Followers

Wednesday, February 24, 2010

Cepen Aku dan KEMSIS 2010

HOho....sudah sekian lama aku x mencoret
Hari ni aku cuba cari peluang
HUhu...
kali ini aku nak mengabadikan kisah KEMSIS dlm blog aku

Bukan ape,tujuan aku bukak blog ni supaya

Segala catatan indah hidup aku diabadikan

nanti bila aku dah berusia nanti,
leh aku baca kisah2 hidup aku dgn
anak2 cucu aku
pastu gelak2 ngn cucu,hahhaa,,,ape punya imaginasi tah


Apa itu KEMSIS???

Kemsis adalah short form bg Kembara Siswa
Tujuannya adalh untuk mempromosikan USIM

terutamanya FST kepada pelajar2 sekolah menengah

Mulanya,aku ingat program ni x jadi dah

Tapi akhirnya dgn berbekalkan RM1400 kami berjaya jugak

Tahun ni mmg budget cutting
Nak wat aktiviti pon sgt susah,
Universiti daaa x de duit daaa...cian kan
Hehe...

18 Februari 2010,Khamis

Sepatotnya aku cuti smpai ari Ahad

Tapi,demi KEMSIS,aku balik awal laaa kan
Hehe...
OKeyh,aku punya tiket pukol 900 pg,balik dgn Saadah

Smpai kat temerloh,Mak Cik Bebel Ci Pura tu naik lak

Kami stop kat depan Masjid Gombak

Sepantas kilat mini cooper merah meluncur laju

Fuhhh,,,hebat gak mamat ni budget masa
tepat2 lak tu...
kami sungguh kagum dgn Izwan
hehe,
baik gak Encik pengarah KEMSIS ni nak amik kami

Perjalanan panjang,mula2 singgah kat JUSCO jap

Beli2 barang untuk Explorace,

Aku sibuk menolong Cipura membeli bawang putih,sirap dan sebagainya

Selepas itu, kami berhenti makan di Kajang

Ada sorang mamat ni tersipu2 sbb pasan

Hahhahahaha...kelaka


Then,smpai laaa kat USIM tercinta

Ohhh,Hadi sgt punctual yer...
mesti laaaaa ABg Hadi kena punctual
Nanti adik Hana marah...
hehe...sweet gitu
Aku ngn Izwan terus bergegas untuk ke pejabat keselamatan
ada hal untuk di setelkan
BUkan kesana untuk membayar saman

Tapi untuk mengambil walkie-talkie sbbnyk 6 bijik

Nama peminjam adalah atas nama Hana

Tapi nasib baik laaa aku berjaya menyamar menjadi HAna

Alahai x sangka lak nama pak cik tu Amran

Daaaa berborak lama lak sbb dia kata ayah sama nama..hehe
pas amik walkie-talkie,Aslam ngn Rusydi ajak aku gi HEP lak
sbb nye dia kata dressing aku je mcm student
Diorng semuanya berjeans dan berselipar jamban

KUang asam toi
Aslam bawak kek coklat,dulu time raya kat umah dia
Sedap sgt aku makan kek tu
Tp kali ni xde topping coklat kat atas,so x berapa enak laaa dah laaa bersemut lak tu
Ni semua sbb kereta Erda laaa ni,Erda ni bela semut ker...hehhe

Malam tu,kami smbng keje lagi
Malam tu jugaklah aku menjadi cikgu tadika

Mengajar anak2 didik menyanyi smbil membuat gaya

LAgu tema KEMSIS adalah
"DEMI MATAHARI"
Sonok beb...sumer sporting...hehehee

Kitorng berlatih dulu semua permainan yg ada
Aku dapat satu group ngn Bear,x bestnye

Hahaha,kalu dia tau sure kena hempuk
bg laaa ngn Dean ke...
hehee....ahh belasah je laaa

Malam tu aku tido umah Cipura Haha,muka dia mula2 nak nangis bila aku kata aku x nak tido umah dia HAhhaaa....i lyke...tp kan aku kan kwn yg baik
Dia je yg x baik ngn aku....
kuang2x
Ohhh,kesian betol seseorg itu terabai
Aku pon kol laaaa dlm keadaan mengantuk

Mlm tu ada sumone kol Cipura...hahahaa...


19 Februari 2010,Jumaat

Esok pagi,kami bngun lambat
HAmpeh tol,sumer sedar kol 700 pg..dah laaa bas kul 730pg

Dgn bergegas aku terus gi mandi,org lain sume bz iron2 baju

Sume dah sibuk2 mandi....tiba2 ada mak nenek menjerit
Cipura laaa tu......ahhahahaa...padan muka air x de Aku pon bergegas turun ke dapur dan amik 3 jag air masak


kah2 padan muka ko mandi ngn air masak je laaa erk
kambing tol Cipura itu
Ohh,tngah aku bersiap2 tiba2 dpt panggilan hangit

Aku yg ngah kelam kabut ni mengangkat tepon tnpa tngok sape yg kol
Konon2,
org pejabat pengangkutan n bg tau bahawa bas x de

Pastu aku rasa sumtin wrong
AKu daaa agak daaa ni..
Khaliq
yg menipu aku

PAnggilan hangit yg mmg menghangitkan jiwa aku dipagi ari

Lantas aku menjerit dgn kuatnya
"Bodoh!!!!!!"
Aku bergegas turun slpas izwan menelefon....katanya ada kat bwh rumah alamak,halangan dipagi hari ini ialah
aku x berjaya membuka pintu pagar umah Cipura ini

Ceh,akhirnya Izwan dan Rusydi pergi dahulu Then Rusydi dtg amik kitorang balik,Mangga umah itu sgt sengal Tolong laaa beli baru wahai tuan rumah

Ohhhhh,pandai jugak Si Panjang itu membawa kereta
Aku ingatkan kereta kancil sesuai untuk Izwan jer
Hehehee...rupanya org berkaki panjang juga boleh membawa kancil
mesti dia penat bengkok-bengkokkan kaki dia kann
hahahhahahahaa

Akhirnya kami berjaya sampai ke Akasia,
sume daa menunggu
then bertolak dan makan nasi lemak kat atas bas
Perjalanan ok jerk...menyeronokkan...

KAt atas bas aku sempat lagi menjadi guru tadika mengajar anak2 murid menyanyi hehehe....
Then kami melawat Kellie's Castle
Org kata istana lama yg x siap ni berhantu

Hahhahahaha,....cuak gak kau nak masuk mula2

Betapa penakutnya aku yer
Hahhahaa.
perkara wajib buat slpas turun bas ialah
mencari toilet,
tp ramai laaa pulak
Kua toilet je sumer org daaa ada kat atas bumbung istana lama tu

Budak2 laki wat aksi terbang2 kat atas bumbung
konon2 bergaya laaa tu,terutamanya Aslam
Dah laaa pakai kemeja,sgt skema yer
HHAHAHHHa....
Bnyk gak kami amik gmbr

Sebelom balik aku smpat interview Abg jual air

Dia kata,mmg tempat tu keras siket
Dulu time Awie wat shooting untuk Antoo-fighter ari tu pon dia kena sampuk...
huhu dia kata,penjaga kat situ,salu je nampak hantu kat situ

Kami smbung perjalanan n singgah di kapal korek
5 org je turun,yg lain lepak dlm bas sbb malas
Kena byr RM5 gak....huhu,,,kat istana lama td RM3
huhu...
dak2 laki ngn En Razak je turun,tu pon diorg jakon amik gmbr

Suka sgt amik gmbr terbang2
tp diorg sgt hepi...
I lyke

Dlm bas,En Razak sibuk berteka-teki

Tapi teka teki encik Razak semuanya 18sx

Walaupon bertemakan Batu Gajah
Tp ia sgt menggelikan hati,kami bergelak ketawa
smpai merah2 muka
dgr En Razak melawak pasal "Batu Gajah"
Akhirnya kami smpai laaaa ke SARJANA tercinta

Aku x cinta pon,Rusydi and Jannah je laa kan

Daaa sekolaaa diorng....huhu
punya laaa susah nak masuk kat dlm pintu pagar
Sbbnya jalan kecik sgt


Kedatangan kami dismbut oleh adik2 SARJANA
huhu,bangga rasa
Ohh,,kami mesti bersikap sopan santun selepas turun dr bas ini

KAmi diberi tempat tidur di dlm hostel

Kesian budak bilik tu,terpaksa kosongkan bilik nak kasi kami tido

Malam xde ape2 aktiviti,just Ice-breaking

Pada awalnya,kami dah jadi down sbb Nawi ckp sumtin yg seriusly mendownkan kami
tapi ternyata sangkaan kami salah sbb dak2 tu mmg sporting habis
Malam tu,aku pon mengkonduct lagu dan kami semua menyanyi ramai2

Syg adik2

Oh,,sgt penat yer,kepala aku daaa mulai pening
sejak seharian aku x cabut contact lens
pening pale aku
MAlam tu aku tido dgn Cipura,menyemak tol

Saje nak manja2 tido ngn aku
Katil sendiri ada x nak tido

20 Februari 2010, Sabtu


PAgi2 aku bngun,aku daaa rasa pening2

Aiseh,ni mesti sbb x cukup tido atau salah cara tido

Ye laa ada makhlok tembam tido sblah aku
huahuahua
Aku rasa terhuyung-hayang tau,last2 aku g mandi

dah aku terlewat gi senam pagi,smpai2 sana
Dean ajak aku teman
gi Dewan Makan,
runding dgn mak cik dewan makan

Akhirnya setel then balik kat tempat senam pagi

Hadi mintak aku ajarkan Tepuk Kemsis yg baru aku reka ngn Aslam malam td...
aku pon ajar laaaa
Then,bermulalah Explorace Ada 6 check point...huhu...
SARJANA ni sgt luas laaaa
mmg penat laaa kalau wat explorace kat sini
Aku jga checkpoint 3 dgn Taufik,Syifa',Syafiq and Jannah
HUHU...
agak sukar yer check point kami
Check point aku bernama Helicopter
Permaianan dia macam ni,setiap org memegang tali yg diikat pada paku

Tali2 itu diikat pada paku membentuk bilah2 helikopter

Mereka dikehendaki menutup mata dgn kain yg disediakan

Seterusnya,seorg ketua bertindak memberi arahan memasukkan paku ditengah2 itu kedalam botol yg berisi air yg ditetapkan
Huhu,nampak cam senang,tp apa yg akmi nak nilai adalan kreativiti

Mcm mana cara ketua tu beri arahab n teamwork group itu
Haha..untuk mendapatkan klu check point seterusnya,aku buli diorng
Wat sifir siput, Jalan itik,lompat katak,tepuk bintang

Rasa bahagia dan puas sgt dlm diri ni dpt buli abis-abisan.

Abis je explorace,aku mmg rasa nak pitam,serius

Aku balik bilik n x berdaya lagi nak buat aktiviti

Then,mereka wat LDK2 dan Sukan

Budak2 SARJANA mmg sgt sporting dan bersemangat

bygkan jatuhkan satu pin boling padang tu pon daa menjerit keriangan

NAk lepaskan dendam ke aper
Hahhahaa...
diorg kata lama daaa x main hepi2 mcm tu

Malam tu,ada forum kat surau

Ahli panel terdiri drpada Bear,Rusydi dan Nawi

Ramai org yg dtg untuk mendengar forum....
untuk slot seterusnya adalah slot talk bersama NAwawi Munir

Budak2 nampaknya tekun mendengar,
bgus laaa Nawi
Kami semua daaa risau takot Nawi ckp lama2...hehe
Then,acara yg sengaja dirancang adalah sambutan hari jadi

Hadi sengaja marah budak2 tu,budak perempuan yg birthday gal nangis2

Budak laki lak alahai baiknya muka....haahhahhaa

Biasalah kan nak smbut besday,huhu
LAst2 diorg dtg bwk kek
Time2 marah tu aku join sekali

Hehe,Ayuni kata dia takut sgt tngok muka aku time marah

HAhahaa,berlakon je tu


Malam tu,kami wat acara nightwalk
Aku kena jaga adik2 lelaki dgn Abg ensem;NAbil and Bear

HUhu...abis satu sekola round
x de longkang,kami kata ade longkang...
mula laaa terlompat2 dak tu

Password group aku "Alien-Predator" hehe..tp x best sgt jaga group laki sbb diorg ni main tipooo
padahal aku tau diorg ni nampak sebenarnya
Tp wat2 x nampak.mana x nye over2 giler
aku cakap depan ada pokok tp sengaja langgar
nampak sgt laaa kan
kalau jaga dak perempuan best,diorg jujur
Pegang kawan2 punya laaa ketat.takot terlepas
Sampai aku nak kacau pon kena penyepak hahahhahahaa

Kesian sgt kat dak perempuan group Aslam
ada yg sampai berdarah hidng sbb terlanggar kwn dpn dia

sian dorg
abis tudung dia berdarah2 huhuhuh...
pas abis nightwalk,kami kena kumpul kat dataran

And semua org kena baring atas jalan tengok bintang

Waaaaaaa......cantiknya bintang....huhuhuhu


21 Februari 2009, Ahad


HUhu,hari adalah last day,tp aku bngun ttp awal...
huhu
pg tu time riadah x wat pe,just duduk2 dlm group
N cerita2 pasal kehidupan kampus

MUka adik2 ni nampak x bermaya jer....huhu

tp diorg tetap hepi walaupon penat
huhu, abis je sesi borak2 kami masuk dewan
Semua Adik2 kena persembahkan persembahan masing2

Group LDK aku kena lakonan
huhu..
aku tolong laaaa bg idea sbb idea diorg sgt biasa2
hehe,
aku suruh diorg buat lakonan TV,ok laaa not bad

Tapi juri2 sengal iaitu Aslam dan Bear
memberi komen yg x membina langsung

Aku pon rasa bngang...
sian tol kat bdak2 tu

Aku sgt risau dgn Kamal,adik group aku

Semalam,aku balutkan tngannya yg terseliuh tu

Dia terseliuh time main tarik tali...fuhhh ganas adik2 aku ni

Akhirnya tiba laa acara penutup and group LDK aku

Yg tagline nyer"Terbaik dr Ladang" menang
hehehee...caya laaaa korang,syg korang
Selepas acara penutup,kami semua bergambar bersama tuan pengetua diorg

Then selepas tu kami semua menyanyi lagu "Demi Matahari"

Buat kali terakhir,time aku conduct nyanyian tu

aku pandang lama2 muka semua adik2

tiba2 air mata aku menitis tanpa aku sedar

Aku rasa terharu sbb adik2 sgt sporting dan menyokong kami
menjayakan program ni

Ada jugak antara adik2 yg nangis bila nampak ramai akak2 fc yg sebak

Then kami semua bersalam-salaman
sebelum balik,
aku berjumpa buat kali terakhir dgn adik2 ldk aku,

aku memberikan kepada mereka semua kad ucapan Good luck
Dan adik2 masing2 berkejar-kejaran untuk dptkan tandatgn akak2 n abg2 fc

Kalah artis...ada tu smpai nak tag nama kami wat kenangan katanya hehehehee....

lepas kemas2 barang,kami pon balik

Sebelom smpai bas,ada lg adik2 yg offer angkatkan beg
aku
ape lagi,daaa laaa mmg penat....hehehehe
Kami bagaikan susah sgt berpisah,
punya laaa lama pak cik bas menunggu
hahahaa,seronok sgt2...
x terkata

Diorg hantar kami smpai naik bas,
lambai2 tngn smpai keluar pintu pagar

Rasa rindu dgn diorg

Kemsis kali ni wa ckp sama lu mmmg terbaik punye!!!!

Dlm bas aku tido je smpai TAPAH
then pas TAPAH,
aku x tido daaa

Aku bercakap je tanpa henti
smpaikan HAfiz pelik sbb aku sgt ber'energy'
hahahaha....
Aku suka KEMSIS....aku suka semua FC aku syg adik2......best punyer



Monday, February 1, 2010

*Sahabat yg memberi makna dlm hidup aku*

Adoi,malas sungguh aku nak buat tutorial Differential Equation ni..
Daaa laa aku mmg x suka betol Maths ni..sabo je laa erk
Daa kena belajar..ti x skor lak kang susah

Sebab aku sgt ngantok so aku menulis jap..bg hilang ngantuk
Sejak akhir2 ni aku asik ngantok awal jerk..
Lemah betol aku..salunya aku mmg spesies tido lewat..
Tapi kitaran biologi aku tiba2 berubah ni tiba2...adoi

Okeyh saje je aku nak wat posting ni
Sbb aku mmg laa suka sgt menulis blog
Baru2 ni ada sorg anonymous ni komen kat blog aku
Sgt kurang asam....menghina aku dgn hebatnya
Lantaklaa...janji aku x kaco orang
Aku bukan mengutuk2 ahli politik ker
Menghina sapa2 ker..aku just tulis sal hidup aku jer
Suka hati aku lar!!!!!
Ye la kan,ti dah tua2 nanti aku baca leh aku gelak sorang2
pastu leh simpan kenangan life aku zaman muda mudi
hehe

Okeylah,penatnya bercakap
Aku nak post untuk hari ni adalah pasal kwn2 yg paling aku syg
Mesti diorg bangga kan..haha
Okeyh laa

First nak cerita pasal Mak Cik Azila Mansor
Dia seorg yg manja,sweet dan comel
Ramai gak dak laki suka kat dia
Tp dia jual mahal..hehe..bagus laa kan ne leh jual murah2
Xde istilah YES(Year End Sale)
Kat SOGO je ada...hoho
Okeyh,antara bnyk2 kwn sekolah menengah,
Aku paling sayang kat dia
Bukan laa bermaksud yg lain aku x syg,tp dia adalah yg paling syg
Okeyh,walaupon kami jarang kontek,tp aku still ingat dia
Suka sgt ckp ngn dia,sbb dia sgt lemah lembut
Suara dia comel sgt,kecik je...halus
Hehe...Kwn aku ni bijak,dia amik Farmasi UKM
Bijak kan...
Dia suka merengek cam baby...hehe comel
Kami akan kontek setiap kali Hari jadi masing2,,,sbb dpt bonus...jimatkan kami
Hahahaa


Mak Cik kedua ialah MAk Cik Farah Azmi
Pura@PuPu@Farah Sengal@
Aku cam xsangka pon kwn ngn dia ni
Hehe...sebab sekretariat laa kami kenal
Tibe2 bnyk lak persamaan,org yg dia kenal aku kenal
Macam2 laa...Family dia pon daa kenal aku
Sbb aku pernah dtg umah dia
Tp aku x leh terima bile Ayah dia x ingat nama sbnar aku
Tp ingat nama samaran yg mak cik ni kasi
M*****N
Huhu,farah ni jenis periang
Tapi dia jadi makin riang bila aku ada
Susah nak ckp,tp dia mmg syg aku sgt2
Hahahahaaa....kdg2 aku salu gak bengang ngn dia ni
Ye arrr,suka sgt baca msg aku
Kalao baca senyap2 x per..krg mula arr heboh sekampung
Cis...tapi aku dah x kisah pon
Biasalaa kan,aku kan prihatin(ada kaitan x??)
Okeyh,aku mmg sgt rapat dgn dia
Dia ada motor,tp motor dia menyalahi undang2
Dia suka ajak aku naik moto dia
Pastu dia kutuk2 aku sbb berat
Dia kuat makan,tapi kdg2 dia kurang makan
Dia kata nak makan sekali je sehari
Tp sejak dia dok umah sewa ni lengan dia daa makin beso
Aku senang kawan ngn dia,cerita2 apa2 ke
Sbb kami sekepala kot..dia suka kata aku sengal.
Sengalkah aku?? atau beliau yg sengal??


Okeyh..mak Cik ketiga adalah Mak Cik Maizatul Hazirah
Hehe..mak cik ni cun dan lemah lembut
Kawan2 aku semuanya lemah lembut
Mai adalah classmate aku,teman aku kemana sahaja
Okeyh,kami mempunyai citarasa yg sama,iaitu citarasa mahal
Okeyh kami pernah membeli alat kosmetik yg berharga RM600
Tanpa berfikir terlalu mendalam oleh sbb risau akan kulit muka
Apabila discan ada cacing kecik dan pores yg banyak
Hahahaaa...kaya betol
Hari2 aku cubit lengan dia walaupon dia x de lemak nak dicubit
Bila aku x de kerja aku cubit lemak dia
Dia sgt kurus,dan skrg makin menipis aku tngok
Jeles betol ngn dia..kan best kalau badan aku senang je turun berat cm dia
Tiap2 hari aku akan ckp kat dia
"Mai,bila nak kurus ni"
Then,dia akan wat bodo,sbb daa sgt lali.hari2 dengar
Okeyh,Mai adalah pendengar yg setia dan suka gelak
Dia gelak bunyik "hik hik hik"
aku selalu ajuk dia gelak,pastu apa lg,
gedebush#$#$#%#^%$%^
Kena lepuk laa aku
Rugi betol laki yg x nak kat dia
Sape yg nak isi borang leh amik kat aku ok
Beliau masih single..
Ciri2 perempuan melayu terakhir ada kat dia
Okeyh....sesuai jd isteri solehah ni..hehe

Mak Cik diatas adalah Aleeya Azizan
Hot Stuff ni,jgn main2..pakwe ramai
Hehe..tp x menjadi laa...kejap je kapel ngn dia
Ye laa..kawan aku ni pon kdg2 pura2 lembut jugak
tapi dia mmg sgt sweet sebenarnya
Teman aku dr kecik,sokmo main beskal sama2
Dok tepi longkang smpai maghrib borak2
Cerita sal laki idaman tiap2 kali cuti sekolah
Salu main buaian kat umah dia
Ayah ngn mak dia Pensyarah Uitm Jengka
Dia ni kadang2 nampak macam pemalu
Tp aku pon x pasti level malu dia tahap mana...
Aku rasa dia cover je laa tu
Hahahahha...asal cover je tutup hidung
Takot hidong kembang time gelak
hahaha....habit dia laa tu
Dia suka gelak kuat2 dan tiba2...
Gelak dia pelik siket..hahahahahaa
Tapi kan,mmg laa xde org leh Challenge persahabatan kami
Mmg lama dan aku pon selalu rindu je kat dia
Kami salu sgt dating bila balik...huhu
Suara Aleeya sgt sedap...hehe..ramai org ngorat dia..hehe


Seterusnya ialah Mak Nenek Maizan Akil
Dia dilahirkan untuk menjadi roomate kepada aku
Okeyh,sejak sem 1 smpai sem 4 sekarang kami masih bercanda
Haha,sesungguhnya aku x boleh duduk sebilik ngn org lain
Melainkan maizan sahaja,sbb sy sgt syg Maizan sy
Maizan ni ore klate,dia ni mmg alim dan lemah-lembut
Dia juga adalah seorg yg bajet dirinya gemok
Dia sgt baik,mula2 dulu...aku x masuk sgt dgn dia
Ye laa kan,dia daa laa baik,alim...aku????
Lagi laaa alim dr dia..hahahaa
Tp akhirnya Maizan juga telah men'transformkan dirinya menjadi sengal
Hanya dgn aku dia menjadi sengal
Kadang2 dia suka amik gmbr aku time aku huduh2
Maizan adalah pembekal makanan yg berjaya
Dalam locker dia bnyk sgt makanan
Aku nyer locker,x de langsung
Dgn org lain dia masih bersifat lemah lembut dan ayu....hahaha
Aku mmg syg kat Maizan sy ni sbb dia paham aku
Dia rajin kemas bilik,aku rajin jugak
Dia pon rajin basuh baju...hahahahah(xde point)
Sy syg Maizan sy...

Okeyh,seterusnya Mak Cik Safawati@ Epa
Okeyh,this person aku x leh lupa smpai bila2
Sbb dia laa kawan yg selalu ada time aku suka duka kat matrik
Kami ibarat kembar yg x boleh dipisahkan
Cik Epa ni seorg yg sensitif
Aku daa paham dia sgt...
Dulu aku sgt syg dia smpai aku jeles tngok dia kwn ngn org lain
Aku rapat ngn dia sbb minat kat lelaki yg sama
Namanya Miqdad...hehe...
Kami selalu x sefahaman sbb Epa mmg sensitif
Tapi aku suka dgr epa gelak....hik hik
Dia ni comel n ramai peminat
Tapi skrg dia daa x nak kwn ngn aku daaa
mebi sbb dia asik terasa ngn aku jer...
tapi kan..aku mmg syg sgt kat ko epa
Aku mintak maaf laa yg dulu2
Rindu sgt nak borak2 ngn ko,ko daa lupakan aku ker
Terima kasih sbb jadi org yg bermakna dlm hidup aku selama ni

Okeyh,daa tulis semuaa daa....
Okeyh leh sambung wat Differential Equation daa
X ngatok daaa...huhuhu

Saturday, January 30, 2010

*Dunia aku mmg macam tu~*

Kesibukan yg melampau yer
Haha...aku mmg x reti nak duduk diam yer...
HUhu...dah aku macam tu nak wat cmne
Join sekretariat FST ni mmg best..
Tp bnyk keje laa...tp aku paling seronok dgn friendship
Kami sume sekretariat amat rapat

Hehe,Pilihanraya Kampus daa lepas
Tapi aku masih tetap sibuk..
Minggu lepas hari minggu kami kena berkebun
Budak Tahun 2 FST dijemput berkebun
Huhu..membersihkan TAMAN HERBA huhu

Sgt penat tp puas hati
Sbb aku sgt menympah dgn lalang2 yg sgt bnyk kat situ
Akhirnya kami berjaya menerangkan kawasan itu
Siap wat landskap lagi tu...huhu
Then,after kami berpeloh2 dgn hebatnya
Hannah Aqilah mengajak kami ke Putrajaya

Dia nak belanja tngok wayang,sbb dia kan dpat dekan
Hebatkan dia!!
then after that kami pon pegi

Meng'enjoykan diri...sian roomate aku si Maizan tu
Sokmo kena tinggal dek aku
Pegi 2 kete je,kete Erda n Kete Hannah
Izwan Jadi driver Kete Hannah
Yg pegi nya adalah
(Aku,Hannah,Farah,Erda,Mai,Rusydi,Hafiz,Dean n Izwan)

Dalam perjalanan,hujan turun lebat
Dah laa aku sgt bengang dgn Izwan
Bawak kete mcm org mabuk
Tp kan,Izwan ni walaupon kurang tinggi
Tp skill memandu nya agak hebat
Huahuahua
Ok then,kami teros g beli tiket wayang
Tapi terpaksa tengok malam
Sbb aku nak sgt tengok citer hantu
hahahahah

Tp Erda kena balik seremban
Time makan kat KFC,Hadi dtg
Sbb xde transport nak angkut kitorng balik
"Demi Hana tercinta,Hadi snggup lakukan apa saje"
Hahahaa
Then sementara nak manfaatkan masa
Kami main boling
Huuhuh..dak laki x puas hati tol
Terutama si Rusydi tu
sokmo ajak main boling..hebat laa konon

Then malam tu tngok la cerita tu
"Haunted University"
Yang aku bngangnya,aku ingat
Cerita tu cerita Inggeris....rupanya Siam
Adoi,mmg seram laa hantu dia
Aku ngn Farah yg paling kuat menjerit
Haha...x sanggup aku nak melihat rupa hantu2 tu

Haha,tp bila aku toleh dak laki
Haha...diorg pon sama jerk
Si Izwan siap tutup2 mata lg tu
hahaaa...Kami pon balik laa malam tu jugak

Then,ari Ahad je masa rehat aku
Ari Isnin daa mula bertugas
Actually,untuk program seterusnya
Minggu Keusahawanan Islam
kali ni,agak grand laaa
Mmg bnyk gerai2 disediakan




Mmg sgt penat laa kan
Daa laa seminggu
Yang x leh tahan nya
dah namanya perempuan
Nafsu membeli tu tinggi
Adoi seratus lebih duit aku abis
Beli macam2..hehe...rahsia

Then Bila abis je Minggu Keusahawanan
Ada la pulak SUFAST
Sukan Fakulti Sains& Teknologi
Malam sebelum SUFAST
Lepas penat gotong-royong kutip sampah
Geram betul ngn peniaga2 tu
Xde manner langsung
At least,kumpul laa sampah setempat
Malam tu aku join laaa kawan2 aku beli barang
Aku bukan pe,walaupon penat
Pi x snggup nak biar kawan2 buat keje
disaat aku tngah berehat

So,kami melakukan Road Tour
Mencari 200 buku roti untuk esok
Mmg org kat Giant pandang pelik sbb beli roti yg sgt bnyk
penuh satu troli
melampaukan kami

Huhu..cadangnya aku nak main
Tapi diorng letak aku jadi urusetia makanan
Bengang tol aku
Aku nak main Futsal kalau boleh
Netball aku x pandai nak main
Hoho...tngok dak laki main bola tampar
Smart laa jugak kan
hehehehee...gatal la tu

time SUFAST
Berkenalan laa pulak dgn adik junior

Mula2 diorng nak mee goreng
Then ada sorng ni,dia tegur aku
Dia kata,"eh akak..akak pakai lens ke??"
Aku cam blurr n tnya nape
Dia kata nape kaler mata warna perang giler
Hehe...aku ckp laa mmg kaler mata aku
Genetik...huhu
Amboi,smpai mata aku dia telek...haha

So,aku pon merapatkanlaa ukhuwah dgn adik2 junior
Rupanya budak tu ada yg Matrik Pahang lak tu
Hot laa bercerita
Adik2 junior permpuan pon sama
Aku tolong2 balutkan luka diorg mana yg cedera
Penyayang x aku??hahahahah
Aku bengang betol sebab aku x tahan nak buang air
Tapi x de sape nak teman aku
Dah laa x air kat tandas situ
So aku menahan kencing dgn agak lama
Sampai hati kwn2 aku...=(




Thursday, January 28, 2010

~Kisah Aku dan Mr.K~

Ini ada satu kisah menarik K bukan nama sebenar,
Bukan Dato K tp Mr.K

Kisah kami sgt tragedis...
bukan melibatkan percintaan

Tapi sebuah persahabatan yg lama
Mr K dan aku belajar disekolah yang sama
Di kelas yang sama....ditempat stadi yg sama
Sememangnya hakikat sebenar
Mr.K adalah seorg yg bijak

Dia sgt meminati Mathematics

Add maths & Maths Moden
Semua dia skor,dia sgt hebat
Aku pula,x meminati Maths,
tp aku skor setiap kali exam
Sbb???
Sbb terpaksa....hehe...dah kena belajar

Tapi aku sgt master dalam Biologi

Bg aku,Biologi sgt kacang...haha
Belagak giler statement..haha
Tp betol,aku mmg sgt minat Bio
'smpai aku x stadi pon leh skor..hehe

Ok berbalik kepada kisah asal..

Aku dan Mr.K kini ditempatkan di bumi Universiti yg sama

Tetapi berlainan kos...
Aku berkaitan pengiraan,Mr.K berkaitan bahan2 kimia
Huhu..mmg x disangka2

Teringat kisah dulu2 sewaktu dinner form 5

Aku bertukar hadiah dgn Mr.K aku memberinya
Bantal peluk POOh..

Sesuai laa dgn Mr.K tu..huhu

Semasa aku sibuk menjaga gerai jualan

(x dela sibuk mana sebenarnya)hehe


Tiba2 Mr.K dtg and kami pon berborak2 dgn gembira

Mr K menyatakan rasa rindunya kepada rakan2 lama
Begitu juga dgn aku,rasa nak berjumpa lg dgn semua
Terutama geng2 Pussycat Dolls aku

(gelaran yg budak laki kasi)

Okeyh,then bertanya ttg kwn2 kami yg fly oversea

Kata Mr.K,baru2 ni dia ada tertengok gambar kwn kami ni

Dia stadi di Uk tp punya laaa mak..
asik melancong je
Ada tu siap gi Paris laaaa
Kami menyatakan rasa tidak puas hati

Sememang hakikatnya,ramai kawan2 kami yg fly oversea

Kami berdua sgt jeles.sgt2

Walaupon aku dah redha dan pasrah atas ketentuan ILahi

Tapi kadang2 hati ini masih terdetik


"Mengapa laa aku x dpat macam diorang"


Untuk menyedapkan hati,aku berfikir yg itu ada hikmahnya

Mr.K kata,x pe..dia nak balas dendam.
Nak sambung time wat master

Hakikatnya,Mr.K mmg salah seorg best student dlm sekolah
.
Time percubaan SPM,aku mendapat 11A 1B(7A1,4A2,1B1)
Aku dgn penuh yakin akan mendapat 12A1 untuk SPM

tetapi Allah yg maha berkuasa,dia menentukan segalanya

Aku hanya mendapat 9A 3B dan Mr.K mendapat 10A 2B


Okeyh,time dpt result,aku rasa seperti dada aku ingin meletop
Seriusly aku seperti seorg yg mendapat fail kesemua mata pelajaran
Seriusly aku x boleh terima,aku menangis dgn hebatnya
Aku bermurung selama 1 bulan

Nasib baik aku menjalani latihan di PLKN,so terubat sedikit
Aku masih x berputus asa lagi

Sbb dlm kepala otak aku,Aku ingin meneruskan cita2

Menjadi seorng Doktor yg berjaya adalah impian aku

Sejak kecil..dan aku sgt pasti!!!

Oleh sbb x bnyk pengetahuan,
aku x isi UIA
untuk Sains kesihatan,
sbb sgt konfiden leh dpt medic

So,as a result,I got Nothing
Secondly in my life,I'm cried again


Ok,so...diatas semangat ibu bapa aku

Aku pulih dan membuat keputusan untuk smbung di
Matrikulasi
Pahang
Melihatkan kejayaan sepupuku Hazirah mendapat 3.9 pointer

So,aku sgt yakin diri yg aku boleh

Niat dan impian untuk menjadi doktor masih berkobar-kobar.

after a year stdying there

Macam2 berlaku dlm hidup aku
Actually aku x pernah pon terfikir untuk bercinta di Matrik

Sbb aku mmg x reti laa nak bercinta...
Kat sekolah dulu pon minat2 je
Tapi aku bertemu jugak dgn lelaki yg aku sukai sgt2

Then akhirnya aku ditinggalkan begitu sahaja selepas setahun lamanya.
tapi aku bersyukur sbb dia x pernah mengambil
kesempatan terhadapku
apatah lg nak pegang2 tangan ker..
so aku syukur sbb aku masih lg terjaga

Xde laa suami aku dpat sisa sisa baki...haha

Oleh sebab bnyk masalh melanda,
aku masih lagi x dpt handle perasaanku

Faktor ni jugak laa yg menyebabkan aku x dpt skor di Matrik
Tak melepasi target untuk menjadi seorg doktor Damn!!
wat rugi je aku dok sakan bercinta,lebih baik aku fokus

Tapi,tu bukan sbb utama

Sbb lainnya ialah,aku x dpat tumpu perhatian dlm kelas

Aku sering mengantuk sbb aku stadi lewat malam

Timing untuk tido normally bg aku ialah pukul 3

Then aku sering diserang sakit kepala yg menyebabkan aku x dpt bngun

Jd lemah,dan x dpt pergi ke kelas

Nasib baik penyakit itu dah tiada,
aku sudah sihat walafiat skrg

Berbalik kepada tadi,buat kali ketiga aku frust menonggeng
Sbb??
Sbb aku x skor kat Matrik
n kawan aku yg dpt 5A Spm
pon dpt lagi tinggi dr aku
aku menerima tamparan besar
Semasa cuti selepas itu,aku mendapat surat tawaran ke Mesir

Dlm bidang perubatan,di Universiti Mansoura Mesir

Tp yg x best,kena tnggung sendiri perbelanjaan,
aku bukan anak orng kaya

Mula2 emak mcm bg,then lepas istikharah,mak ragu2

And akhirnya aku tak dpt pergi


Sekali lagi aku berasa sgt depressed,sesak nafas

Aku mengambil kertas putih besar dah menulis

"Impian aku dah musnah,jgn berharap lagi....."

Berlinangan air mata aku semasa menulis
dan tumpah ke atas kertas itu
Kerana ia menjadi impian terbesar dlm hidup aku
Aku sgt kecewa,makan pon x lalu,asik termenung jer


Beberapa hari selepas itu,aku dpt tawaran dr USIM

Aku x kenal pon apakah itu USIM
Aku memeberontak sebab aku x nak masuk USIM
Atas pujukan dan nasihat abah n mak

Aku relakan jiwa yg remuk ini untuk pergi ke bumi USIM ini

Kini,aku lebih tenang...mungkin ada hikmahnya

Tuhan tahu apa yg terbaik untuk aku kan

Berbalik kepada kisah Mr.K dan aku td...

Mr.K juga mendapat tawaran ke Oversea,

tetapi dia x lepas interview
Kerana hakikatnya Mr.K mmg seorng yg sgt pasif

Mr.K juga telah melakukan kesilapan sbgaimana aku
Dia juga dgn pandainya x mengisi borng UPU dgn betol

Kalau x,mesti sure dia dpt UIA ke,UITM ke..

Mr.K kata,xde siapa kat USIM tau SPM dia

Sbb Mr.K akan ckp dia dpt 5A
je sgt humble kan beliau...huhu

Mungkin ini je laa kisah yg boleh dikongsi..

Tetapi aku sentiasa mengingatkan diri aku
Bahawa apa sahaja menda yg kita x suka adalah baik untuk kita
Aku sgt membenci Maths,ending dia
Aku sekarang majoring in Financial Mathematics
That's really tough for me,
sgt memerlukan otak yg cergas untuk berfikir
maths bukan macam subjek lain,membaca,mengingat formula dan teori
tapi maths adalah kefahaman yg sgt komplikated
yg lahir
dr akal yg sentiasa bergerak pantas mencari penyelesiannya
So,skrg..tiada lgi Doktor dlm Kamus hidup aku

Aku ingin mendalami ilmu finance
dgn bersunnguh2 sbb
ia sgt demand skrg...
maths adlah bonus untuk aku
Chayok2 izni!!
kalau x dpt title dr di hosptal pon x pe...
tp mebi satu hari nanti
aku akan capai
Prof.Dr.Hidayatul Izni Binti Hayudin

Insyaallah...amin

At least ada gak title doktor kan...hehe