Followers

Friday, January 13, 2012

Impian.....

Mood: Baca sambil layan lagu Hafiz "Untuk Kamu" OST Ombak Rindu
Perrghhh..jiwang siot...aku x leh laaa dgr lagu jiwang mudah sgt berangan
aku tngah stadi ni....tapi boleh pulak aku merangka dalam kepala otak aku ni
kisah cinta....haha...

Pagi tadi aku pergi Interview
Alhamdulillah...aku lulus temuduga...entah nape aku x rasa gugup pun
mungkin sbb aku kenal org yg interview aku
tapi yang paling penting..aku berlagak konfiden jer...huhu
tah...aku skrg sgt konfiden bila bercakap...dah jadi sebahagian diri aku

Aku dah konfirm dapat Intern kat Takaful Etiqa
Bulan 2 ni..aku kena amik Professional exam...
then,,kalau lulus..aku boleh jadi Financial Consultant laa..hehe
Mak cik aku kata..kerjaya Herbalife aku still boleh go on
tapi part time laaa....
Huhu...tp untung ada 2 kerjaya...sbb bnyk kenalan ni penting kan

Sorry laa...aku bukan meterialistik...tapi minat aku menjurus kearah duit ni
hmmm....aku nak berjaya dalam apa yg aku ceburi....

Masa aku ngah layan lagu Hafiz ni tiba2 aku teringat balik impian aku
agak mengarut...tp tu impian aku

Nanti bila aku dah banyak duit...dah kaya...aku nak hire CST Production
untuk ape???
Aku pernah berimpian untuk buat filem pendek..mengenai diri aku..
Filem tu mungkin telan belanja yang besar....ye lah kan
nak buat filem kat pawagam tu berjuta kot kos....
tp aku punya impian..aku nak buat filem pendek...
Macam mana perjalanan hidup aku sehingga aku bertemu dan berkahwin dgn bakal suami aku
mungkin sebab kalau aku nak fikirkan..kisah hidup aku kadang2 macam berliku2
macam2 dugaan...kadang2 aku rasa macam filem pun ada

Sebelum aku nak buat filem tu, aku berimpian nak tulis sebuah Novel
so filem tu adaptasi novel aku laa
Aku sangat berimpian besar kan?
tapi itu adalah aku
aku tak tahu....dari kecik..aku sering merangka sebuah cerita dalam kepala aku
kadang2 aku boleh menangis..aku boleh ketawa....
hanya aku merangka cerita2 dalam kepala aku sahaja

kadang2 aku rasa macam aku terlalu kerap berangan
tapi aku boleh menangis...dgn kisah yg aku rangka...aku buat dalam kepala aku
pelik kan.....tp itu lah yg sebenarnya...

Filem tu kan...aku nak jadi pelakon...huhu....
sebab tu aku nak bayar CST buat filem tu.....
tu impian aku...korang jangan laa perlekehkan yer...
entah....banyak sebenarnya aku nak buat dalam dunia ni
kalau Allah izinkan aku nak buat semuanya

Aku jugak ada impian.bila aku dah banyak duit nanti...
aku nak beli sebuah piano...aku suka music yang live.....
aku nak belajar piano lepas tu...

kalau aku banyak duit...perkara first...
aku nak support family aku
first..aku nak bagi mak abah adik2 aku free jer Herbalife tiap bulan
bukan apa..aku yakin dgn Herbalife...
sangat2 yakin...jadi aku nak family aku sihat

Bila aku banyak duit...aku nak bawak mak abah dan adik ke percutian percuma
kemana sahaja......tu yang paling membahagiakan aku....


tu je aku nak tulis hari ni..aku nak smbung stadi balik.....bye

No comments: