Followers

Wednesday, June 16, 2010

Sehari sebelom Korean Visit (Laporan Izni)

shhhh...aku sedang curi2 guna komputer skrg ni
kat bilik gerakan FST tingkat 3 FKP..hehhehehee
Bosan doe...aku nak tunggu rakan2 sekretariat aku
diorg x abeh lg meeting kat meeting room FSt dngn dekan
almaklumlah Bandung trip daa dekat..hehehehe

Aku lak???
haaaaa.....ni nak cerita ni...hoho
semalam aku smpai sini tau..aku berhenti kat dpn masjid gombak
Alaaa..yang kaler biru2 tu...tahu tak??
hehehee...kat situ ada seorg jejaka amik..hehehehe(malu2)
hehehehee...bukan pakwe sy...kawan baik sy ok....
hehehehe..pakwe sy ngah short sem..dia nak exam
(erkkksss...perlu ke cerita)
hahahahaa...lepas amik aku,kitorg gi KL sentral
nak amik lg sorg kawan kami
hahahaha...then kami pon gerak laaaa

Hoho..best betol erk naik kereta baru
kaya kan beliau
daaa tukar kereta MYvi..cun lak kete dia
siap tinted wooo...harga RM400..hahahhaa
sebaik beta dah ada kekasih hati
kalau tidak akan ku jadikan beliau skandal ku
(ampun2 sygku...)hahahahaha
hehehee...xde laaa...aku x berperasaan terhadap kwn
hehehehhehee
dah2..perlu ke aku cerita???

Bila smpai je kampus terus aku gi bilik gerakan
hhehehee...tempat aku dok skrg ni laaa
tngah curi2 main tenet tulis blog jap
sebaik sempat meeting lagi walaupon lmbt sket
almaklumlah jalan jem..hahahha
Mesyuarat laaa kami disitu..
Aku tngok rambut Acid,si abg pengarah panjang
siap leh ikat...errr x suka yer laki rambut pnjg
almaklumlah x sempat potong...bz kat kampus
hehehehe....

Pas abis meeting aku lepak2 kat foyer FST
tngok citer korea kat laptop Iju
sbb nk tnggu diorg ni wat keje...nak siapkan buku
cenderamata
..hehehehe
Erda dtg bwk adik dia
adik dia comel OK..tngkatan 1..tp ketinggian sama
ahaks ahaks..
erda mmg sentiasa comel ok...bila laa erda ni nak membesar
sama besar ngn adik dia siyes x tipu
Pas kitorg siap keje...kitorg bincang2 nk gi jalan2

Msg ngn Farah suruh dia berhenti kat stesen komuter Serdang jer
sbb kitorg nak pergi Mines...siot jer
Furah pakai baju ibu2 ngn tudung ibu2...hahahaha
kitorg gi Mines..makan KFC dulu pastu gi shopping
lama aku x shopping
hehehehee....kalau kuar ngn Hakim pon aku teman dia jer
aku x beli paper sbb aku x reti laa nk shopping ngn laki
hehehee..aku ckp kat Farah ti duduk dekat2 ngn umah aku
leh shopping sama2...tinggal laki masing2 kat umah...lalalala~

Aku sempat beli beg jer....cun tau beg tngn aku
Alamak Iju mesej..dia kata 5 minit lg
kuam asam..aku x sempat nk shopping mende lain lg
cis....ape laaa dak laki ni...nanti nak shopping ngn daya nanti cmne
mne leh rush2...hohoi
so,aku sempat beli beg jer....hehhee...takpe..ari ni kitorg kua lagi
aku nak beli kasut n baju2...hohoi
nak gi FOREX tukar Ringgit jadi Won
pastu nak baharui lesen aku...
Dlm kereta aku ngn Purah biasalah...bercerita dgn rancaknya
Hehheheee..termasuk kisah2 mistik..lalalaala~
Berhenti dkat masjid KUIS
bagos betol mereka berdua ni menjaga solat
Boleh buat jadi suami soleh ni..hehehe
kitorg dua2 dok dlm kereta..hehehhee..kami Off solat...hehhehe

Dlm kereta pon citer mistik2 lagi...
Mula laaa pura tu...smpai takot
tp nak dgr sgt..hohoi
smpai Nilai gi minum kat Adam cafe sbb punya nak abiskan masa
Si Puraa takot nak balik rumah
Hhehehehe...ada Qayyum laaaa..
Qayyum sengal..mainkan2 akak waiter
dia nak nasi goreng tomyam x de sayur
pastu berdebat ngn akak tu pasal serai
akak tu kata serai tu sayur
hahahhaa..kelam kabut akak tu smpai silap order
hahaha....laama x jumpa Ayyum
bertekak ngn dia jap...sgt ngok ngek ok
daa laaa x minat bola...Hon sepatutnya
Honduras tp dia kata HOng kong
aku rasa nak gelak guling2

Balik je Anggerik,Pura takot
aku ajak tido umah sewa aku...tp dia segan sbb ada adik2 junior
so,punya laaa takot smpai budak2 laki yg masuk dlm umah tu bukak kan lampu
smpai bilik air pon bukak lmpu....kitorg dok lua
hehehehe...ye laaa..ne leh
bukan mahram..hahaha lepas dah bukak sume lampu
baru kitorg masuk
Pura daaa berani sket
bukan aper....masa kitorg mula2 dtg tu tingkap kat atas tu cm renggang sket
tu suwoh dak laki cek tu
Pstu kitorg tido
tp sblom tu Aris tepon aku sbb dia boring
awek dia migraine..hahahhahaa
borak2 laaa ngn Bomoh muda tu
smpai kecut perut....Pura pun daaa takut smpai gigil2

Akhirnya kami tido...lalallala~
Borak ngn Hakim jap...lama x dengar sore dia
hehehehe...ngade kan..
ye laaa abg pon bukan contact aku sgt
sibuk ngn bola dia laa
Kan skrg bahang world cup
so...aku mesti sabo laaa sebulan...
hehehehe...biasala aku pon x kisah sgt
Kat umah aku tu,abah adik2 aku
suma hantu bola.....hohoi
nak wat lagu mana...dah lumrah laa tu
ehhehehehe

Ermmm...sok aku nak Fly daa
Flight aku pukul 2300 p.m a.k.a 11.00mlm
kitorg berkumpul di Sutera Indah pukul 700mlm
hoho...rasa cam x percaya je sok aku nak pergi melancong
Hehe...aku nak pergi ke Negara yg mana skrg filem2 dan drama2
negara itu digilai oleh remaja2 perempuan
dgn aktor2 yg hensem2 dan jambu
lalalallalalala~
ape lagi kalau bukan Negara Korea
hehehheheheh
doakan perjalanan aku selamat pergi dan selamat pulang
ramai yg mintak buah tngn termasuk
menculik seorg pelakon korea...gila kan mereka
hahhahahahha...ok..ti aku upload tentatif perjalanan
supaya senang Hakim nak tngok..erk
Hakim je ke???
x de laaaa sume org laaa.....kwn2 baik.kwn blogger pon boleh
tatataa...aku da abis daaa menulis

Tentatif Lawatan USIM ke Korea

HARI PERTAMA ( 19 JUN 2010) - Sabtu

7.00 AM - Tiba di Incheon International Airport

Sarapan Pagi

9.00 AM - Check In Happy Guest House

10:00 AM - Bertolak ke Namsangol Traditional Village

1.00 PM - Makan Tengahari **

2.00 PM - Bertolak ke Seoul Tower

4.00 PM - Bertolak ke Itaewon

Melawat Seoul International Mosque

6.00 PM - Makan malam di Taj Palace

Bersiar-siar di Itaewon Street

8.00 PM - Pulang ke Happy Guest House

HARI KEDUA (20 JUN 2010) - Ahad

7.30 AM - Sarapan Pagi

8.00 AM - Bertolak ke Nami Island

12.30 PM - Makan Tengahari **

2.30 PM - Bertolak ke Lotte World Theme Park

6.00 PM - Makan malam di Lotte Shopping Complex

8.00 PM - Pulang ke Happy Guest House

HARI KETIGA (21 JUN 2010) - Isnin

7.30 AM - Sarapan pagi

8.00 AM - Bertolak ke Universiti 1 – (Dongguk University, Seoul)

12.30 PM - Makan tengahari (Nuna Samchi)

2.00 PM - Bertolak ke Universiti 2 – (Korea University)

4:00 PM - Bertolak ke Universiti 3 – (SungKyunKwan University)

Melawat Samsung Library

6.00 PM - Bertolak ke Ansan

Makan malam di Ansan

8.00 PM - Pulang ke Happy Guest House

HARI KEEMPAT (22 JUN 2010) - Selasa

8.00 AM - Picnic di Yoiedo Park (Sarapan)

10.00 AM - Bertolak ke Presidential Blue House

Gwanghwamun (Lokasi penggambaran IRIS)

Bersiar-siar di Chonggaechon, City Hall

12.30 PM - Makan Tengahari **

2.30 PM - Shopping di Namdaemun Market

4.30 PM - Shopping di Myongdong

7.00 PM - Makan Malam **

8.00 PM - Pulang ke Happy Guest House

HARI KELIMA (23 JUN 2010) - Rabu

7.30 AM - Sarapan pagi- check out

8.00 AM - Ke Duty Free Shop

10.00 AM - Berkumpul di Incheon International Airport

11.00 AM - Bertolak dari Incheon International Airport

6.00 PM - Tiba di Malaysia.

Hohoi...tu saje
Harap2 percutian ni memberi seribu makna kepada kami
Kami hanya 11 org dan 3 org pengiring
Gud luck!!!!!

Friday, June 11, 2010

Perasaan yang tah pape

Menyampah dgn org yg hipokrit
dan suka berpura-purahttp://www.emocutez.com
jadilaa diri sendiri kot
x usah nak jadi org lain didepan sesorang
entah kdg2 rasa cam aishh dia ni
sbnrnya dia ni org yg mcm mne
sumtime rasa cm arrrgghhhh mls nak amik tauhttp://www.emocutez.com

ok entri mula2 dah menampakkan kemenyampahan
lama tol x menulis kat blog
bosan tambah x de idea kot
Sepanjang cuti ni aku keje
kan aku daa citer ari tu kan
Bila nak dpt gaji ni
Hmmm lg 5 hari nak gi korea
ermm...entah..
no heart feelinghttp://www.emocutez.com
Duit ohhh duit
aku nak bwk bnyk sket..ti x de laa
tngok je org beli kan
Okeyh.malas nak tulis.just nak menyatakan rasehttp://www.emocutez.com
yg tah pape kat blog ni
perasaan yg mcm rasa marah kat sesorg
sumtin yg mcm dlm bdn org tu ada sumtin menumpang
seperti syaitan,hantuhttp://www.emocutez.com dan ape2 je la
yg membuatkan kdg2 small matter pon jd hal http://www.emocutez.com
rasa cam x leh blah
tah pape kan
rasa nak marah kat dia walaupon menda yg x patot marah
whatever
rasa nak tendang meja mcm nihttp://www.emocutez.com

Monday, May 24, 2010

Kisah tentang sahabat baik

Saje je nak siapkan posting ni
Sbnrnya aku nak tulis sekali jerk ngn sanah helwah tu
Tp biarlah aku asingkan supaya ia padat dan mampat dgn
Isi tersurat dan tersirat
hehehehehe..

Ok..aku ade satu cerita khas untuk Birthday girl
Aku menghabiskan masa beberapa hari untuk menyempurnakan kisah ini.
Inilah hadiahku kepada sahabatku Farah.
(Ayat dikarang dlm bentuk novel)

******************************

Pada hari itu, kelas habis lewat "Ah, penatnya!", getus hati kecil Izni.
Dgn langkah yg amat longlai dia menaiki anak tangga tingkat 4 bngunan asrama perempuan yang terletak bersebelahan dengan Nilai 3. Nilai 3 merupakan pusat penjualan kain yang agak terkenal di Malaysia.Rata-rata kaum ibu di negara ini mengetahui akan kewujudan sebuah tempat membeli belah khusus menjual pelbagai corak dan fabrik kain.
Selepas menjejakkan kakinya hingga ke anak tangga terakhir, Izni sgt terkejut apabila melihat ampaian rumahnya kosong
"Eh,mana pergi baju-baju aku yang aku jemur tadi, hari panas terik takkan roomate aku angkat kot??" pelbagai persoalan bermain di mindanya. Lantas Izni berlari lari anak memasuki biliknya dan bertambah terkejut apabila pintunya berkunci.
"Arrrrgggghhhhh, ni yang buat aku panas ni,masa aku tengah kejang otot macam ni lah pintu ini nak buat hal..geramnya aku!!!!" Izni sudah tidak tahan lagi,dia terus mencapai telefon bimbitnya dan menelefon roomatenya.
Tuttt...tuttttt...tuttt...tuuuttt..
"Hello Izni,Maizan lambat balik laaa ade kijo kat kampus. Sorry deh yer Izni"
Dia terus menekan butang off kerana terlalu geram. " Ya Allah,kau hendak menguji aku hari ini,aku akan berusaha menangani masalah aku ini dengan tenang Ya Allah"

***************************

Bagaikan melompat dr tingkat empat ke tingkat tiga,Izni berlari menuruni anak tangga. Dia mahu kepejabat untuk meminta kunci pendua. Sampai di muka pintu,dia kelihatan tercungap-cungap kerana oksigen telah banyak digunakan semasa bergegas ke pejabat asrama ini.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan melangkah masuk ke pejabat.
Didalam pejabat, dia merasa sungguh gerun melihat muka staff pejabat yang agak dingin.Berkerut bagaikan menahan marah. Sesampainya dia di meja staff pejabat itu..

"Akak,boleh tumpang tanya,Sebenarnya kunci saya tertinggal kat dalam bilik dan roomate saya balik lewat iaitu mungkin pulang malam ini,boleh saya nak mintak kunci spare tak?"

Bagaikan tusukan yang amat tajam,staff itu mengerling kearah Izni dan mulutnya mengumat-ngamit berkata sesuatu yang dia dengari dengan jelas dengan nada yang agak tinggi.
"Ni yang akak tak suka ni, lainkali mende yang kecik macam tu ingatlah,ni tak,awak rasa senang lah sebab kalau lupa boleh mintak kat sini....saya x suka laaaa....bla..bala..bala..."mmg bala pon.Hampir beberapa minit staff itu memberi ceramah percuma kepada Izni,tetapi amat bernasib baik kerana Izni adalah seorang yang tahan maki.
Akhirnya,staff itu memberikan kunci spare tanpa dikenakan cas kerana terkedu melihat muka Izni yang sangat kasihan itu."Saya bagi awak lima minit je" Apalagi bagaikan kuda Izni berlari dia memecut keluar pintu dan bertembung dengan seorang yang hampir sebaya dengannya dan duduk dikerusi rehat bersama seorang rakan yang dikenali iatu Athirah. Izni mengimbas kotak fikirannya apabila melihat seseorang yang duduk disebelah Athirah kerana dia merasakan bahawa dia pernah melihat wajah bermuka melayu tulen itu tetapi dia kurang jelas bilakah masanya. Akhirnya dia berjaya mengingatinya apabila wajah itu pernah dilihat dilaman sosial Friendster suatu masa dahulu. Lantas Izni terus bertegur sapa dengan mereka berdua
" Kenapa duduk kat sini Athirah?" Soal Izni memulakan bicara.
"Oh,baju kitaorang kena rampas" jawab Athirah dalam riak wajah yang menunjukkan rasa tidak puas hati.
"Eh,kena rampas ke?Patutlah baju saya hilang jugak.Habis tu,korang buat ape kat sini?"tanya Izni.
"Kitaorang tengah tunggu staff yang bertugas merampas baju tu, nak tuntut semula"Kata Athirah.
"Oh,kalau begitu saya pun nak jugaklah,banyak baju saya kena rampas,tapi sebelum tu saya nak naik atas dahulu"
Izni bagaikan teringat kata-kata staff itu bahawa dia hanya ada lima minit sahaja apalagi dia terus bergegas naik ke bilik dan membuka kunci.Kemudian,dia begitu berhati-hati memastikan tidak lagi tertinggal kunci didalam bilik itu. Sekali lagi Izni melompat dari tingkat 4 ke tingkat 3 dan tingkat 2 ke tingkat 1 menuruni anak tangga.
Selepas memohon jutaan maaf kepada staff bengis itu,Izni kembali kepada Athirah dan rakannya. Dengan begitu ringan sekali mulut Izni menyapa kawan yang duduk disebelah Athirah.
"Saya rasa,saya pernah tengok muka awak kat Friendster kawan saya lah,awak ni kawan yati kan?" kata Izni memulakan bicara.
"Eh?? a'ah laa,saya kawan Yati.Tapi awak tengok saya kat gambar mana ya?" Tanyanya hairan.
"Oh,saya tengok dekat gambar kelas awak,dia potong-potong gambar tu" Jawab Izni ringkas
Mereka kemudian berkenal-kenalan dan Izni kemudian mengetahui bahawa nama sebenar budak itu adalah Farah.

Selang beberapa minit kemudian, petugas yang ditugaskan untuk merampas baju itu sampai dan membuka stor baju.Mereka melihat bertibun-timbun baju yang dirampas dan dilonggokkan.
Mereka berasa amat marah lantas pekerja itu mencadangkan mereka berjumpa dengan orang atasan bagi menegakkan kembali hak mereka.
Mereka kemudiannya berjumpa dengan Encik Mat dan mengutarakan cadangan dan pandangan mereka berkaitan masalah kekurangan ampaian yang disediakan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menyidai kain di tingkap bilik. Ketika itu, Izni melihat kesungguhan Farah yang begitu semangat menceritakan bab bakteria dan kulat panau kepada En Mat sekiranya ampaian kurang disediakan dan baju-baju menjadi lembab. Begitu menjengkelkan detik Izni didalam hati.

**********************

Beberapa bulan kemudian, Izni telah dilantik oleh seniornya untuk menjadi exco dalam sekretariat pelajar Fakulti Sains dan Teknologi. Dia menerima jawatan itu dengan hati yang terbuka kerana masih belum menyandang apa-apa jawatan lagi. Pada mulanya dia merasa jengkel kerana dia tidak mengenali sesiapapun yang turut sama dilantik tetapi dia tetap tenang kerana sememangnya dia seorang yang mudah didekati dan cepat mendapat kawan.
Perjumpaan untuk mesyuarat pertama dibuat di pejabat Fakulti. perlahan-lahan dia menolak daun pintu bilik itu dan semua hadirin didalam bilik mesyuarat itu memandang kearahnya.
Dia terus berjalan perlahan-lahan dan memilih kerusi bersebelahan seorang pelajar perempuan dan mesyuarat itu dimulakan. Setelah selesai,dia terpandang wajah seseorang yang baru dikenalinya 1 bulan lepas iaitu Farah lantas mencuit bahunya. Mereka bertegur sapa dan balik bersama-sama pada hari itu.Sehingga lah mereka menjadi rapat kerana sering pulang bersama-sama menaiki bas kolej kediaman.Farah tinggal di kawasan luar daripada pagar asrama tetapi bangunan itu masih kepunyaan kolej kediaman tetapi Izni adalah sebaliknya kerana dia tinggal di dalam asrama yang mempunyai pengawal keselamatan.

Selepas beberapa bulan berkawan, mereka menjadi sangat rapat kerana banyak kebetulan yang berkaitan dengan diri mereka. Adik Farah,Faiz Azmi yang belajar di Sekolah Menengah Sains Seremban(SASER) itu adalah merupakan rakan baik kepada adik Izni, Syafiq yang kini berada di Asasi UIA,Petaling Jaya. Ramai sahabat yang dikenali Farah merupakan kenalan kepada Izni juga. Pada suatu hari, Farah meminta Izni menemankannya balik ke kampungnya yang terletak di Seremban.Walaupun tidak terlalu jauh dari Nilai,tetapi dia masih mahu Izni menemankanya.Katanya,hendak melawat datuknya dan ibu bapanya akan datang ke Seremban.
Keesokan harinya mereka ke Seremban,dan mengambil peluang membeli belah di Carefour,walaupon tidak ada barangan yang hendak dibeli namun mereka hanya mencuci mata. Apabila keluar dipintu masuk Carefour, tiba-tiba Farah terpandang akan kaunter penjualan barangan Celcom,terutamanya broadband. Dia begitu teruja walaupun tidak cukup duit. Lantas Farah memberitahu hajatnya yang ingin memiliki broadband bewarna pink itu.Datuknya menghulurkan sejumlah wang namun masih tidak mencukupi tetapi nasib baiklah Izni membawa sedikit wang. Bagaikan senyum sampai ke pipi Farah kemudian mengisi borang untuk mendaftar. Tiba-tiba salah seorang daripada pekerja india disitu menegor mereka.
"Adik-beraik ya?" Pertanyaan itu membuatkan mereka tergelak kecil kerana ramai mengatakan mereka adik-beradik. Mungkin kerana persahabatan terlalu akrab menyebabkan wajah seseorang itu serupa seperti adik beradik dengan rakan karibnya. Beberapa minit kemudian,ibubapa serta adik-adik Farah datang bersama dan mereka bersalam-salaman. Selepas berpusing sekali lagi didalam carefour mereka kemudiannya pulang kerumah datuk Farah yang terletak di Seremban.

Nenek Farah telah meninggal dunia,dan datuknya telah berkahwin dengan seorang perempuan yang menjadi nenek tiri Farah.Walaupun begitu,nenek tirinya itu amat baik dengan anak-anak dan cucu-cucu suaminya. Pada malam itu,setelah selesai menjamu selera,mereka mengambil keputusan untuk berehat dalam bilik masing-masing. Ketika itu, Izni dikejutkan dengan satu panggilan daripada Ibunya dan mengkhabarkan kepadanya bahawa Pak Cik Izni yang merupakan abang kepada Ayahnya telah meninggal dunia. Menurut ibunya,Pak Cik nya berkeadaan sihat dan mengalami semput-semput sedikit dan kesukaran untuk bernafas. Lalu dia dikejarkan ke hospital,selang beberapa hari kemudian, Pak cik nya itu kelihatan sihat,dan Allah lebih sayangkan dia kerana dia pergi selepas itu. Serentak dengan panggilan itu, bagaikan mencurah-curah air kepipinya kerana wajah ayahnya,terbayang dimindanya.
"Apakah aku mampu jika Abah sudah tiada" getus hati kecil Izni.
Dia kemudian terus menelefon sepupunya yang lebih mesra dipanggil Kak de Ada dan merasa begitu hiba mendengar esak tangis sepupu nya itu.Dia menenangkan sepupunya itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah. Izni berasa sungguh kesal kerana dia tidak dapat pulang kerana keadaannya tidak mengizinkan.

****************************

Izni meneruskan kehidupannya sebagai seorang mahasiswa dengan baik,rutin hariannya seperti biasa iaitu pergi ke kelas,belajar,balik dari kelas. Walaupun kadangkala dia merasa bosan, namun diteruskan jua demi mencapai cita-citanya selama ini untuk menjadi seorang Ahli Perniagaan yang berjaya. Dia mengikuti jurusan Matematik Kewangan di salah sebuah universiti awam tempatan. Ibu bapanya adalalah merupakan pendidik anak bangsa dan mereka sekeluarga menetap di Jengka, Pahang. Jarak perjalanan dari Nilai ke Jengka adalah bersama 3 jam lebih perjalanan.Pada hari itu, di dalam kelas semua pelajar sibuk membincangkan aktiviti semasa cuti mereka yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Tiba-tiba Izni mendapat satu mesej atau sistem pesanan ringkas (SMS) daripada rakan baiknya, Farah.
"Oii,jom ikut aku balik rumah,ada kenduri Faiz"
Izni membalas
"Ok,aku tanya mak aku dulu"
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu bapanya,Izni bersetuju untuk mengikut Farah pulang kerumahnya. Secara kebetulan lagi Farah atau nama sebenarnyaNur Farah Azmi merupakan anak jati Pahang juga. Mereka sekeluarga menetap di Taman Temerloh Jaya,Temerloh. Bapanya bekerja sendiri dan ibunya merupakan seorang tukang jahit. Jadi,terlalu banyak kebetulan yang berlaku dalam hidup mereka sebagai sahabat.Jarak perjalan antara Temerloh dan Jengka adalah 1 jam perjalanan.

**********************

Hari yang ditunggu telah tiba,rata-rata pelajar mengambil peluang untuk bercuti walaupun cuti yang diberikan telalu singkat. Mereka berdua bergerak meninggalkan Bandar Nilai menaiki KTM komuter. Komuter merupakan sebuah kemudahan yang disediakan untuk orang awam bergerak dari satu tempat sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Serembandan ini memberikan kesenangan kepada orang awam terutamanya pekerja pejabat yang mengahadapi masalah kesesakan jalanraya ketika awal pagi dan petang. Tetapi yang menjadi masalah ialah apabila semakin ramai yang menggunakan pengangkutan awam,semakin sesaklah pengankutan awam yang tidak terlalu banyak dan jaringanpengangkutan mempunyai had yang tertentu tidak seperti di Jepun kerana penduduk disana boleh kemana-mana sahaja dengan menaiki keretapi yang dikenali sebagai "Bullet Train".
"Weh,sesak nafas aku bau ketiak orang negro tu tadi" kata Izni
"Yang ko pegi duduk dekat dia buat ape" Farah yang tadinya bemuka serius kembali tergelak.
Mereka berdua tergelak sehingga mereka lupa bahawa mereka berada didalam sebuah kenderaan awam yang mempunyai ratusan penumpang. Apabila banyak mata yang mengerling kearah mereka,mereka terus diam dan mengekek di dalam hati.Lucu benar mereka rasa.
Perjalanan memakan masa hampir 3 jam dan mereka tiba di Temerloh dan disambut oleh kedua orang tua Farah. Apabila sampai di rumahnya, mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah termasuk ayam goreng KFC. Pada malam itu,mereka asyik berbual,Farah rancak menceritakan kisahnya di zaman sekolah sementara Izni menjadi pendengar yang setia. Tiba-tiba Farah menerima satu panggilan daripada seseorang yang kelihatan seperti lelaki kerana dari segi lahiriahnya,Farah kelihatan sedikit mengada-ngada. Sejurus selepas itu barulah Izni tahu bahawa panggilan itu datangnya daripada seorang rakan lamanya sewaktu di SBPI Temerloh dahulu.Katanya lelaki itu handsome dan bijak.Dia mewakili universitinya didalam pertandingan Debat Ala Parlimen. Tiba-tiba Farah menyatakan untuk memperkenalkan lelaki itu kepada Izni.
Izni yang berasa sedikit pelik bercampur hairan kerana apakah muslihat rakannya itu.
"Ahhh,mentang-mentang laaa aku dah tak ada pakwe" getus dibenaknya. Tetapi Izni tetap melayan kerenah rakannya itu dan bertanyakan siapakah nama gerangan lelaki tersebut.
"Nama dia orang panggil Firmad" Kata Farah
"Cop,cop..Firmad?? Firdaus Ahmad ke?? tiba-tiba terpacul keluar nama Firdaus Ahmad yang pernah dikenalinya semasa dia bersekolah di sebuah sekolah agama yang terletak di Jerantut,Pahang.
"A'ah laa weh,macam mana kau kenal dia??" Farah kehairanan kerana Izni mengenali ramai kenalannya.Bukannya seorang malah ramai lagi yang dia kenali.
"Oh,ye ke.Firdaus tu ke, dulu dia sekolah TAHAP pastu dia pindah sekolah kau" kata Izni panjang lebar menerangkan kepada Farah.
"Oh,tak pe laa weh,aku dulu selalu je bertekak ngan budak tu,tapi handsome ke dia??"
Barulah Izni tahu bahawa budak lelaki itu sudah berubah tidak seperti beberapa tahun yang lepas dimana ketika itu mereka sering bertekak dan berbalah. Izni merasa sedikit lucu kerana Farah tiba-tiba ingin mempromosikan kawan-kawan lelakinya. Tiba-tiba Farah memberikannya nombor seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Hakim dan menyuruh Izni menghubunginya.
Bagaikan dungu mengikuti perintah tuannya,Izni kemudian menghubungi Hakim dan meletakkan panggilan.Sudah tentu lah dia tidak mempunyai kredit untuk menghubungi lelaki yang tidak dikenalinya itu. Kemudian,bersungguh-sungguh dia membuka laptop dan menunjukkan gambar-gambar budak lelaki yang dikenali sebagai Hakim itu kepada Izni.
"Issshhh, apa la dia ni,aku tidak berminat lah" kata Izni didalam hatinya.

Pada keesokan harinya, tiba-tiba Izni mendapat satu sms daripada nombor yang telah dia dail semalam dan mendapati Hakim bertanya "Sape ni?"
Izni berasa cuak dan Farah hanya tersengih dan menyuruh Izni membalas sahaja.
Ketika itu, Farah meminta Izni menemankannya ke bandar untuk membeli Kanta Lekap untuk dipakai malam itu sempena majlis kenduri doa selamat adiknya Faiz yang akan menyambung pelajaran ke Kanada. Selepas itu,mereka mencari keronsang yang cantik untuk dipakai sewaktu raya. farah kemudia membeli keronsang berbentuk rama-rama dan Izni membeli keronsang berbentuk Daun.Sangat cantik keronsang-keronsang tudung yang terdapat di kedai itu menyebabkan mereka menjadi rambang mata untuk memilih keronsang manakah yang sesuai dengan mereka. Pada malam itu, suasana gamat seketika kerana majlis doa selamat dan makan-makan bermula. Pada malam itu juga lah,Izni mula membalas sms daripada jejaka misteri itu.
Untuk sekian lama,akhirnya lelaki itu jatuh cinta kepada Izni dan mereka meneruskan hubungan dan beralih ke tahap yang baru iaitu dari seorang kawan kepada yang lebih istimewa. Pada mulanya Izni enggan menerima kehadiran lelaki baru dalam hidupnya selepas ditinggalkan mentah-mentah oleh seorang lelaki yang hanya bermain-main terhadap perasaannya.Selepas itu, Izni menjadi tawar hati kepada mana-mana lelaki yang cuba memikatnya.Akan tetapi semenjak kehadiran Hakim,dia telah terbuka hati untuk menerimanya walaupun telah banyak kali ditolak.Kasihan si hakim. Farah lah yang menjadi orang kuat didalam hali ini dan dia begitu berbangga diatas jasanya.

********************

Farah suka mendengar kisah-kisah seram yang diceritakan oleh Izni kepadanya,cerita-cerita itu akan diceritakan semula kepada ibunya menyebabkan Izni merasa cerita itu bertambah seram.Hal ini kerana, berbagai-bagai pengalaman seram yang telah dilalui oleh keluarga Izni dan kesemuanya adalah benar. Beberapa bulan selepas itu, Farah telah mendapat motosikal baru daripada bapanya dan hal ini menyebabkan langkah mereka semakin panjang. Boleh dikatakan, Giant Nilai itu menjadi tempat mereka membeli barang seperti kedai runcit biasa kerana mereka hanya memakai selipar tandas dan seluar trek ketika membeli belah. Kebiasaannya mereka hanya berdua dan menunggang motosikal Farah. Kadang-kadang mereka tidak membeli apa-apa barangan dan hanya melihat dan berjalan-jalan sahaja.Jika stress disebabkan pelajaran dan peribadi, Izni akan mengajak Farah ke KFC kerana ayam gorang KFC boleh membuatkan Izni lupa kepada masalah-masalah yang menganggu fikirannya. Farah hanya bersetuju kerana dia jelas amat memahami rakan baiknya yang terlalu taksub dengan ayam goreng itu. Kadang-kadang mereka akan keluar pada malam harinya dan makan kek di Secret Recipe, berbual-bual dan kemudian balik semula ke asrama. Perkara yang paling tidak dapat mereka lupakan ialah ketika meminjam kereta seorang rakan mereka,Erda untuk ke Almanda,Putrajaya. Pada waktu itu,mereka berdua bergerak ke Alamanda pada pukul 11 lebih. Ketika di lebuhraya, Farah yang menjadi pemandu tidak dapat mencari simpang ke Putrajaya akibat terlalu leka berbual. Perjalanan diteruskan sehingga mereka merasa pelik dengan keadaan sekitar dan mereka sepakat menyatakan bahawa mereka sudah sesat jauh meninggalkan lorong ke Putrajaya. Kemudian, Izni menyuruh Farah supaya menenangkan diri dan berhenti di Petronas berhampiran. Disitu,mereka mengambil keputusan untuk bertanya kepada pengunjung yang datang kesitu memandangkan pekerja di situ kesemuanya Bangla. Tiba-tiba mereka ternampak seorang perempuan muda sekitar umur lebih tua daripada mereka dan bertanya kepada perempuan itu.
"kak,boleh tumpang tanya,kat depan ni ada jalan nak berpatah balik ke Nilai tak?" Izni mula menyusun ayat.
"Akak rasa ada kat depan tu ikut bridge rasanya" jawab akak itu tertib.
Setelah berterima kasih kepada wanita itu,kami cepat beredar dari stesen minyak itu dan mula mengatur langkah berhati-hati supaya kami tidak silap memasuki lorong lagi. Akhirnya mereka berjaya keluar dari jalan menghala ke Kuala Lumpur itu dan meneruskan juga perjalanan ke Alamanda walaupun hari semakin lewat malam. Apabila tiba di Alamanda mereka bagaikan berlari memasuki bangunan kompleks membeli belah itu dan terus memilih lif untuk ke tingkat bawah. Didalam lif mereka bertemu dengan sepasang suami isteri muda yang amat mesra dan beberapa orang kawan lelaki. Izni bagaikan terpegun melihat kekacakan pemuda yang berada dialam Lif itu. Sejurus selepas keluar dari kotak lif itu, lelaki itu menegur mereka dan bertanyakan mereka hendak ke mana. Yang pastinya lelaki itu sangat terkejut kerana jawapan yang mereka berikan adalah mereka hendak menonton wayang. Pemuda-pemuda itu seperti menggelakkan mereka tetapi Farah dan Izni tetap tidak memperdulikan mereka kerana keinginan untuk menonton wayang melebihi segalanya.Sesampainya di tingkat bawah dimana letaknya panggung wayang, mereka berasa sangat hampa kerana panggung telah lama ditutup. Mereka pulang dengan hampa dan kemudian tergelak apabila terkenangkan lelaki yang menggelakkan mereka yang mana sudah pastinya mereka tahu bahawa tiada lagi wayang selepas itu.
"Ish,geram betul la,x dapat tengok wayang,sian kat kau,sebaik lelaki-lelaki tadi handsome" Kata Farah.
"Gatal betullah kawan aku seorang ni, tapi memang betul pun lelaki-lelaki tadi handsome" Izni tergelak didalam hatinya.
Akhirnya mereka pulang dengan hampa.Walaubagaimanapun mereka tetap bermuka tembok memijam kereta Erda sekali lagi untuk mencuba nasib keesokan harinya dan mereka berjaya menonton "The Jeniffer's body".

Beberapa bulan selepas itu, Izni meminta Farah untuk menemankannya ke Giant dan mereka membeli tudung dengan corak yang sama. Selepas itu, mereka pulang dan Izni meminta sahabatnya itu untuk tidur dibiliknya kerana roomatenya,Maizan pulang kerumah kakak angkatnya. Apalagi,bagaikan berpesta dan melakukan hal-hal yang pelik oleh mereka kerana tiada orang lain yang memantau,pada malam itu.Mereka Farah disolek oleh Izni dan Izni menyolek dirinya sendiri kerana dia amat pakar dalam bidang penyolekan. Kemudian,mereka mencuba tudung yang baru dibeli dan memakainya.Selepas itu,acara yang terakhir ialah bergambar.Bagaiakan lupa tentang hal-hal dunia mereka mengambil satu demi satu gambar dengan berbagai pose yang menarik. Akhirnya mereka penat dan berehat di meja kecil.
Tiba-tiba hati Izni bagaikan tidak tenteram,suasana amat sepi dan tidak ceria. Sejurus selepas itu, Farah kemudiannya naik keatas katil Izni dan menangis. Izni bersa panik tetapi berlagak selamba kerana pada pemikirannya Farah mempunyai masalah dengan seseorang yang telah mempermainkan perasaannya. Walaupun rasa pelik,tetapi Izni membiarkan Farah menenangkan diri kerana Farah sedikitpun tidak menjawab persoalan yang diajukan olehnya. Tiba-tiba izni merasakan sesuatu berlaku antara mereka. Dia tidak tahu mengapa,pada malam itu,dia telah memuatkan kata-kata hatinya kepada sahabatnya didalam sebuah CD yang mempunyai koleksi gambar-gambar mereka.CD itu kemudian diselitkan didalam helaian muka surat buku rujukan Kimia sahabatnya itu.

*****************************

Pada keesokan harinya, Izni mendapati Farah sudah tiada dikatilnya. Satu mesej pesanan ringkas yang diterimanya daripada Farah berbunyi
"Maafkan aku kawan,aku tau aku bukan kawan yang baik"
"Untuk kebaikan kita, aku tidak akan berkawan dengan kau lagi"

Izni menjadi panik dan membuka mesej yang kedua dalam keadaan separa menggigil.
"Aku sudah baca apa yang sepatutnya aku tak patut baca"
Berbagai perasaan yang dirasakan seperti ingin marah,sedih,geram. Tetapi dia akhirnya kalah kerana air matanya tidak dapat ditahan lagi. Terasa berat kepalanya bagaikan hendak pitam apabila merasakan persahabatannya akan terpisah dengan rakan baiknya itu. Pengalaman itu seperti dia ditinggalkan oleh kekasihnya pada suatu masa dahulu.
Dengan teresak-esak Izni menghubungi ibunya,dan ibunya juga tidak senang hati kerana anaknya dilanda kesedihan sebegitu.
Akhirnya,dengan tekad,Izni menulis satu entri khas didalam blog untuk menjernihkan keadaan yang sememangnya sangat keruh pada waktu itu.

Sebenarnya Farah telah membuka sesuatu yang dia tidak patut baca dan akhirnya mengundang padah kepada perasaan mereka berdua. Dengan hati yang hiba, Izni bertekad untuk pergi dari asrama jika sahabatnya itu tidak membalas mesejnya.Izni kemudian menghantar kepada sahabatnya satu mesej yang berbunyi
" Aku ada tulis satu entri untuk kau,aku harap kau baca dan aku sangat sayangkan kau"
Setelah lama menunggu jawapan Farah, Izni kemudian dengan berat hati mengemas bajunya dan bertekad untuk pulang kerumah mak cik nya. baginya, biarlah dia seketika lari dari perasaan sedih yang membelengu nya itu. Sesampainya di Bangi, Farah membalas mesejnya dan menyatakan dia amat sedih dan berharap kami akan berbaik semula.Izni amat gembira,tetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat menerima kejadian yang berlaku ketas dirinya itu. Akhirnya Izni bercuti di rumah mak ciknya selama beberapa hari demi meredakan perasaannya yang bergolak itu. Kebetulan pada waktu itu, Asrama yang diduki mereka ketiadaan air.

Selepas peristiwa itu, mereka tetap seperti biasa,bak kata pepatah itulah asam garam persahabatan.Berbagai kenangan yang dialui bersama mengajar kita sejauh mana erti kemanisan persahabatan itu. Bebapa bulan selepas itu, Farah telah berpindah kerumah baru yang disewa bersama 5 ornang rakanya.Tetapi ini tidak merenggangkan persahabatan mereka kerana Izni selalu datang melawat dan tidur dirumahnya.Berbagai peristiwa yang dilalui bersama. Mereka sentiasa mengharapkan bahawa hubungan itu akan bertambah erat dan semakin mendalam sehingga keakhir hayat mereka. Itulah yang dinamakan "persahabatan".

Sanah Helwah Ya Farah Wahid Wa'isyrun Sanah

Hari ni hari bahagia buat seseorg
Tp dia ngah sedeyh2 lak skrg..
Smbot besday time cuti mmg sedeyh
mmg laaa best smbot ngn famili
tp kalu sambot ngn kengkawan rasa happening
hehehehee,

Kepada: Nur Farah Binti Azmi
Sanah Helwah ya Zamil..
Sanah Helwah ya zamil...
Sanah Helwah...Yaaaa...Farah
Sanah Helwah ya zamil

Dikesempatan ini,aku mencurik masa keje aku
untuk membuat sedikit post kepada kau
Ko kan selalu terharu2 dgn aku...hehehe

"Selamat Hari Lahir yg ke 21"

Aku berharap,di hari lahirmu ini
maka kau akan menjadi seorang wanita
yg terpelihara dlm agamamu
Yg menjadi perisai kepada kaum adam,
Yang menjadi penawar dikala kedukaan,
Ku berharap kau dijauhklan dr bencana maksiat,
Kerana hendaklah kau tahu,
Bahawa ia akan menjerumuskan kau
kelembah kehinaaan..
Semoga kejayaan menjadi milikmu..
Semoga Allah memberkati usahamu

Sepanjang perkenalan
telah bnyk Pahit manis telah kita lalui
Itulah yang membenihkan buah2 ceria dlm persahabatn kita
Aku meminta maaf diatas semua yg berlaku antara kita
Aku memaafkan segala apa yg telah kau buat(hehehee)
Semoga kau gembira disamping keluarga tercinta
Aku berdoa agar kau sentiasa ceria dan jauh dr segala
bebanan masalah dan penyakit merbahaya
Aku doakan kau sahabat supaya kau menjadi anak yang solehah
Menjadi sesorang yang dpt membela agamamu sendiri
Mempunyai peribadi secantik Siti Khadijah
Mempunyai pekerti seanggun Siti Aisyah
Dan mempunyai akhlak seayu Siti Fatimah

Kehadiran kau sahabat memberi satu bahagian yg bermakna
Dlm sebuah kotak hatiku
Kau merupakan sebahagian drpada pengalaman indahku
Terima kasih kerana memberi kenangan terindah buatku
Terima kasih diatas segala pertolonganmu
tangan mu menjadi saksi menjadi pembantu aku
dikala aku kesusahan
Mata mu menjadi saksi dikala aku menangis kesedihan
Mulutmu menjadi saksi dikala aku kebimbangan kau yg menenangkan
Telingamu menjadi saksi pabila ku meluahkan
Kerana itu kau adalah sahabatku
Aku tahu,kita manusia lemah,penuh dgn dosa dan noda
Sahabatlah yg menolong kita untuk kembali kepada-Nya
Buruk sahabat kita buruk lah kita
(Tp kau jgn risau sbb aku kan chantek...ahaks!!)

Perutusan diatas adalah luahan hati aku sendiri
Sesungguhnya kau mesti tau bahawa aku suka bermadah pujangga
Aku harap kau suka...

Yg terakhir dariku...
I LOVE U

Sannah helwah ya zamil

Monday, May 17, 2010

Wasiat dr Rakan Blogku


TADAAAA…..(╯▽╰)hihi…ni la wasiat nyer…

seekor lembu yag cute…:Dnak wat aper erk ngan lembu ni???bela je la…nnt leh la wat qurban :D…buat gulai kawah sodap tu…

Hihi Thanks bnyk2 kat Koz sbb dia laaa yg kasi wasiat ni kat sayer..hehehe(Gmbr di ubah sbb dpt separuh je..tenet slow kot)

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active

Owh....nak tujukan kat sap2 je laaa..x kisah laa dia aktif ke tak..hehe..suka ati aku laa nk kasi kat bpe org kan...hehe...

ok nak kasi wasiat ni kat:

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya paling CUN kat dunia blogger ni

4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

>Suka main tukar2 channel

>Suka main rambut

>Time iklan pergi dapor minum air

>Kalau citer sedih bwk kain lap mata sbb kuat nanges


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

>Tupai tanah

>Ikan paus biru

>Mee goreng


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat

FACEBOOK

Bnyk laaa...org add sy approve jer..hehe


7. Feveret soalan ni…..camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe…kat mana???

Uhuk..batuk jap...haaaa...cmtu laaa kitorg jumpa...time sy tngah batok atas katil Farah

Ahak selesai dah menjawap soalan-soalan yang di beri oleh koz harap semua nya di terima hihiii…