Followers

Monday, December 31, 2012

Diari 2012 Hidayatul Izni Binti Hayudin

2012 ada lg sejam nak melabuhkan tirai....
2013 akan menyusul selepas ini....maka dgn itu
Tertulislah angka 24 tahun sebagai angka yg merupakan kayu penanda usia aku...

2012...penuh dengan kisah suka dan duka....

Januari 2012

Aku menghabiskan banyak masa dirumah..
Cuti sem sebelum Latihan Industri...

Februari 2012 hingga Jun 2012

Aku memulakan kehidupanku sebagai Trainee latihan industri di ETIQA TAKAFUL
bermulalah kehidupanku di Bangi, Selangor....sepanjang latihanku disini...aku berjaya melayakkan diri
Mendapat reward dari Etiqa iaitu percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam
Percutian tajaan ini menaja keseluruhan percutianku...
Aku berbangga dengan diriku kerana mencapai kejayaan ini...
Jumlah jualanku bernilai RM10,000 hasil usaha keras dan doaku pada Allah yang x pernah putus....

Mei 2012

Mak menjalani operation membuang ka ser...alhamdulillah pembedhan berakhir....keesokannya aku ke USIM membentangkan kertas kerja sepanjang latihan industriku..dan malamnya ada Majlis Makan Malam Pelajar tahun akhir...

Julai 2012

Aku berjaya menamatkan latihan industriku dan pulang ke Jengka untuk bersama keluarga ku....
Bersama emak tercinta yang masih dlm rawatan....aku mahu mencurahkan bakti kepada emak....

Ogos 2012

Kata emak...carilah kerja...kerana ingin membuatkan emak gembira aku mencuba nasibku
Dan alhamdulillah pada 6 ogos 2012..bermula langkahku sebagai pekerja di Sope International Standard Chartered
Di Bukit Jalil aku menetap dengan rakan-rakanku...
Berat sgt hati...tapi bila aku beritahu mak yang aku dpt kerja mak senyum manis sangat....aku rindu

September 2012

Mak nampak sedikit pulih.....alhamdulillah. kehidupan aku biasa2 sahaja

Oktober 2012

Mak menjalani kimoterapi...tetapi mak kata sakit2 kat bahagian hati...setiap minggu 3 kali mak akan berulang alik kat Kuala Lumpur....Hospital Kuala Lumpur.....

November 2012

Kerana sistem down di ofis....kami terpaksa ganti kerja hari sabtu ahad...

8 November = Emak kol....emak kata Ayahlong terlibat dalam kemalangan....malam tu aku menangis je sebelum tidur...teringat ayah long......doa harap xde apa yg berlaku...

9 November = Ayahlong disahkan meninggal dunia....aku rasa terkejut....rasa kehilangan..

12-14 November = Mak menjalani kimoterapi...aku ke rumah sepupuku di Keramat...tidur kat situ...tidur ngn mak..borak2 ngn mak...kesihatan mak makin merosot....mak makin tak berdaya

19-23 November = Setiap hari lepas kerja aku akan ke HKL...aku tidur di hospital....mak menjalani radioterapi....kesihatan mak menyusut...mak dah x boleh bangun sendiri...aku akan memapah mak setiap hari...

24 November = Konvokesyen ke -10...aku berjaya di anugerah Ijazah Sarjana Muda daam bidang Matematik Kewangan...hanya abah dan adik2 yang datang...mak kat hospital...x larat....sedih jugak...tp nak buat mcm maa...

27 November = Ayahngah....merupakan Doktor pakar...Dato' Dr Arif Othman...sepanjang mak sakit...dia lah yang bertanggungjawab tentang doktor2 yg rawat emak...yang rawat emak di KL ni Dr Zabedah....ayahngah datang ke KL....malam tu...pokde..mokde dtg....n...beritahu mak dah xlama....

Nota: post tentang kisah ini dalam SELAMAT TINGGAL EMAKKU SAYANG.....

28-30 November =  Cuti aku diluluskan...sepatutnya cuti 28-30aku apply untuk ke Bandung....tapi aku x pergi kerana kesihatan emak yang sgt meruncingkan....

30 November = Innalillahiwainnailaihirajiun....emak pergi pada pukul 2.35 petang Hari yang penuh karamah iaitu hari jumaat....semoga emak dimasukkan kedlam golongan orng2 yang beriman...

Disember 2012

10 Disember =  Aku ke ofis hari ni...bukan untuk bekerja semula...tapi aku memutuskan untuk berhenti kerja....banyak tanggungjawab dan urusan ingin aku selesaikan..walaupon tidak sebagus mak..tapi aku cuba...

Kini aku masih lagi mencari sesuatu..yg bermanfaat pada diriku...aku disini supaya aku dpt membantu abah menjaga adik dan keperluan rumahku...aku tanu..akutidak sebagus emak..tp aku akancuba....

Insyaallah 2013

Aku berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang aku akan ceburi ini...
Aku akan menadi lebih baik luaran dan dlama ..
Semoga bekalan menuju akhiratku semakin bertambah...

Monday, December 24, 2012

Hari keluarga 2012

Xde apa pon nak ditulis....kami anak beranak berkumpul dekat rumah aku....semua tidur kat sini...i love my family......

Friday, December 7, 2012

Kehadapan kekasihku....

Kehapadan kekasihku

Aku pernah mengalami perpisahan...putus cinta...kesakitan
Aku memang mencintai lelaki itu sejujurnya....tak pernah ada yang lain dihatiku...
Tetapi aku ditemukan dengannya bukan sebagai jodoh yang hak...
tetapi Allah menemukan aku dengannya kerana ia menjadi pelajaran padaku..
Pelajaran menjadi tabah....redha dengan perpisahan...

Aku menjadi seorang yang sangat susah dibukakan hati....
Aku menjadi takut pada perpisahan....semakin dekat mana2 lelaki mendekatiku..
aku akan menjauhinya...aku buang perasaan itu...
Bukan aku pinta untuk bertemu....tp Pertemuan itu datangnya dari Allah
dan perpisahan itu juga datang dari tuhan....

Kini....sakit putus cinta itu datang lagi
tetapi cinta ini adalah kasih yang tiada tandingnya
sejujurnya dia mencintai aku...begitu juga aku...
Mungkin kerap berselisihan faham..tetapi hati ini x pernah lupa akannya
cintaku padanya membuatkan aku semakin rapat dengan Tuhanku.....
Cinta nya..keperibadiannya yang baik.....menjadikan aku semakin sayang padanya
Aku berkenalan dengannya sudah sekian lama
dari alam rahim sehingga kini
tapi Allah lebih menyayanginya.....diambilnya Cinta Hatiku ini daripadaku
Aku seperti kehilangan arah.....cintaku yang semakin mekar setiap hari
telah hilang dariku....
Aku sedih....aku menangis setiap hari....luaran aku tabah....
Aku masih dapat menahan ditinggalkan kekasih2 bukan mahramku....
tapi kekasih ini.....setiap kali aku terpandang fotonya.....air mataku mengalir deras
sesak nafasku tiada berirama.....

Aku menjadi takut...aku yakin dan beriman kepada Qada' dan Qadar tuhanku
kerana itu aku kuatkan hatiku
setiap hari kukirimkan nota cinta pada kekasih ku
ku kirimkan Al-Fatih, 3 Qul, Yasin, Al-Mulk serta As-Sajadah setiap hari kepadanya
tidak pernah tertinggal saatnya...
walaupun semasa hidupnya aku tidak banyak menunjukkan kasih syg terhadapnya
aku hantarkan kasih syg kepadanya kini....

Kasihku..
walaupun kita berada diantara dua dunia yang berbeza
aku tidak akan sesaat melupakan mu...
segala kata-kata dan nasihatmu akan kusemat diingatanku...
Cintaku padamu x kan pernah berakhir....
Semoga Kekasihku ditempatkan di Syurga Jannah Mu Ya Allah
Jangan kau siksa kekasih ku ini dialam kubur...
Kabulkanlah doaku...

Semoga kau tenang disana.....in Shaa Allah..kita akan bertemu suatu hari nanti

Aku sayangkan Mu...

Kekasihku,

Emakku....

Nota: Pukul 1.00 tengah malam...8 Disember.(Aku membelek gambar ibuku..aku rindu...maafkan aku...terlalu susah aku melupakan mu..)

Wednesday, December 5, 2012

Berat hati ini

Sekarang dalam mood sedih lagi
walaupun kami sudah mampu ketawa.....tetapi...rasa sesuatu di dada
Amat sebak...amat kecewa....
Merindui...menyanyangi...
Seorang yang sangat dikasihi....

Macam biasa hari ni bangun...n still x pergi kerja
Emm.....semalam dah buat kata putus...
nak berhenti kerja...x kerja dah kat Scope International Standard Chartered
I need to sacrifice myself...
3 bulan training....3 bulan terakhir tetapi aku x berada di samping Emak...
Jadi aku merasa terkilan.....
Alangkah indah jika 3 bulan terakhir aku menyayangi emak sesungguh-sungguhnya....
Berada di samping emak...menjaga emak...
Tetapi itu semua aturan Allah...

Mungkin ramai yang boleh kata ....SABAR IZNI...
Ye sebab aku bersabar lah aku redha.....aku percaya dengan Qada' dan Qadar Allah
tetapi kalau orang yang x pernah rasa kehilangan ibu dia x kan rasa apa yg aku rasa
kecuali org tu mmg hilang emak dan ayah sebelum aku...
jadi aku boleh kongsi dengan mereka....kerana perasaan.....sakit yg kami tanggung tu sama..
Mungkin kalau emak aku takde masa tu aku dah kawen beranak pinak
mungkin masa tu okay sikit sbb mak dah tua...n semua ada life sendiri...
tp skrg kami masih lagi bergantung pada emak....hmmmm

Baru aku mengerti...inilah sebenarnya perasaan anak2 yatim
Mungkin aku lebih dewasa....aku boleh mengerti....sbb aku punyai hidup sendiri
tetapi adikku Hasya? aku tak tahu apa yang ada difikirannya....
Entahlah...disebabkan aku x nak biarkan adik....aku mengambil keputusan untuk stop sampai disini
Sebenarnya aku bekerja kerana Emak....Emak mahu melihat aku bekerja'
tetapi aku meminati Bidang Perniagaan....
Jadi kini aku tiada emak.....tiada siapa yang boleh menjaga adik
mungkin aku ada Atok dan Tokki....
tetapi mereka juga terlalu tua...mereka x larat nak pasang mata 24 jam kat adik

Aku tengok abah macam pendiam je skrg
kalau kitorg tergelak....abah x tergelak sgt...
aku jadi sedih tengok abah...sabar ye abah...
kak long x kan biarkan abah ngan adik sunyi...

Kemas bilik Emak tadi......terjumpa Diari...
Ya Allah...sayunya...
segala perit jerih emak ditulis
setiap kali mak sakit....dia akan coretkan kesakitannya
Ya Allah...aku merasa sakit apabila membacanya.....
tak kusangka mak sesakit itu dahulu....
kerana emak x pernah mempamerkanya kecualki kadang2 berkerut menahan sakit...
perangai anak2 yang mak tak puas hati pun mak tulis
Begitu juga Impian mak....
Mak kata kalau sihat nak pergi Umrah tahun depan
nak pencen umur 52 tahun...
Nak sihat tengok adik masuk Universiti...
Segala-galanya emak tulis....

"Kalau Umur Panjang nak buat semua tu...kalau umur pendek..Aku Redha"

Ya Allah... :'(

Yang paling sayu...emak seperti merasakan yang emak akan pergi
Ditulis bait-bait rangkap lagu....


Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi


Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...

Dan juga lagu Salam Terakhir...Sudirman...
Huuuuuu~
Selamat tinggal emak...kak long susah sgt nk lupakan mak....
Setiap hari kak long dan adik2 kirimkan hadiah untuk mak disana
moga mak bahagia kat sana.....itu doa kami
Ampuni dosa emak.... I miss U ="(.


Monday, December 3, 2012

Selamat Tinggal Emakku sayang......

Hari ni aku bersama abah dan adik2 ke kubur emak....
Dah 4 hari emak meninggalkan kami...tapi aku masih merasa emak ada dengan kami...
Rasa berat perasaan ini ketika hendak meninggalkan kubur emak..
Melihat adik memegang penanda kubur...termenung....merindui emak yang sudah tiada



Ku tarik adik masuk kekereta..
Hari ni agak lambat kami melawat kubur emak....sekitar jam 12.00 tengahari..
Abah mengetui tahlil diiringi kami adik-beradik...

Balik ke rumah...aku masih lagi ternampak-nampak ibuku
Di dapur....di ruang tamu....bilik air.....
setiap ceruk ruangan rumah ini..masih lagi terasa kehangatan emak....

Aku menarik nafas panjang...melepaskan bebanan di hati...
Ku titipkan doa usai bersolat zohor..ku sedekahkan bacaan ayat2 suci Al-Quran kepada emak...

Emak......
Ibuku Haslina Binti Othman...Allah meminjamkan emak ke dunia ini selama 48 tahun...
ibuku masih muda....dan aku anak sulung...
Tetapi Allah lebih menyayanginya....Allah ingin memberikan ganjaran besar
yang kami sekeluarga tidak nampak lagi....In Shaa Allah

Terkenang-terkenang.....tetapi sudah tiada air mata yang mengalir
cuma termenung di sudut bilik mengenangkan memori-memori antara kami

Penghujung November tahun lepas iaitu 2011
Ibuku disahkan menghidap penyakit Kanser Payudara Tahap Ketiga
Ketika Emak mengkhabarkan berita itu.....tanganku bergetar..
dadaku berombak...terasa sesak didadaku...Ya Allah..
Pada waktu itu, aku bersama rakan-rakan teman serumahku di USIM
keluar membeli belah di Tesco....kerana tidak dapat menahan perasaan yang
berat ini....air mataku terhambur keluar tanpa mempedulikan pandangan orang disekitar..

Ibuku masih kuat semangat..walaupun sel kanser yang menyerang itu agak agresif
tetapi emak masih bertahan..dalam masa yang singkat kanser itu menyerang dengan hebat
kawasan kanser menjadi sangat besar dan menyukarkan doktor untuk membuat pembedahan
membuang kawasan kanser itu.....

Jadi Emak terpaksa membuat rawatan kemoterapi sebanyak 7 cycle
Semasa menjalani rawatan kemoterapi...aku setia menunggu emak di hospital...
semasa ubat kemo dimasukkan melalui salur darah emak.....aku melihat emak seperti
menahan kesakitan...Kata emak...pada mulanya....badan emak terasa sangat panas
seperti dibakar...kepanasan itu naik sehingga kekepala
tetapi dengan berbekalkan ayat2 suci Al-Quran yang diajari oleh Tokki aku...
Emak membacanya berulang kali...dan keajaiban berlaku apabila
rasa panas itu sudah tiada.....kebiasaannya pesakit kemoterapi akan mengalami
syndrome selepas menjalani rawatan...muntah2 loya....hilang selera makan..
dan yang paling ketara...rambut2 semakin gugur sehingga hilang kesemua rambut....

Mak seorang yang tabah...dia sangat cekal dan kuat
dia menahan rasa sakitnya...walaupun sakit tetapi emak masih lagi ingin membuat kerja2 rumah
puas aku melarang....tetapi tidak diendahkannya....
dirinya seorang pengemas dan pembersih....oleh kerana itu dia tidak suka melihat rumahnya
bersepah dan tidak kemas....

Sepanjang emakku sakit...aku membantu dalam selok belok urusan hal ehwal rumah
Aku memasak....membasuh....menyidai....mencuci.....dan hampir semua kerja2 rumah
diselesaikan oleh aku...dan adik-adikku turut membantu.....

Aku melihat perubahan emak.....selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi
Mak menjalani pembedahan.....usai pembedahan...mak menjadi tidak kuat
dan aku menjaganya sehingga dia kuat sedikit untuk berjalan

Kehidupan bertukar corak...ibuku menjadi seorang yang penyabar...
Aku kasihan melihat emak yang uzur namun dia tidak pernah mempertontonkan kepada orang ramai
Sesiapa sahaja yang melihat emak pasti akan menganggap emak sihat....
Tetapi...hanya Allah sahaja yang mengetahui....

Hari Raya Puasa...
Disaat itu ibuku menyuruh aku pulang awal dari kerja...
ada kejutan katanya...rupa-rupanya
emak hendak mengajak aku ke kedai emas dan membelikan gelang tangan emas untukku...
Tidak kusangka.....gelang tangan ini menjadi peninggalan terakhir emak kepadaku
Juga rantai emak kini menjadi harta peninggalan emak kepadaku....
Setiap kali aku memandang rantai emas ini...hatiku sebak......

Pada Hari Raya Puasa yang lalu....emak ingin memakai selendang
katanya Mak De (kakak Emak) nampak lebih ceria apabila memakai selendang
Mak x nak kelihatan sakit dimata orang ramai....jadi aku memakaikan emak selendang
menghias emak cantik2.....sungguh gembira hatiku melihat rupa ibu ku

Pada hari raya haji...emak membantu aku menyediakan nasi minyak
biarpun sakit tapi emak masih ingin menolong.......

Kulihat selepas pembedahan....emak bertambah pulih
walaupon sakit juga ditangan kanannya akibat ketegangan
kulit2 ditarik untuk menutup luka pembedahan
hal ini menyukarkan tangan emak bergerak bebas....

Ku sangkakan panas sampai kepetang....rupanya hujan ditengah hari
Suatu hari....emak diserang Kayap....ketika ini
emak merasa kesakitan yang amat sangat...
pada waktu itu....mak bangun bersolat malam...dan sakit itu penyerang
Dicapainya surah yasin dan dia sujud kehadrat Ilahi memohon pertolongan
agar kesakitan yang dialami pada malam itu beredar...
Mak memohon sangat kepada tuhan...
Kuasa Allah.....
Keesokan harinya....mak tidak lagi merasa sakit sebegitu....Subhanaallah...

Selepas pembedahan....emak terpaksa menjalani rawatan kemoterapi lagi
kerana kesan pembedahan yang masih belum mengecut
menyukarkan paramedik merawat emak menggunakan kaedah Radioterapi
Ketika ini....tiba2 emak mengadu kesakitan dan rasa senak diperut
akan tetapi doktor tidak memfokuskan untuk merawat kesakitan diperutnya
sebaliknya ingin meyelesaikan rawatan untuk kanser payudara...

Selepas sebulan...keputusan daripada diagnosis menyatakan bahawa
Sel kanser telah merebak kebahagian hati....
Menangis pilu aku mendengar perkhabaran itu...
tidak tertahan rasa hati ini bila mengenangkan Emak
Aku yang kini sudah bekerja sebagai pegawai bank;...
aku berasa terkilan kerana tidak berada disamping emak sepanjang masa
Aku tidak memilih untuk bekerja....aku suka berbisnes...
tetapi kerana ingin memuaskan hati ibuku....aku menyertai temuduga
di Scope International Standard Chartered dan aku diterima bekerja disitu,..
Emak sangat gembira...mukanya bersinar2....
Jadi aku tidak mahu menghampakan ibuku...itulah niatku

Sepanjang emak sakit....aku banyak menangis dipejabat...
biarpun tiada siapa yang menyedarinya...
aku merasa sangat sedih apabila ibuku masih belum sembuh
malah penyakitnya bertambah teruk....
Setiap penyakit ada ubatnya....kami begitu berusaha menolong mengubati Emak
Segala jenis bentuk perubatan dicuba,....perubatan moden...perubatan islam...perubatan tradisional
Suplemen....namun....tiada yang serasi....penyakit mak masih tidak dapat diubati

Isnin 2 minggu lalu....aku bertekad untuk menjaga emak setiap malam selepas kerja
Biarpun jarak Hospital Kuala Lumpur Dari Bukit Jalil hanyalah 30 minit perjalanan
tetapi aku tidak pernah sampai dalam masa 30 minit....Jem setiap hari...
Namun, aku masih gagah ke sana...
Pabila sampai dihospital...aku bertukar Shift dengan Naim dan Akram..
Hampir sebulan didalam bulan November ini...kedua adikku Naim dan Akram
yang menguruskan kebajikan emak...
Emak tidak membenarkan Abah mengikut emak ke Kuala Lumpur
Kebiasaannya...Abah yang menghantar emak ke hospital dan abah tidur di hotel
Kali ini emak tidak membenarkan dengan alasan Abah terlalu banyak ambil cuti
dan emak mahu abah menguruskan hal-ehwal pelajar di sekolah
Abahku adalah seorang Pengetua di Sekolah Menengah Jengka 10

Kereta Vios Emak digunakan oleh Naim untuk menghantar emak ulang-alik dari HKL ke Keramat
Sepanjang tempoh rawatan emak di HKL, mereka tinggal di rumah sepupu di Keramat
sehingga lah tempoh 2 mingggu terakhir emak juga...
Tetapi 2 minggu terakhir, emak tidak lagi berulang-alik ke hospital
setelah disahkan oleh doktor bahawa Kanser telah merebak di hati emak....
Emak dimasukkan ke Wad Radioterapi dan Onkologi di HKL
Kali ini wad Kelas Pertama ada kosong...dan emak mendapat bilik yg hanya 2 org pesakit
Bilik nya agak selesa....tetapi sangat sejuk...

Hari pertama aku menjaga mak iaitu Malam Isnin..
Aku sampai di hospital...dan mak senyum kepadaku..
Adik2 aku pulang ke rumah di Keramat...

"Mak dah makan ke?" Mak kalau nak air kak long buatkan...

Begitulah pertanyaanku....
Kami berbual-bual sehingga emak tertidur....
tetapi apa yang dibualkan itu tidak lah terlalu banyak kerana emak cepat keletihan

Lalu aku tertidur....aku cuma menghamparkan tilam nipis seakan comforter di lantai
dan aku tidur diatas lantai berbantalkan beg....

Pagi esoknya....aku membantu emak bangun dari katil
Keadaan perut emak yang membesar persis mengandung 5 bulan itu
menyukarkan pergerakan emak
terutama ketika hendak bangun dari katil
tetapi mak masih mampu berjalan dan pergi ke bilik air dan aku menemaninya
tak sanggup membiarkan emak yang uzur itu berseorangan
Pada sebelah malam, emak akan terjaga dan memanggil aku
kerana emak dahaga...atau ingin ke bilik air
semakin lama aku melihat tubuh ibuku susut...kerana selera makannya telah hilang
Cuma apa yang masih dia selera adalah Susu Kambing...Air Madu.....dan makan cuma sedikit

Itulah pekerjaanku....aku memandikan ibuku...menyediakan makanan dan air untuknya
mengurut2 badan dan kakinya.....membalas mesej rakan-rakannya...
Ketika rakan-rakan emak yang merupakan guru di SK Desa Jaya menghantar mesej
kedalam enset emak...aku yang membalasnya...kerana emak tidak berdaya
Entah kenapa naluri aku kuat...aku meminta rakan2 emak melawatnya
kerana aku merasa tidak sedap hati keatas diri emak....
Aku tidak pasti ....tetapi aku takut mereka tidak sempat melawat emak....tidak sempat meminta maaf kepadanya
................................................

Teringat2 emak aku menceritakan kepadaku perihal sekolahnya
Emak mengajar di sekolah telah lama....tetapi satu penghargaan tidak pernah diberikan kepadanya
Emak kata...sedih tu memang sedih sebab orang tak hargai kita
bukanlah hadiah dan pengiktirafan yang emakku kejar
tetapi apa salahnya memberikan pengiktirafan itu kepada guru2 senior yang telah lama mengajar
disamping mencadangkan nama2 guru2 baru...ataupun guru2 yang rapat dengan pencalon itu
sungguh tidak adil...Allahuakbar
Mungkin emak rasa sedikit kesal...kasihan ibuku...
Jasa emak banyak disekolah...selain mendapatkan prestasi membanggakan dalam Subjek Sains dan Matematik
Emak juga memegang bnyk jawatan termasuk menguruskan kedai buku...
tetapi itu semua tidak diambil kira.....
Kadang2 kawan boleh jadi lawan kan....sabar mak....
tetapi ibuku sangat baik....dia memaafkan segala-galanya....

Hmmmm....rindunya......
Setiap pagi...sebelum aku pergi kerja....aku akan menyapukan kepala emak dengan minyak zaitun
Menyikat rambut emak.....menyapukan pelembap ke muka emak
dan pelembap bibir...serta menyapukan bedak ke muka emak...

masih teringat lagi kata2 emak...

" Kak long x yah mekap mak beria2 nanti doktor kata emak sihat pulak"

hehe...tergelak aku....tapi aku nak bagi muka mak berseri-seri2
tak de lah nampak teruk sgt...
tapi serius....biarpon teruk menahan sakit namun wajah emak masih lagi bersih....ceria...

Allahuakbar!!

Berat hati meninggalkan emak dikala aku hendak ke ofis.....tetapi apakan daya...
aku hanya pekerja.....
Yang aku tak puas hati dengan HKL ni sebab parkingnya tiada limit....
dari pukul 9 malam sampai 9 pagi...RM12 aku kena bayar setiap hari
Bukanlah aku berkira...tetapi aku rasa ianya seperti mengambil kesempatan terhadap orang
yang dalam kesusahan....

Setiap hari tatkala pulang dari tempat kerja yang terletak di Technology Park Malaysia
Dalam kesibukan jem....aku teringat emak....lantas air mataku bercucuran
ditemani lagu Teman Pengganti...membuatkan perasaan aku bertambah sedih

Pada hari jumaat, aku terpaksa meninggalkan emak
aku tidak dapat menjaga emak pada waktu malam
dan Mok De Zaimi menggantikan tempat aku.....
Aku terpaksa kerana aku berkonvo pada hari Sabtu 24 November 2012
Jadi aku mengambil keputusan untuk tidur di Nilai
Kerana takut terlambat keesokan harinya
Alhamdulillah Mok De aku memang nak sangat menjaga emak...

Hari Sabtu, aku berkonvo...
hanya Abah, Akram dan Adik je yang menemaniku
Walaupun sedih tetapi entah mengapa hati ini sudah tidak dapat mentafsir lagi
Meskipun aku sedih melihat semua orang bergambar ceria dengan Ibu dan Ayah
tetapi Emak tidak dapat menghadirkan diri disaat penting dalam kehidupan aku
Tetapi aku redha.....aku tahu keadaan yang langsung tidak larat itu.....

Baliknya aku dari konvo...kepala ku sangat pening
mungkin aku dah lama tidak memakai Contact Lens agaknya
Pada malam tu, mak sudah tidur...mak tak bercakap apa2 pun
Mak tidak bertanya langsung perihal konvo..
Kerana sakit kepala yang teramat sgt...aku tidur awal
Tiba2 mak mengejutkan aku kerana ingin ke tandas..
dek kerana sakit kepala....aku berjalan terhuyung hayang....

Minggu kedua emak dihospital...
emak menunjukkan tanda2 yang berbeza...
emak semakin tidak bercakap...hari Isnin...selasa...
mak banyak tidur.....makan pun tak.....minum susu jer....
Rasa berat sangat hati ni tengok mak

Aku masih ingat masa tu Doktor sedang memeriksa Emak diawal pagi...
Aku menunggu sehingga emak selesai rawatan...
Aku pergi kerja lambat...kerana aku rasa berat sangat hati

mak kata " pergi lah kerja....nanti Awak lambat pulak...bukan mak halau ye.."
Akur dengan kata2 mak....aku pergi kerja.....
Rutin harianku macam biasa...
Pada waktu malam itu, Abah menelefonku.....dalam nada tertahan-tahan
abah memberitahu sesuatu yang aku memang x nak dengar
Kata abah... " Kak long....mak tu dah teruk dah....Ayah ngah ada jumpa Doktor Zabedah yang rawat emak...Doktor tu suruh kita bersedia.."

Menitis air mataku...disaat itu....jem sangat teruk di lebuh raya persekutuan...
Hampir 3 jam...aku berada didalam kereta...menangis x keruan....perasaan aku memberontak ingin
cepat sampai ke hospital....
Setelah sampai dihospital..seluruh ahli keluarga menunggu di Lobi....
ku lihat....Abah....Abang Ngah...Naim....Akram.....Mok De...dan Adik Hasya
Mata mereka kemerah-merahan

Saat yang menyedihkan apabila melihat
Adik Hasya melihat gambar2 emak di Hensetnya sambil menangis
terus adikku Syafiq mendapatkannya dan memujuknya
Hatiku menjadi sebak.....air mata tidak tertahan-tahan ketika Mok De memelukku....

Kata Abah diiringi sedu sedan...." Mak mungkin x lama...kita kena bersedia...Jaga Emak elok2 ya Kak Long"

Terasa sendi2 ku longgar....fikiranku melayang..
Kelihatan abah memeluk anak-anak lelakinya...Adikku Akram menangis kuat
Hati nya robek.....
Pada malam itu...aku mengusap dahi emak....menyebut Allah...Lailahaillah kepada Emak

"Emak nak air x?..."

"Nak........"

Lantas kuambil straw dan kusuapkan air kedalam mulut mak....

"Mak nak susu x?..."

"Boleh juga......"

Selesai memberi minum kepada emak...kubasahkan sapu tangan dan kuletakkan di mulut emak
Mulut emak terlalu kering sehingga berdarah....
Malam tu...aku terus-terusan membaca ayat suci al-Quran
Aku menjadi sangat takut sehingga aku tidak langsung ketandas...
kalau aku ke tandas aku cepat2 menyudahkan urusanku
Aku menjadi takut untuk tidur.....

Esoknya...rakanku Farah Azmi bersama ibunya datang
Ibu saudara dan bapa saudara juga datang...
Mereka sedih melihat keadaan emak yang terlalu uzur...
Mak Teh aku menangis....katanya Mak Teh termenung semalaman sejak semalam
kerana memikirkan emak....Sayang betul Mak cik2 aku terhadap emak
Walupun emak hanyalah kakak ipar mereka...
Tetapi hubungan kami rapat.......Kami juga tinggal berdekatan
Jadi kami selalu bertemu dan berkumpul bukan hanya di Hari Raya...
Tapi kami terlalu kerap bertemu..kerana itulah kasih sayang mereka terhadap emak tinggi....

Aku menjadi lemah apabila sahabat aku cuba menenangkanku
Aslam dan Suhaimi juga datang menjenguk....
Emak tidak banyak bercakap....dia mengaduh badannya yang kerap lenguh2
duduk macam ni x kena....duduk macam tu x kena
Lenguh kaki.....macam2 lenguh....kasihan emak.....
Tetapi apabila lega sedikit...emak tersenyum dan menyapa keluarganya
Aku bahagia apabila melihat emak tersenyum
susah betul aku melihat emak tersenyum.....
Aku mengambil alih tugas menukarkan lampin dewasa yang emak pakai
aku tidak memanggil jururawat untuk menukarkannya
tetapi aku hendak melakukannya sendiri
walaupun pinggangku sakit tetapi aku gagahi
Aku hendak berbakti kepada emak...
dahulu semasa aku kecil..emak melalukannya....

Emak..walaupun sakit...tapi digagahinya juga untuk ketandas
Aku melarang tapi emak berdegil
dia tidak selesa memakai Pampers...
Jadi aku mengangkat dan membawa emak ke tandas
Aku turut sama berada didalam tandas kerana khuatir mak akan terjatuh
Emak kasihan melihat aku
tetapi aku tidak kisah...aku ingin berbakti kepadanya...

Hari Rabu malam.....mak sudah langsung tidak berdaya....
Aku memujuk emak memakai lampin kerana aku tidak mahu emak ketandas lagi
Emak setuju...mungkin kerana dia begitu tidak berdaya
Petang itu....semasa aku sedang menguruskan emak...
Emak tiba2 berbual dengan aku....sambil tersenyum...indahnya.....
Topik yang dibualkan sangat santai...dan kelakar....

Hari Khamis.....mak langsung tidak bangun subuh,...
Emak langsung tidak sedar.....
Apabila tersedar aku memberi emak minum...
kasihan emak.....
Aku mengurut2 badan emak.....tetapi emak makin tak berdaya
Tiba2 selepas aku dan emak mengalihkan badannya..
aku terpegang tompokan darah dibaju emak...
Panik aku melihat darah yang terlalu banyak....habis cadar dan alas cadar terkena darah...
Dokor dan Jururawat bertungkus lumus menghentikan pendarahan

Ketika itu, kami menunggu diluar..
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta Isterinya Datin turut melawat pagi itu
Aku meminta mereka tunggu diluar...dan hanya dua orang dibenarkan masuk
keadaan emak amat lemah...
Abang Epi datang dan menenangkan kami....dia menasihati kami supaya banyak berdoa
dan bersedia terhadap segala kemungkinan...
Doktor memanggilku..kata doktor...Mak mungkin dah x lama
Kanser telah merebak ke seluruh badan.....
Kanser baru juga telah tumbuh di kawasan pembedahan....
Lemah longlai jantungku......

Aku masuk dan menitis lagi air mata ku....
Pada hari khamis...kami langsung tidak meninggalkan emak
berulang2 kali yasin dibacakan kepada emak
Atuk Tokki sentiasa berada bersama emak....
Syahdu hati ni bila melihat emak memanggil2 Tokki dan Atuk...

Keajaiban berlaku.....pada masa itu badan emak amat lemah
mak tidak bercakap....hanya mengerang kesakitan
aku mengusap lembut kepala emak...
tiba2 emak menarik mukaku.....dan emak mencium pipiku
begitu juga adik hasya yang duduk sebelah kiri emak...aku dibahagian kanan

" Mak sayang anak-anak emak....Mak minta maaf ye kak Long...
Mak mintak maaf je hasya....mak sayang anak-anak emak...."

Bagaikan disentap hatiku ini....aku terus mencium dahi emak
dan memeluk emak...aku dan adik menangis teresak-esak

"Mak x de salah dengan kak long....Kak long maafkan semua kesalahan emak...
Kak Long mintak ampun..halalkan makan minum...air susu emak....."

"Adik sayang emak.....Mak adik mintak maaf sebab selalu melawan cakap emak"
Adik menyesal...adik sayang emak...."

Dengan hati yang tak tertahan aku memanggil abah diluar
dengan harapan agar abah dapat bercakap dengan emak
tetapi sayang...pada masa itu mak telah lemah semula
Abah juga meminta maaf...mengampunkan dosa2 mak...
sayunya suasana pada masa itu.....

Emak semakin tidak stabil disebelah petang....emak tidak selesa
sering meminta kami mengalihkan badannya...ditegakkan katil
direndahkan katil....nafas emak semakin tidak stabil
emak terpaksa menggunakan bantuan pernafasan...
daripada bantuan pernafasan yang kecil kepada bantuan yang besar....

Emak seperti mengerang kesakitan....atuk menenangkan emak....
mengingatkan emak menyebut nama Allah
Emak mengerang kesakitan....tetapi mulutnya terkumat kamit
menyebut Allahuakbar........!!!! Allahuakbar....

Allahuakbar......!! Sakitnya Ya Allah....
Emak memaut kepada Naim....dia menangis...aku kasihan melihat emak
kerana sakit yang teramat sangat....

"Mak sakit kak long...mak rasa nak mati dah ni...."

berderau jantungku...

Kerana kasihan melihat emak....
Aku memanggil doktor...mereka menyuntik Penahan Sakit yang kuat iaitu Morfin
Morfin adalah sejenis dadah,...
Selepas menyuntik Morfin....emak bergerak agresif....dia meminta untuk bangun....
dan akhirnya dia tertidur...

Entah apa yang dilihat dan diimiginasikan...
aku melihat emak seperti meracau..
Kami menenangkan emak...tidak putus bacaan yasin......bacaan ayat Al-Quran
serta selawat syifa....mak tenang selepas itu dan kemudian emak tertidur
dan tidak lagi bergerak banyak....
Pada malam itu, kakak Emak iaitu Mak De Hasni berhajat untuk menjaga emak
pada mulanya aku berasa berat hati
hati aku seperti x rela meninggalkan emak

Kerana kasihan melihat Mak De
aku memberi Mak de peluang....tetapi aku masih lagi tidak meniggalkan emak
cuma aku hanya tidur diluar
ditempat menunggu.....
aku tidur diatas sofa....
Pada malam itu...sekitar pukul 3 pagi aku terkejut
melihat siren dibilik emak aku berbunyi
berlari aku masuk kebilik...
rupanya pesakit di sebelah yang membunyikan siren....
Alhamdulillah
aku kembali tidur

Hari Jumaat
Pagi selepas solat subuh...aku melihat emak masih tidur....
dan kedudukan emak tetap sama seperti semalam
Kulihat nafas emak masih baik..
Jadi aku berasa tenang...pagi itu aku tidak membenarkan Jururawat menyuntik morfin
Kerana aku melihat emakku diam sahaja tidak seperti selalu
aku lebih suka emak aku memberi respon daripada diam sahaja.....

Hatiku berasa sedikit tenang....dan abah menyuruh aku ke USIM
untuk menghantar Jubah Konvo dan mengambil Skrol....
Selepas itu kami ke CC di Akasia untuk scan segala transkrip dan sijil
tujuannya kerana aku belum lagi menghantar transkrip original kepada HR di tempat kerja
Semas sedang menguruskan hal ehwal berkenaan
Adikku memesejku dan menyuruh aku segera balik dan melihat emak

Bagaikan berlari aku kekereta
Bergetar badanku....adikku Akram menelefonku..dan bunyi esakkan dihujung talian
katanya...

"Kak long....mak dah nazak...."

Aku memegang erat kerusi tempat dudukku...
sangkaan aku emak baik-baik aja pada pagi itu meleset...
rupanya..emak sudah ingin meninggalkan aku...
Nasib baik aku pergi ke Nilai bersama adik lelakiku, Syafq.....
jika tidak....bagaimana nasibku....
Aku lemah....cuma esakan tangis...adikku memegang lengan dan menenangkan aku..

Aku berdoa kepada tuhan...agar aku sempat bertemu Ibuku
Aku ingin bersama sehingga keakhirnya
kerana selama ini aku yang menjaga emak...
takkan hari terakhir aku tak sempat bersamanya
Perjalanan dipermudahkan...hari itu tiada jem
Adikku Syafiq memecut laju.....
Kami sudah tidak mempedulikan kamera litar tertutup disekitar jalan
Fikiran kami cuma satu....ingin bertemu emak buat kali terakhir..memohon ampun daripadanya

"Ya Allah...kuatkan hatiku...jika kau ingin mengambilnya...biarlah kami sempat bertemu dengannya dahulu"

Sesampai di hospital...aku berlari mendapatkan emak...
Kulihat emak nazak..nafasnya berbunyi...
menitis air mata ku....aku membisikkan kata2 ditelinga ibuku....aku mengajar ibuku kalimah syahadah
Sayu hati melihat emak...kemudian adikku Syafiq mendapatkan emak...

Aku terduduk dibirai katil..kami semua membacakan yasin terhadapnya...
Kulihat sakaratul maut didepan mata..
kami silih berganti mendapatkan emak.....Emak seperti memanggil atuk dan tokki..
emak bagaikan ingin berkatakata.....aku sebak melihat emak
Tokki dan Atok mengampunkan dosa2 emak....
seterusnya abang emak...kakak emak....
Ayahngah mengenggam tangan emak dan membisikkan kalimah syahadah ketelinga emak...
selepas kami semua meminta maaf dengan emak dan memaafkan kesalahan emak....
Akhirnya emak menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan kami..

Ya...pertama kali aku melihatnya...
disaat itu..aku seperti kosong dan gelap...aku menangis teresak2
Mak Ngah menenangkanku...menyusruh aku mengingati Allah...
Jangan menangis sebegitu kerana nanti emak merasa berat untuk meninggalkan kami
aku beristighfar...seolah2 tidak percaya yang emak akan pergi....
Adik Hasya seakan menjerit disaat terakhir itu....

"Mak...jangan pergi......adik masih perlukan emak...."

Ya Allah..aku berasa longlai....kami semua diarahkan menunggu diluar
Sayu melihat wajah2 semua...terutama abah....dan adik2...
aku memegang erat bahu adikku...
Walaupun begitu....kami masih tidak lupa pada tuhan...
sementara menunggu proses...kami turun ke surau di tingkat bawah
Adikku menangis teresak2 didalam solatnya.....
aku bercucuran air mata...kulihat Nenekku juga...
masing2....sangat sedih dan sebak....

Sementara menunggu proses...saudara mara ku yang lain datang
Ibuku meninggal dunia di hari yang mulia..Hari Jumaat
pukul 2.35 petang 30 November 2012...
Pengakhiran emak sangat baik....Sakit sakaratul mautnya tidak lama
hujan renyai2 turun membasahi
seolah2 mengerti kesedihan kami

Jenazah dibawa pulang pada pukul 6.00 petang
Aku dan Akram menaiki kereta jenazah
Abah membawa Atuk Tokki serta adik dengan Cherry
Naim membawa Mokde dengan Vios
manakala Syafiq membawa kereta Vivaku..dengan segala barang

Kami berhenti di RNR Temerloh untuk solat Maghrib..
mujurlah driver van jenazah itu memahami...
walaupun mereka india...
Didalam kereta...kami tidak putus menyedekahkan Al-Fatihah
dan membacakan surah2 kepada emak...
Keranda disebelah kami...tetapi aku merasakan yang emak disebelah kami
Pandangan kami kosong....
didalam Van jenazah...aku dan Akram berbual2 perihal emak
kami seakan2 rasa emak masih ada.....suasana sedih

Aku memandang gelang tangan aku....teringat emak...
Harta terakhir peninggalan emak....

Kami sampai di Jengka sekitar 9.30 malam
Sudah ramai yang menunggu kami diperkarangan rumah
aku x sangka aku mengalami pengalaman sebegini...
seboleh2 nya masa dahulu aku selalu terbayang-bayang
balik rumah...tiba2 rumah penuh dengan orang.....dan semua membacakan yasin..
Akhirnya aku mnegalaminya....
Rumah dipenuhi dengan ramai orang berkunjung...
Bacaan Yasin yang tidak putus......

Pagi keesokannya iaitu Sabtu...
Proses2 memandikan, mengkafankan dan mensolatkan jenazah
Aku bersyukur kerana aku dapat membantu menguruskan proses2 ini
aku turut membantu memandikan emak
Menyiram air kebadan emak dan menggosokkannya...
Sayu hati melihat wajah emak...
aku menahan air mata ini daripada tumpah...
ku sabunkan muka ibuku dengan penuh kasih sayang
Ramai turut membantu.....Mak De....Mak Cik....Kak Milah...Mak Lang...
Adik Hasya pun turut serta memandikan emak...
sedih.....pilu....tapi aku kuatkan perasaan aku.....

Kuasa Allah....semasa sedang memandikan jenazah...
Atukku datang dan dia menegur tempat permandian jenazah
kata Atuk..air dibawah tempat mandian kelihatan bertakung
kami tidak perasan Ya Allah
Allah maha besar....akhirnya atuk menggunakan kain dan mengalaskan tangannya untuk mengorek lubang yang tersumbat
Maka keluarlah kesemua air yang bertakung....Alhamdulillah...
kami membilas semula badan emak kerana khuatir air yang bertakung terlekat dibadan emak...

Selesai mandi...Adik2ku...abah....bapa saudara serta sepupuku mengangkat emak...
dibawa emak ke tempat kafan...
aku sekali lagi berada dibahagian kepala emak dan menolong mengkafankan emak
tuhan sahaja yang tahu....
ketika proses ini...air mata ku tidak dapat tertahan lagi.....
Setelah selesai kami dibenarkan mencium emak.....kutahan perasaan
air mata agar tidak jatuh...emak berada dalam keadaaan suci...
Kami mencium emak dengan penuh kasih sayang....

Akhirnya kami sekeluarga mensolatkan emak dan diimamkan oleh Adikku Naim
Solat Jenazah yang kedua bertempat di Masjid lama dan diketuai oleh Tokki
sememangnya Tokki adalah imam di kampungku ini...

Setelah itu jenazah dibawa ketanah perkuburan...
ketiga-tiga adik lelaki ku Syafiq...Naim...Akram...dan Abang Epi.masuk kedalam liang lahad...
meletakkan dan mengiringkan badan emak didalam liang lahad mengahadap kiblat
papan penahan tanah...dan menahan tanah2 yang ditolak oleh Bulldozer....
Saat tanah menimbusi liang lahad emak...sekali lagi aku menangis..
tidak tertahan rasanya.....

Akhirnya ia disudahi dengan bacaan talkin...
setelah selesai....kami pulang..berat hati  ini meninggalkan emak.....
tetapi apakan daya....aku mesti kuat dan tabah...
kini aku membantu abah...menggantikan emak....

Aku sedih...aku masih belum puas bersama emak
terlalu cepat emak meninggalkan kami...
mungkin kalau kami dah beranak pinak dan ibuku telah tua mungkin kesedihan itu tidak seperti ini
Baru aku memahami erti kesakitan...selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya menjadi anak yatim
Kehilangan ini sungguh besar

Emak...
Emak seorang emak dan isteri yang baik....walaupun disaat2 akhir
emak tidak pernah meninggalkan solat....walaupun tidak dapat mengambil wudhu secara biasa
kami yang mengwudhu'kan mak....
Mak sentiasa mengingati tuhan....sentiasa menyebut nama Allah walaupun sakit.....
Aku insaf...aku bertaubat dari dosa2 yang pernah aku lakukan
sesungguhnya melihat sakaratul maut menyebabkan aku ingin mati dalam keadaan yang baik
Aku lihat wajah emak tenang
Biarlah...aku redha.....aku x sanggup tengok emakku hidup tetapi dalam keadaan yang menyakitkan
Biarlah emak pergi...biarlah emak berehat disana...

Walaupun sedih yang teramat sehingga kini..
namun Aku yakin dengan ketentuan Allah
Kini aku lebih menghargai....
aku ingin menyayangi Abah dan adik-adikku lebih dari segala nya
Mungkin payah...aku melihat emak disetiap ceruk rumah ini
terdengar2 komennya..leterannya...nasihatnya..

Rindunya aku pada Emak...
Cintanya aku pada Emak....

Berbahagialah emak....sesungguhnya adik kak long semua baik2
Insyaallah emak meninggalkan anak2 yang soleh dan solehah
kami akan sentiasa mendoakan emak.....
Semoga emak gembira disana....

I love U emak dunia akhirat....





Tuesday, October 30, 2012

Kenapa Lelaki kena pandai memasak?




Gambar ihsan Lukisan Dakwah Islam

Antara sunnah nabi ialah menolong isteri memasak di dapur...
Sesungguhnya junjunganku yang terbesar ini adalah contoh yang paling terbaik...http://www.emocutez.com
Masyaallah...


Tapi contoh yg terdekat ialah my ABAH....dari mula kahwin...
smpai dah sekarang...dah umur 51 tahun tp masih masuk dapur lagi 
masak2 sama dengan mak.....

Walaupun mak sekarang sakit....pergerakan terbatas..
tapi abah setia membantu dlm soal kerja rumah...memasak..
penting tau laki pandai buat kerja rumah sebab ya laa kita x tahu
perkara2 yang boleh terjadi dimasa hadapan kan? http://www.emocutez.com

macam aku ni..x expect pon mak akan sakit macam ni
Tapi tu semua dah ditentukan Allah..

Selalu sangat kalau kat mana2 je mesti orang membahaskan isu memasak ni


MEMASAK DALAM KALANGAN WANITA

lelaki selalu kata nak pilih perempuan yang pandai masak jerr
macam2 laaa...nak yang serba serbi boleh
Lepas tu perempuan pon balas lah..


"Eleh..dia tu baca Al-Fatihah x lepas..nak jadi imam apetah lagi.." http://www.emocutez.com

So perdebatan berlaku laa..
masing2 nak tunding jari kat masing2

Memang penting perempuan ni pandai memasak kan...
tapi x leh laaa nak lekeh2 kan perempuan
why not kita sama2 melengkapkan antara satu sama lain
bukankah itu objektif perkahwinan?
kahwin bukan untuk halalkan ape yang haram jeeeee...
Gambar Hiasan

x pandai boleh belajar...Manusia x sempurna semuanya

Bagi yang lelaki...
X pernah ker terfikir nak ikut sunnah Rasulullah mcm ni
Ye lah kan dari sekecil-kecil sunnah sampai lah yang sebesarnya
kalau diamalkan beroleh ganjaran pahala yang tak ternilai kan??
So x perlu lah aku rasa nak lekeh2 kan perempuan yang x pandai masak ke

Sebab tugas memasak ni sebenarnya tugas berat


Tengok je lah kalau chef2 besar 
kebanyakan lelaki kan??
Chef wan pon bolehhhh!!

sebab masak ni bukanlah tugas ringan..

Kadang2 ada sebilangan perempuan ni
dia tidak diajar untuk masuk kedapur masa diorang kecik2...muda remaja dulu
ye laa...terutama di kota...mak ayah mereka pon jarang sekali masak
makan kat luar je....that's why kalau anak diorg pandai masak tu kira ajaib laa
x pun memang anak dia tu minat masak....
tu certain case laa kan...

Yang kedua lak..ada sesetengah ibu bapa
dia suka anak dia belajar...belajar...belajar...

mereka kata " Belajar je nak.......jangan fikir hal lain"http://www.emocutez.com

"Mak Abah nak kamu tu jadi doktor..so jangan sibuk2 laaa hal lain
memasak semua ni dah nak kawen nanti belajar laaaa..."
Disebabkan sibuk..last2 memasaknyer entah kemana.. hehee

Yang ketiga pulak, ada sesetengah ibu bapa ni
dia macam rasa anak dia sentiasa kecil
That's why kalau anak2 diorg nak tolong memasak ke..diorg x bagi
kalau bagi pon memang menyakitkan telinga laa
Rule dan peraturan disebut-disebut banyak kali

"Kuali tu letak macam ni"
"Basuh ikan tu macam ni..."
"Eh nak....sayur tu kena potong macam ni" http://www.emocutez.com

Tu tahan lagi...kalau yang jenis x suka dapur sepah2
sekali disepahkan oleh anak diorg...berangin laaa pulak mak korang tu
last2 kena bebel 24 jam..




"Sape suruh pecahkan pinggan mama!!"
"Ni nape pulak berminyak2 dapur ni...
kan mama dah kataa x payah!!!

hahaha...last2 minat anak yang konon2 nak memasak tu merudum sama sekali
last2 nyerrr..in the end...anak2 tu berada di takuk yang selesa

Yesss x yah laaa belajar masak...http://www.emocutez.com


Cuba tengok student2 yang belajar Oversea..
disebabkan nak kena survive
diorang pandai serba serbi
MEMASAK tu laa yang bonus
rata2 lelaki yang belajar oVEr the Sea..mmg pandai masak
ye laa...Masak raya pon hebat
rendang laa ketupat laaa...nasib baik diorg x mengacau dodol kat negara omputeh tu
kang masuk berita lak...semua omputeh london teruja dengan dodol...hahahahttp://www.emocutez.com


Memasak ni adalah SKILL

dan bonusnya adalah minat


Skill memasak ni boleh dipelajari
tapi minat tu atas diri masing2...
Orang yang ada minat ni lain...



makanan yang dia masak semua sedap2
anak2 dia pon gemok2 sehat..laki dia pon boncet semacam..haha
bahagia....mak masak sedap.......Alhamdulillah....



Jadi yang lelaki tu...kalau belum beristeri atau pon dah berkahwen
aktiviti memasak bersama isteri ni memang boleh menjadikan hubungan suami isteri tu erat
Lebih Bahagia.....masak pon sedap je
yang paling penting...kalau isteri x dapat masak..isteri sakit ke...Cik Abang leh buat
kan kan....http://www.emocutez.com

Ape salahnyerr....kalau dua2 buta memasak sejak kawen
Ape salahnya wujudkan aktiviti  menyelerakkan dapur
menabur2 tepung...menghangitkan nasi.....menghanguskan ikan di hujung minggu
sweet ape...
Tengok laa cerita korea semua sweet2 mcm tu...selalu je ade adengan
masak sama-sama kat dapur...ataupon laki tu sediakan makanan ke...hehehe
Melayu ade??http://www.emocutez.com
hahaha... (saya bagi contoh je okay?)



Lelaki kena ada skill memasak..at least masak nasik...masak goreng2 yang ringkas tu
at least kalau Isteri dia carik lain dia boleh survive untuk beberapa bulan
sebelum carik bini baru..hehehe...gurau okay!!http://www.emocutez.com
(Ambil nota cepat!)


Macam Abah saya laaa...dia boleh buat serba serbi
Abah is the best man in my lifehttp://www.emocutez.com
Dari dulu smpai skrg dia tolong mak masak
Sampai dia jadi lagi terer masak dari mak
Atuk pon selera makan ape yang abah masak
bukan senang wooo nak bagi atok aku makan http://www.emocutez.com
atok cerewet wooo bab2 makanan
tu maknanya masakan abah powerrrrrr
Bila mak sakit pon abah still masakkan
Adik2 jantan tiga orang aku pon sama
semua pandai memasak.....buat kerja rumah

Kalau ada anak...ajarlah mereka kemahiran hidup
supaya anak tu jadi orang yang berkemahiran dalam hidupnya...
okay laa..tu je nak coret..bye2


Saturday, October 27, 2012

My name is Izni.. your Dream Protector

Soalan Pertama: Adakah korang mempunyai impian?

Ya   atau  Tidak?

Jika tidak , korang harus berhenti membaca apa yang aku coretkan ini..

Tekan punat yang berbentuk palang X diatas sekarang juga!!!!!

Jika Ya..teruskan pembacaan anda...

Soalan Kedua: Apakah impian korang?

Pergi ke Baitullah?

Mempunyai RM500k apabila bersara nanti?

Memiliki rumah yang selesa untuk keluarga?

Mempunyai kenderaan yang selesa?

Melancong bersama keluarga?

Aku  percaya, pasti korang semua ada memiliki impian-impian sebegini tetapi.......

Soalan Ketiga: Adakah korang serius untuk mencapai dan mengecapi semua impian ini?

Ya?
X pasti?
Nak...tapi x tahu caranya...? http://www.emocutez.com
X serius...?

Soalan Keempat: Apakah yang korang akukan demi memastikan impian ini terlaksana?

Menabung?

Melabur?

Tahniah kerana korang sememangnya seorang yang bijak kewangan dan juga seorang yang matang dalam menentukan soal hidup dimasa hasa hadapan..

Soalan Kelima: Untuk siapakah korang ingin mencapai impian2 korang?

Ibu Bapa??

Suami/ Isteri??
Anak-anak??

Soalan Keenam: Sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kepada korang...adakah impian ini hanya terkubur sahaja dan orang2 yang korang sayangi tidak dapat menikmatinya???

BERCADANG UNTUK BERSARA,
ADALAH MERANCANG UNTUK SATU PERMULAAN BAHARU,
UNTUK MULA MENIKMATI TARAF KEHIDUPAN LEBIH TINGGI,
DAN HIDUP DENGAN PENUH KESENANGAN.
MENJALANI KEHIDUPAN YANG SERBA PANTAS,
DAN TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI KERETA YANG LAJU.
MENJELAJAHI SAFARI. PERGI MELANCONG.
BERCUTI DAN MENCARI KETENANGAN.
PERGI BERLAYAR.
ATAU MELELAPKAN MATA DENGAN LENA.
ITULAH MASANYA UNTUK ANDA.
ITULAH KEHIDUPAN IMPIAN ANDA.
HIDUP LEBIH BAHAGIA.
HIDUP BERTAMBAH SEMPURNA

REALISASIKAN IMPIAN MASA MUDA ANDA
KETIKA PERSARAAN

errrrr......
errrrrrrrrrrrrrr...............................



mesti korang tertanya-tanya kenapa pulak aku cakap macam ni kan?? 
Okay..untuk pemahaman yang lebih jelas...if something happen to u lah katakan
Soal maut, ajal semua ketentuan Allah kan..
manalah tahu bila2 masa sahaja Allah boleh tarik nyawa kita ni http://www.emocutez.com

Jadi...katakanlah yang korang mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah, kereta, melancong http://www.emocutez.com bersama family korang...tetapi takdir Allah, umur korang tidak panjang..
Mungkin tanggungjawab x berapa berat bagi yang bujang kerana belum memiliki keluarga sendiri

TETAPI...

Haruslah diingatkan bahawa tanggungjawab seorang anak membahagiakan kedua ibubapanya
Setidak-tidaknya korang kena la berniat untuk membawa parents korang pergi Baitullah menunaikan haji...x kan kita x nak jadi anak yang soleh kan?


Untuk yang dah bekeluarga...mesti kamu semua sayang pada isteri/suami dan anak-anak korang kan?

Jadi jika kamu hanya meninggalkan kesedihan kepada mereka...x rasa ke mereka menderita...http://www.emocutez.com

Ataupun jika korang still ada didunia ini, tapi cacat kekal disebabkan kemalangan ataupun menghadapi penyakit serius...adakah korang pernah terfikir tentang itu?http://www.emocutez.com

Dah jadi lumrah...kita manusia memang kita x nak fikir tentang perkara2 macam tu..bagi kita benda2 macam tu menakutkan untuk difikir..kita selalu nak fikir yang kita panjang umur..sihat kan?

Jadi untuk melindungi impian-impian anda daripada terkubur begitu sahaja...saya ada penyelesaianya

Nak Saya share x?http://www.emocutez.com

Sebelum tu saya ingin perkenalkan diri saya
Nama saya Hidayatul Izni Binti Hayudin...panggil izni jerr
Umur 23 tahun dan merupakan Graduan lepasan Universiti Sains Islam Malaysia
Jurusan Matematik Kewangan
Saya merupakan Penyelamat Impian anda....

Wah.....dalam bahasa Inggerisnya adalah "Your Dream Protector"

kanapa saya adalah penyelamat impian anda?
kerana saya nak kongsi dengan anda cara-cara untuk memastikan impian-impian anda itu
tetap tercapai walaupon anda tidak lagi berada didunia ini....

Cuba korang lihat graf yang saya lukiskan ini.....

Contoh: En Ali  berumur 25 tahun dan dia target dalam tempoh 30 tahun lagi dia mempunyai simpanan RM100k ++ sebagai tabung persaraan dan Ali menyimpan RM300 setiap bulan selama 30 tahun.
Akan tetapi...pada umur 45 tahun dia diserang penyakit kanser. Pada mulanya disebabkan dia bekerja disebuah syarikat swasta, segala bil dan kos rawatan ditanggung oleh syarikat, namun kerana jangka masa yang terlalu lama, syarikat tidak dapat membiayai kos rawatannya dan dia terpaksa diberhentikan...jadi Ali kini tidak lagi mempunyai sumber pendapatan untuk dia dan keluarganya...akhirnya sebagai alternatif terkahir, Ali mengeluarkan kesemua simpananya yang pada masa itu belum lagi mencapai RM100k...dia amat memerlukan duit itu untuk merawat penyakit kansernya...akhirnya segala duit itu habis dan impian Ali untuk mempunyai RM200k++ dimasa dia bersara kelak musnah....

Akan tetapi sebelum ini  Ali telah didatangi oleh seorang penyelamat Impiannya iaitu Cik Izni...
Cik Izni berkongsi dengan En Ali tentang bagaimana dia boleh membantunya...En Ali sangat teruja...

Korang nak tahu apa yang dikongsi kan oleh Cik Izni kepada En Ali?????http://www.emocutez.com


Teruskan pembacaan korang yerrr.......

Kata Cik Izni:

" Tahukah En Ali, bahawa ada suatu tempat yang mana En Ali boleh tidur lena tanpa seribu kerisauan jika En Ali membuat tabung persaraan disitu" http://www.emocutez.com

Jawab En Ali: Kat mana? Apa maksud Cik Izni yang saya boleh tidur lena tanpa masalah?

Jawab Cik Izni Lagi : Maksud saya, kalau En Ali membuka akaun tabung persaraan disitu, walau apa pun yang terjadi pada Encik...impian Encik akan tetap tercapai...malah banyak lagi manfaat yang Encik Ali boleh dapat...

En Ali: Oh begitu..boleh Cik Izni terangkan dengan lebih lanjut...

Cik Izni: Begini En Ali, cuba En Ali lihat graf ini...jika En Ali membuat simpanan biasa...beginilah yang akan terjadi kepada Encik Ali.. (refer graf sebelum ni yang kat atas tu)

Tetapi...jika En Ali mempunyai akaun tabung persaraan disini...jika En Ali menghidap penyakit kritikal pada umur 45 tahun ini...walaupun En Ali  tidak lagi bekerja pada waktu itu, tetapi bayaran bulan RM300 ini tetap berjalan sehingga tempoh matang dia iaitu 30 tahun...Dalam tempoh tu Syarikat ini lah yang akan membayarnya....

En Ali: Wahhhhh!!! ada ke tempat sebegitu??? maknanya walaupon saya sakit kritikal dan tak ada sumber pendapatan, saya tetap akan dapat RM100K++ tu lah yer?? Dan yang lebih seronoknya saya tidak perlu lagi membayar tiap2 bulan!! Bagusnya!! betulkah ada tempat sebigini?

Cik Izni: Betul Encik...memang ada lah En Azmi...sebab itu saya ingin berkongsi...bukan itu sahaja En Ali...kalau En Ali nak tahu..setiap 2 tahun selama 30 tahun itu En Ali akan mendapat duit tunai

Disebabkan En Ali menyimpan RM300 sebulan selama 30 tahun
jadi En Ali mendapat 

Setiap tahun  ke 2, 4, 6, 8, 10 = Encik Ali akan mendapat RM1353

Jadi jumlahnya ialah : RM6765

Setiap tahun ke 12, 14, 16, 18, 20 = Encik Ali akan mendapat RM2030

Jadi jumlahnya ialah : RM10150

Setiap tahun ke 22, 24, 26, 28, 30 = Encik Ali akan mendapat RM2707

Jadi jumlahnya ialah : RM13535

Cuba En Ali kira berapa jumlah duit yang En Ali akan dapat?
RM30450 bukan????

Banyak x Duit yang Encik Ali akan dapat??

En Ali: Wahhh...seronoknya..banyak tuuuu...

Total semuanya saya dah boleh dapat lebih dari RM100k laa kan?

Cik Izni: Yup!! Bukan itu sahaja...jika berlaku kematian atau hilang upaya..dapat duit tambahan pulak tu..dapat RM27,068.45..berbaloi x? bukan tu sahaja.kalau sakit kritikal macam kanser tu....Encik langsung x payah bayar terus....tunggu cukup 30 tahun En Ali terus boleh dapat semua duit simpanan tu....bukan ke bagus kan Tabung Persaraan yang saya kongsikan dengan En Ali ni?

En Ali: Betul...sangat bagus..dengan tu..saya x payah risau lagi..errr...boleh saya tahu kat mana tempat ni??

Cik Izni: Di Etiqa Takaful...Saya wakil takaful anda dan saya adalah penyelamat impian anda..Jika En Ali berminat..apakata En Ali buka akauan sekarang demi menjamin masa depan En Ali kelak?

En Ali: Baiklah saya bersetuju...apakah yang perlu saya lakukan?

Cik Izni: Hanya isi borang dan isikan maklumat yang berkenaan...untuk bayaran pertama En Ali boleh bayar secara tunai kepada saya semasa mengisi borang dan selepas itu En Ali boleh membuat pemotongan di akaun bank atau pemotongan gaji...

En Ali: Oh begitu...kalau begitu...saya ingin buka akau persaraan saya sekarang dengan Cik Izni..Terima kasih Cik Izni kerana membantu

Cik Izni: Sama-sama..saya hanya menjalankan amanah saya sebagai Penyelamat Impian anda...


Jadi kawan2....dah baca dah ke kisah diatas...so macam mana?

Rasa teruja x??

kalau teruja dan nak tahu lebih banyak..korang boleh aturkan temujanji dengan saya...kat mana-mana pon boleh..janji korang serius laaaaa..
bukan ape kalau setakat nak ajak dating tu saya malas laa nak layan kan...hehehee
yang penting korang tahu kenapa korang perlu ada tabung persaraan macam ni..betul x??


okay...
Hubungi saya sekarang

Hidayatul Izni

0136451914

"Your Dream Protector"

Risk Management & Takaful Advisor 
Etiqa Takaful Berhad