Followers

Friday, December 7, 2012

Kehadapan kekasihku....

Kehapadan kekasihku

Aku pernah mengalami perpisahan...putus cinta...kesakitan
Aku memang mencintai lelaki itu sejujurnya....tak pernah ada yang lain dihatiku...
Tetapi aku ditemukan dengannya bukan sebagai jodoh yang hak...
tetapi Allah menemukan aku dengannya kerana ia menjadi pelajaran padaku..
Pelajaran menjadi tabah....redha dengan perpisahan...

Aku menjadi seorang yang sangat susah dibukakan hati....
Aku menjadi takut pada perpisahan....semakin dekat mana2 lelaki mendekatiku..
aku akan menjauhinya...aku buang perasaan itu...
Bukan aku pinta untuk bertemu....tp Pertemuan itu datangnya dari Allah
dan perpisahan itu juga datang dari tuhan....

Kini....sakit putus cinta itu datang lagi
tetapi cinta ini adalah kasih yang tiada tandingnya
sejujurnya dia mencintai aku...begitu juga aku...
Mungkin kerap berselisihan faham..tetapi hati ini x pernah lupa akannya
cintaku padanya membuatkan aku semakin rapat dengan Tuhanku.....
Cinta nya..keperibadiannya yang baik.....menjadikan aku semakin sayang padanya
Aku berkenalan dengannya sudah sekian lama
dari alam rahim sehingga kini
tapi Allah lebih menyayanginya.....diambilnya Cinta Hatiku ini daripadaku
Aku seperti kehilangan arah.....cintaku yang semakin mekar setiap hari
telah hilang dariku....
Aku sedih....aku menangis setiap hari....luaran aku tabah....
Aku masih dapat menahan ditinggalkan kekasih2 bukan mahramku....
tapi kekasih ini.....setiap kali aku terpandang fotonya.....air mataku mengalir deras
sesak nafasku tiada berirama.....

Aku menjadi takut...aku yakin dan beriman kepada Qada' dan Qadar tuhanku
kerana itu aku kuatkan hatiku
setiap hari kukirimkan nota cinta pada kekasih ku
ku kirimkan Al-Fatih, 3 Qul, Yasin, Al-Mulk serta As-Sajadah setiap hari kepadanya
tidak pernah tertinggal saatnya...
walaupun semasa hidupnya aku tidak banyak menunjukkan kasih syg terhadapnya
aku hantarkan kasih syg kepadanya kini....

Kasihku..
walaupun kita berada diantara dua dunia yang berbeza
aku tidak akan sesaat melupakan mu...
segala kata-kata dan nasihatmu akan kusemat diingatanku...
Cintaku padamu x kan pernah berakhir....
Semoga Kekasihku ditempatkan di Syurga Jannah Mu Ya Allah
Jangan kau siksa kekasih ku ini dialam kubur...
Kabulkanlah doaku...

Semoga kau tenang disana.....in Shaa Allah..kita akan bertemu suatu hari nanti

Aku sayangkan Mu...

Kekasihku,

Emakku....

Nota: Pukul 1.00 tengah malam...8 Disember.(Aku membelek gambar ibuku..aku rindu...maafkan aku...terlalu susah aku melupakan mu..)

1 comment:

insan_marhaen said...

Hmmmm...tau betapa sakitnya rindu yang datang tak kira masa...Td rasa nak menitik air mata bila tengok kat fb abah komen gambar dia ngn mak masa kat airport jeddah..Tiba2 rasa simpatai kat abah..sbb dapat rasekan perasaan abah yang kehilangan... Terasa2 perinya jiwa saat terkenang pada yg tiada...... org yg memendam perasaan ni nampak seprti tiada apa2 dikhalayak...sebenarnya jiwa cukup merana bila keseorangan...
sbb mak itam pun jenis yg begitu..