Followers

Friday, October 26, 2012

Aku sayang emak....




Cakkkkkkkkk!!!! http://www.emocutez.com



Hadirnya aku kedunia ini kerana Allah telah meniupkan roh kedalam janin kandungan seorang ibu...dan lahirku kedunia ini kerana cinta ayah dan ibuku...Kepada Allah kita dijadikan dan kepada Dia kita akan dikembalikan.....

HIDAYATUL IZNI BINTI HAYUDIN....http://www.emocutez.com

ya.....aku anak sulung...anak yang paling ditunggu-tunggu saat kelahirannya....dan merupakan pengalaman pertama buat ibuku..saat cemas..gembira....sakit...semua tersemat didalam kamus hidup Ibuku..meskipun sakit melahirkan..tetapi tangisan bayi mengubat kerinduan....mencetuskan rasa yang tidak pernah dirasai sebelum ini....rasa bahagia.....


Inilah keluargaku...keluarga yang sentiasa aku mendoakan kebahagiaannya...adik bongsuku lahir beberapa tahun selepas gambar ini diambil...
Dengan itu cukuplah 5 orang ahli dalam kalangan adik beradikku

Keperitan dan kepayahan orang tuaku menjaga dan mendidik anak-anaknya tidak dapat kubalas walaupun kuberikan segunung emas, selaut ikan...ianya tidak juga dapat membalas bakti jasa serta pengorbanan Abah dan Emak...membesarkan anak-anak yang mempunyai jarak umur selang setahun adalah begitu mencabar


Tapi...itu semua telah berlalu..ianya adalah sebuah coretan kehidupan yang kami lalui dahulu...

Kini...aku sudah dewasa..tatkala umurku meningkat...maka begitu jualah orang tuaku..mereka meniti hari-hari mereka dengan kesabaran..walaupun begitu mereka tetap gigih melaksanakan tanggungjawab mereka...

Ku coretkan menggunakan pena maya diatas warkah blogku ini untuk menyampaikan apa yang terbuku dihatiku...Sekembalinya aku kerumah, aku bahagia melihat Emak dan Abah..
Cuma aku terlalu sedih melihat penderitaan yang emak lalui...meskipun dalam senyumannya..dia menangis tatkala hatinya sebak memikirkan keadaannya..kesakitan yang dialaminya...

Emak....
Mungkin anda semua melihat dia masih mampu tersenyum...masih mampu berjalan dan berdiri...tetapi anda tidak nampak apa yang kami sekeluarga lihat...apa yang hati aku rasa...apa yang Abah tanggung selama ini...

Emak....
Aku menangis tatkala emak membangkitkan soal itu...ku tahu dan ku lebih dari sedar yang ajal dan maut itu adalah urusan Allah..tetapi sejauh mana dapat aku hadapi itu aku tidak pasti...cuma aku merasa sebak dan sesak nafas didada dikala emak menangis....
Biarkan ketika itu aku memegang sebilah pisau meraut dan mencincang halus bawang-bawang untuk memasak...tetapi tangisan demi tangisan yang lahir itu bukanlah disebabkan oleh bawang-bawang itu...tetapi hati dan mata ku menangis apabila melihat Emak menangis....

Emak....
Kak Long tak tahu yang kak long boleh terima orang lain sebagai emak atau tak..yang pasti emak adalah satu-satunya ibu kak long didunia dan diakhirat. Demi emak aku sanggup korbankan apa sahaja....ikutkan hati ini tidak mahu aku bekerja...tetapi apa lagi yang aku boleh buat....aku tidak mahu meninggalkan emak dirumah....tatkala ibuku sakit, aku mahu sepenuhnya berbakti kepada kedua orang tua ku...emakku....

Mungkin mereka-mereka melihat aku bersifat manja....periang...tetapi dalamanku sentiasa memberontak...sentiasa gundah gulana...Pada Allah aku bersujud berdoa dan memohon petunjuk dan kupohon hajat agar Tuhanku memberikan kesihatan yang baik dan ibuku sembuh....supaya dia dapat beribadah kepada Mu Ya Allah...


Emak..
Walaupun sekuat mana ujian yang emak hadapi, kak long sentiasa berdoa agar emak sentiasa kuat...mak lawanlah biarpiun payah....demi mak...demi semua....kak long yakin yang mak boleh sembuh sepenuhnya....
Kak Long yakin yang suatu hari nanti Allah akan mengabulkan doa semua orang...doa mak...Mak diuji oleh Allah..semua orang diuji dengan pelbagai ujian....Allah menguji hambanya dengan ujian yang setimpal dengan diri setiap hambanya itu....

SAKIT JUGA ADALAH PENGHAPUS DOSA

Mungkin dengan cara ini kita akan lebih meningkatkan amalan kita kepada Tuhan...
Akhirnya, ampunkan segala dosa anakmu ini...Kak Long berjanji akan menjadi anak yang solehah..


Aku akan berbakti kepada orang tuaku..menjaga mereka....mengasihi mereka....dan aku tidak akan mencari cinta selain selain cinta yang hakiki kepada Tuhanku, Allah.Nabiku..kepada Ibu Bapaku...kepada keluarga yang aku sayangi

Pengalaman membuatkan aku sedar apa yang lebih penting dalam hidupku..apa yang aku kejar selama ini adakalanya langsung tidak bermakna buat diriku...Semoga kami semua terpelihara dalam Rahmat-Nya....Amin

For the sake of my mom...i promise,  I will do anything...

I LOVE U EMAK....http://www.emocutez.com

I LOVE U ABAH....

I LOVE U my adik-adik....














SETIAP PERKARA YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI.....

No comments: