3 different people, 3 different characters
Huuuuuu~
Topik diatas adalah 3 Bro's yakni bermaksud 3 adik lelaki yeahhh....huuuu~
Aku mempunyai 3 orang adik lelaki..
yang mana ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeza
Ye lah kan setiap manusia mempunyai perwatakan yang berbeza-beza kan
Untuk anda laaa kan...if korang ni perempuan
perwatakan mana yang korang akan pilih?
masing-masing ada citarasa masing2 laa kan...hehehee
x kan kita suka suatu yang sama RIGHT???
So kat sini aku senaraikan characters My BRO's
My First Bro's
because aku lahir pada 7 Julai...
Aku rasa dia ni berpewatakan seperti kebanyakan budak-budak lelaki sekarang
Dia lebih suka berada di luar berbanding kat dalam rumah
Dia lebih suka berada disamping kawan2 berbanding keluarganya sendiri
My Bro yang ni, dia bersifat kelakian yang tinggi
agak degil dan susah mendengar kata serta ego..yap...
aku rasa ramai lelaki yang macam ni...
selalu keluar rumah dan balik malam
dan
MEROKOK
...definitely laa kan...ramai lelaki sekarang yang merokok
But...even dia macam ni
tapi dia baik...even nampak macam keras..tapi dia amat genius
masa kecik2 dulu kan..dia dapat lompat kelas sebab IQ dia sangat cerdas
dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi..
masa kitorang kecik2 dulu, our parents selalu hantar kami masuk macam2 pertandingan
Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Melukis kebiasaanya
Guess what...kadang2 semua adik2 aku bolot...including Me!! hehehe
kadang2 adik aku dapat no 1, aku no 2...
dan kadang2 aku no 1 dan adik aku no 2..hehehee
masa kecik2 dulu, even masa tu umur dia baru 4 or 5 tahun x silap
tapi dia boleh bentukkan lego2 yang mak aku beli jadi Dinasour, jadi kapal terbang
jadi lembu....n macam2....dan disebabkan masa tu mak aku bukan camwhore...
so dia x ambil pun gmbr2 hasil seni anak dia
tapi bila kitorang teringat..kitorang mesti impress gile2 laaaa
sbb jarang kot budak kecik boleh buat macam tu...kebanyakan nya mmg x pandai
Even dia nampak pendiam sedikit tapi dia baik dengan adik bongsu aku
Satu kelebihan dia ialah dia pandai mengemas rumah tapi MALAS
if dia kemas..mmg bersih gilerrr laaaa..tp setahun sekali je aku dapat tengok...haaaaaaaaa~
My Second Bro
Adik aku ni adalah seorang yang setia..Bukan setia bercinta ke ape
tapi dia setia pada mak dan abah dia....(mak abah aku jugak hokay!)
Dia seorang anak yang agak taat dan jarang melawan ibu bapa
Dia seorang lelaki yang agak matang dan guess what??
dia lebih matang dari abangnya...
even kalau pergi mana-mana mesti orang ingat dia abang sulung...
huuuuuu~ ehek...bukan aku nak kata aku muda
tapi adik aku lebih matang dari aku
if korang berada disamping dia...korang akan rasa selamat
sebab dia bersikap protective...dan kalau dia memandu pon...
korang akan rasa selamat dan kalau nak tidur pon xde laa rasa takut2
Adik aku ni mmg boleh diharap...
tapi dia jenis x berapa sabar and cepat marah..
kadang2 aku pon kena marah ngn dia...what?? sape kakak sebenarnya??
hahaha
Dia x suka keluar dan lepak2 sangat dengan kawan2
dan dia jugak x merokok
adik aku ni...dia x pedulik pasal hal2 percintaan ni
mungkin dia x berminat..tetapi ramai jugak yang suka kat dia
mungkin sebab rupanya boleh tahan jugak kot...n sifat dia persis lelaki dewasa
uhukkkkk~
Tapi satu je yang aku x berapa suka
dia sangat suka main game...hidupnya macam x lengkap kalau x main game
Especially...DOTA..
huuuu~ tension kot kalau dapat suami yang suka main game ni
macam x de live kot...asik ngn game jerrr...
kalau aku...mmg x nak laa laki suka main game
hehehe
My Third Bro
Ini adalah adik aku yang paling aku rapat
nak kata yang paling aku sayang pon tuuu mmg lahh...hehehe
aku sayang semua adik aku tapi dengan dia ni aku mmg close
Adik aku ni dia jenis pelawak
kehadiran dia mmg menghiburkan..dia punya characters lebih kurang je macam abah aku
dia seorang yang happy and jarang laaa bad mud
dengan dia aku boleh bercerita macam-macam
melibatkan soal hati dan perasaan pon boleh bercerita
Dia ni jenis yang memang payah sikit nak cari
dia jenis lelaki yang suka menolong kat dapur
if korang tengah masak...dia mesti akan datang kat dapur n tanya
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"
hahahaha..mmg menyampah gila dengan soalan dia..tp apa lagi peluang aku laa kan
Dia jenis mudah disuruh..mendengar kata mak ayah
Dia ni jenis hati lembut sikit..dia pandai bercakap
even dia ni pon ade awek..hahaha
mungkin sebab sikap dia yang baik je perempuan suka kat dia
tapi seriously adik aku ni dia mmg baik
Kesimpulannya..masing2 ada karakter yang berlainan
cuma...dengan sifat2 tu lah yang melengkapkan antara satu sama lain
Memang perwatakan mereka berbeza
tapi satu je....
Adik-adik aku memang terpelihara dari segi agamanya
memang kalau nak dijadikan suami soleh tu memang boleh laaa
Abangah macam aku...Qari sekolah...dia banyak mewakili sekolah dalam bidang hafazan Al-Quran
Abang De pulak dia mmg dapat tarbiah yang baik sebab dia bersekolah agama dan menghafaz Al-Quran
Abang Lang pulak dia Solo Nasyid sekolah..dan kami dari kecik dihantar ke sekolah agama Tahfiz untuk menghafaz Al-Quran
Walaupun kami bukanlah seorang Huffaz..tapi sedikit sebanyak...kerana didikan sebegitu
hati aku dan adik2 sentiasa terjaga
mungkin kami melakukan dosa...tetapi akhirnya kami kembali kepangkal jalan
Insyaallah...
Dari segi solat..mmg abah dan emak amat menitik beratkannya..
sesekali kami akan solat berjemaah dan mengaji bersama
selepas itu abah akan memberikan tazkirah kepada kami
Jadi aku percaya..even my 3 bro's ini semuanya ada perangai masing2
tapi mereka semua seorang yang baik
Nak cari suami ni...kena tengok pada agamanya..
sikapnya...
kan kannnn??
okaylaaah....bukan nak buat promosi...cuma nak wat analisa jeee....hihihi
tata
Gambar Hiasan...Ibadah Korban...yeah!!
No comments:
Post a Comment