
siap pakai kete ada siren bunyik2 kuat
pencuri leh lari dulu bila dengar bunyi siren kete polis
kalau kat Singapore,polis dia menyamar
kalau wat salah laku,tup tap tibe2 je kena tahan polis

Kat sini (95%)mmg kebnyakan penduduk tggl di
Flat,apartment,Kondo
jarang gile gile gile tinggal kat rumah atas tanah neyh
bukan aper...harga sebuah rumah yg kat atas tanah
kalau banglow neyh mencecah 8 juta dollar (S$)
bersamaan dalam RM 16 juta lebih2 siket
Mau x nye mahal..tanah sekangkang kera je
terdapat 620 buah sekolah di singapore
75% Cina,14% Melayu,6% India
bahasa kebangsaan= Inggeris

yang aku kagumnya,pokok2 kat sini mmg sgt cantik
mereka tanam semua pokok2 kat sini
kedudukan,lokasi pokok2 semuanya ada dlm sistem
huhu...bagus btol..pokok pon nk kira kan
setiap pokok ada insurans lak tu
kat sini jugak x leh pelihara anjing besar
kalau nak bela anjing kena bela yg kecik2 comel2 lote je
kalau nak bawak anjing2 bersiar2 amik angin
kena ikat,x leh biar lepas
sama je macam kat Korea
takde anjing liar yang busuk berkeliaran
sumer anjing comel2 je
Kalau nak gi bnwak anjing jalan2 kena bawak beg plastik
untk letak najis anjing,x leh berak merata-rata

Uncle Singh kata, akan dtg...
polis kat sana nak pasangkan cip kat telinga anjing
supaya senang nak kesan tuan anjing...wow!!
pada hari yg kami pergi ni
kebetulan adalah Independent Day diorg
cuit selama 3 hari..
Sabtu,Ahad,Isnin
Dan kebetulan jugak
Youth Olympic Games diadakan
mmg ramai laa pelancong dalam dan luar negara Singapore

tempat yg pertama yg kami lawati ialah
Sungai Singapore..Ia berdekatan dgn Stamford raffle punya hotel
Namanya Raffles Hottle...
Siapakah Stamford raffles??? hahahhaa
Google laa sendiri...
Raffles hotel adalah hotel tertua disini (120 tahun)
Bilik mandi lebih besar drpada kamar(bak kata uncle singh)
harga toksah ckp laa (S$550-S$1500)
mmg mahal giler ahhh kalo duit Malaysia
Aku suka tngok bas ni.....nak naik
kami just amik gambar,bnyk monumen2 seperti arca manusia
ada juga pertunjukan ular
hoho,,sbnrnya aku cam nak bergambar ngn ular2 tu
tp cam geli2 n takot je

selepas melawat Sungai Singapore,kami melawat
China Town Singapore
Berbagai jenis minyak wangi berjenama dijual
Harga2 dia lebih murah dr Malaysia
Aku pon adaa laa beli siket sourvenir untuk org2 tersyg
hahahahaha

Selepas tu,kami ke tempat Merlion
Merlion adalah sebuah patong yg berbentuk seperti Singa
Ia berkepala Singa dan Berbadan ikan duyung
sbb itulah ia digelar Merlion
Mermaid+Lion
Ada satu bngunan unik
kelihatan seperti sebuah kapal besar diatas bngunan
cantik beb
Opera House diorng pulak beratap seperti Durian
berduri2...tajam..hehehhe

selepas tu kami melawat kg Bugis
Mula2 aku cam malas je nak beli barang
almaklumlah duit sket je bawak
gonekan nak membeli belah
kat sini ibarat Bukit Bintang kat Malaysia laaa
mmg manusia kat sini ramai betol laaa
pening pale aku
kitorang kua dr bas kol 330ptg
mula2 x mo beli pape,pastu tibe2....
nampak satu kedai ni...dia jual
bnyk gile perfume...dah laaa wangi
harga pon berpatutan..murah dr malaysia
mmg lama laa aku memilih ngn Mai

Nak dijadikan citer,pas daa siap beli
kitorg dgn lenggang kangkong nye jalan2
sbb bajet masa shopping smpai kol 5
rupanya smpai 430 je
puunya laa lama org tunggu kitorang dlm bas
30 minit...ni mmg gile punya lambat

Dah kena marah ngn Uncle Singh
dia kata,sape lambat kena belanja aiskrim
untuk sumer ahli trip...hoHOooo
malu doe masuk bas....
dak laki pon asik mengusik pasal aiskrim je
Ni sbb minyak wangi untuk "Adam" laa ni
kalo x msti x lambt..hoho

Lepas tu kami bergerak ke Chocolate Boutique
Wahhh...sgg bnyk ye coklat
sedap2 lak aku tngok...tp aku sedar diri
Bwk duit siket je...dah laa matawang singapore ni tinggi
so...tahan nafsu je laa kan..x beli pon
Mai je yang beli....mmg sedap laaaa
Aku daa rase sbb dia kesian kat aku

akhirnya kami bergerak ke destinasi Utama!!
Sentosa Island
sgt femes tempat ni
Pulau buatan,mmg cantik ahhhhhh
sgt besh....
ia adlah world's Playground no 1
kami main Luge,sejenis Go-kart
mmg racing abes laa kau..syok giler
lepas tu,kena naik kabel car
tp yg xde dinding
aku ni kan seorg yg gayat
mmg jerit2 laa time dia daa naik
tinggi beb....kejang otot aku..
Mai lak pura2 tabah padahal gayat gak
cume aku hyper sket laaa..takot!!!!

Lepas tu,kami ke Song of the sea
Hoho..ni mmg lg best
seronok sgt sgt
Sbb aku sgt kagom dgn teknologi Singapore
padahal negara kecik je
dia org menggunakan laut sbg alat persembahan bunyi2
seronok sgt weh...korang rasa laaa pengaalaman tu
mmg canggih!!
lagu2 best!! Persembahan pon syok!
Mmg puas hati walaupon harga dia (S$ 10)
dlm RM23 laaa kot..yg Go-Kart td (S$12)
huhu...sgt seronok...then naik komuter kecik
keliling Island tu
mmg best giler ahhhhh

Pukul 10 kami kua dr Singapore.....
Smpai je kat sempadan...rasa cam happy je
Seronok melawat singapore

Apa yg aku dapat ialah
Dua2 Negara yg aku lawat
Korea n Singapore...adalah negara yg sgt bersih
then aku rasa laa kan
kalau kita bnyk peluang melawat negara org
minda kita lagi terbuka dan luas pengetahuan
hehehehe..sonok kan
Kalau bnyk duit lg laaaa seronok

Next Trip ke Beijing
Tp aku daa miskin...sedeyh..nak pergi gak
tp mahal laaaa...murah sket je dr Korea..
Sape Sugar Daddy nak sponsor aku neyh!!!
huhuhu


4 comments:

FCUTEAM said...

fuhh.. happy nye... meh sini 2 dollar

Ezniey said...

2 dollar je ape barang...hehehee

Fadzrul Hisyam said...

Heh...aku teringat mase aku g Singapore. Song of the Sea mmg best! Double thumb ups. By the way, time shopping kat Arab Street, byk gak fulus aku abes...xsedar2...maklumlah, beli tak ingat nak convert. ble tgk baki, reti2 lak nak convert currency.

Cume 1 je...aku still fikir duit dollar singapore ni mcm duit saidina semata2 je...hehehe

Ezniey said...

betol2 cam duit mainan...hahahaa..best kan the Song of the sea kan...kan....rase nak tngok lg