Followers

Thursday, February 17, 2011

Senak perot~


Sebelom aku mencoret
aku nak berdoa

"Ya Allah....aku memohon agar perjalanan Seminar Matematik Kewangan II (Fimacs' II) ini berjalan lancar..Aku memohon agar,segala masalah yang sedang kami hadapi ini dapat diatasi dengan pertolonganMu Ya Allah"

ok...dah doa...
ermmm....mood skrg ni..longlai..
lagi berapa hari lagi

Okay..aku promote kat sini yer
siapa yang berminat untuk menyertai seminar ini bolehlah menghubungi saya

email kepada ez_niey@yahoo.com.my

okay...ni nak lepaskan perasaan dulu...ti baru promote okay
aku penat..ye aku penat sgt2
xtau nak explain mcm mana..
semua ngah bertungkus lumus skrg..mana x nyer...
masa kami bekerja sgt suntuk..

bayangkan...nak kena attend kelas n wat assaimen lagi..
fikiran aku x tenteram...risau jer..
takper...akan aku cuba yg terbaik...
sabar2....kerana setiap ketenangan itu ada jalannya....




Sunday, February 13, 2011

Hari berkasih-kasihan~

14 februari adalah perayaan Hari Kekasih yg disambut
secara besar-besaran setiap tahun bg golongan musyrik...

ermmm....korang pon tahu sejarah dia kan...
so x payah laa aku nak cerita kat sini kan...

so....konklusinya...x payah laaa nak sambut2
beli hadiah ke...bunga ke...ngarut je semua tu
dpt dosa adalah...

tp org kalau dah bercinta ni
mende haram pon kadang2 jadi halal
main sapu je
redah jer.....

tngok laaa sok
mesti ada je yg jumpa2....kasi present..

apa2 je laa...
suka hati korang laa erk

ada aku kisah??

hahahhaa
okay laaa...
aku nak tido

p/s: semalam aku beli bunga hari kekasih...cantik...

untuk mak aku okay..hehee
sape laa yg nak kasi kat aku neyh kan...hehe

Thursday, February 10, 2011

Pergilah sayang~

Cintaku padamu adalah perasaan yang tulus dan suci..
tiada ditukar ganti..
keikhlasanku menerima dan menyintaimu seluruhnya
adalah suatu yang benar dan bukan kudustai..
kau hadir dalam hidupku memberi kegembiraan kepadaku..

kerana bertambahnya insan yang kusayangi dlm hidupku
begitu payah untuk aku tanamkan perasaan cintaku padamu
kerana aku tidak mudah menjual cintaku..
perkataan sayangku...ku luahkan kerana aku benar2 cinta
dan aku benar2 merasainya...
tetapi tidak bagimu..kata-kata cinta hanyalah mainan
hanyalah perkara biasa yang mesti kau ungkapkan
tidak lahir dari hatimu yang tulus..

kuserahkan kepercayaan sepenuhnya kepadamu
kerana aku belum pernah merasai kehangatan cinta..
kau hadir membenihkan rasa yang indah kepadaku..
aku menyanyangimu meskipun tiada apa yang kau beri kepadaku
aku tidak perlukan harta mu
hanya aku perlu adalah kehangatan kasih sayangmu...

Apabila melihat wajahmu..
hanya lah perasaan kasih dan sayang yg terbit dlm hati kecilku ini
betapa aku mencintai insan dihadapanku ini
aku berdoa agar kau menjadi milik ku didunia dan disana nanti..
tapi Allah lebih mengetahui..
diuji nya aku dengan keperitan ini...

keperitan yang aku tidak pernah lalui
kerana kehilanganmu dalam hidupku memberi kesan kepadaku...
tiada lagi insan yang mencintaiku seperti mu
mungkin aku hanyalah tempat kau melepaskan kesunyianmu
sebelum kau mencari yang lain sbgai pasanganmu..
sedangkan aku memikirkan bahawa kaulah hidupku..

Aku lalai kerana cinta...aku lalai kerana terlalu menyanyangimu
Aku melanggar prinsip agama dan hidupku...
kerana terlalu sayang dan ingin memilikimu sepenuh hati..
kerana aku cinta dan kasih kepadamu...
Segala kenangan bersamamu akan kusemat kemas dlm kotak hatiku

kerana ternyata aku masih terluka
aku terluka kerana aku mempercayaimu sepenuh hatiku
aku terluka kerana hanya aku yang menyintaimu..
aku terluka kerana kau membuangku..
setelah apa yang kau inginkan kau perolehi..
aku terluka kerana kau tidak jujur kepadaku..

Walau masa berlalu...aku tidak akan mudah untuk beralih cintaku
kerana cintaku amat mahal harganya...
kerana aku tidak mudah jatuh cinta...tetapi
apabila aku telah jatuh cinta kepadamu..
kau tinggalkan aku terkapai-kapai mencari mu

kau salahkan aku..
kau mencari kesalahanku..supaya aku nampak jahat dimatamu
kau tinggalkan aku kerana aku tidak lagi membelai jiwamu selalu
tetapi kau tidak tahu....hanya suaramu yang kunantikan setiap hari
Adakah aku salah jika menunggumu...jika merinduimu...
sedangkan kau benarkan yang lain mencuri hatimu
disaat aku masih bersama mu...

pergilah sayang..
aku tiada dendam kepadamu..
meskipun apa yang terjadi..
cintaku pada mu tetap cinta yang sejati..
aku tidak berdusta apabila menyintaimu..

pergilah jantung hatiku...
biarkan aku sendiri tanpa separuh jiwaku ini...
biarkan masa yang mengembalikan jiwaku yang separuh itu...
pada masa itu..aku berdoa agar kau bahagia bersama si dia
jangan kau sakiti dia seperti kau sakiti aku ini...
Segala rahsia dan keaiban mu akan kupelihara..
kerana kau adalah orang yang kucintai..

Aku tidak pernah menyalahkanmu sayang...
kerna aku tahu..aku tidak sempurna untukmu..
Jangan kau rasa bersalah lagi..
pergilah kepadanya...
hidup lah dengan bahagia..
Terima kasih diatas cinta yang kau beri selama ini..
walaupun kau mengkhianatiku..
tetapi kau pernah menjadi hidupku...
tidak akan ku sakiti hidupku..

Maafkanku sayang..
maafkan aku kerna terlalu mencintaimu..
aku tidak sedar bahawa perasaanku hanyalah fantasiku..
kau tidak merasakannya sama seperti aku...
Pergilah sayang....

Aku akan pergi dari hidupmu...
Anggaplah kisah kita adalah suatu iklan indah dalam bidupmu sebelum
cerita lain menyusul selepas iklan itu...



Dariku.....si pencinta

Tuesday, February 8, 2011

Izni yang sangat bz mengalahkan menteri~

Ohhh..aku malas nyer nak menulis
cuma...aku dah menyepi lama giler...
x de masa langsung....penat...http://www.emocutez.com
sem ni mmg sgt buzy...
wat research lagi....assaignment x yah cakap lorrrr....
Sem ni...mmg penat sgt...
subjek2 pon sgt killer..

aku sedih laaaa....
belajar
Financial Engineering,financial mathematics...econometrik...n foreign exchange
cam blurr jer...aku rasa pening laaa...
alooorh..sem lepas aku dpt sikit lg nak dekan
sem ni...ada harapan x??http://www.emocutez.com

dah laaa susah..

untuk honor seminar..aku x pikir lagi tajuk apa
aku nak buat pasal " Dinar n dirham as an alternative for exchange trading" kot...
x pon...wat pasal kadar inflasi dlm negara dengan kenaikan harga minyak yg mendadak

secara teori..
kenaikan harga sesuatu barangan itu dipengaruhi
oleh Demand n Supply
permintaan terhadap minyak melambung tinggi menyebabkan
harga tinggi menaik dgn mendadak..
tetapi...ini hnya teori...hakikatnya
ada something yg tersembunyi....
sbb x pelik ke minyak asik naik je....kerap sgt

dah2...x mo ilmiah..
aku dah sesak nafas daaa memikirkan mende2 ni...risauhttp://www.emocutez.com

yang menjadikan aku mcm ni
sbb sem ni...aku handle program besar
"Financial Mathematics Seminar II" (Fimac'S II)
n...

i'm the Director of the program..

so what??http://www.emocutez.com

so......

sngat banyak urusan..
cuti hari tu..aku x senang duduk pon....
smpai malam menaip kertas..surat jemputan

actually...this program..involved speaker from industry
n participant dia.....dgn other student from other university
quite big enough laaaa
Aku sgt penat mencari speakerr....
maklumlah..pensyarah bantu sikit2 je...
kitorang handle semua...sbb ketua program nak sambung belajar kat oversea

dari satu company ke satu company turun naik..
chanselori dah jadi pusat persinggahan...
bangunan fakulti dah macam pejabat aku...huuuuuu~

it's kinda tired....x de komitmen lain daaa
then...i manage to get 3 speaker now...
semuanya orang hebat2 n bayaran yg kitorg bayar jugak bakal hebat laaa kan
actually aku tngah cari lagi seorg dari Bursa Malaysia dan MDEX
what the...... MDEX tu Malaysian Derivatives Exchange
jgn main2..hahahha
hope2 dapat seorg..
sbb kitorang nak 4 penceramah

huuuu~

mcm2 kerenah n perangai..kritikan dan kutukan yg perlu dihadapi
tp itu namanya adatlaa kan...
aku rasa mcm jadi seorg perempuan yg kental dan matang jer...http://www.emocutez.com
no hard feeling...

letih....23 februari 2011 ni program..lg 2 minggu beb...
sponsor pon x cukup lg..takut x???

takpe....doakan kami berjaya yer...

untuk slot terakhir....ada slot istimewa...tentang Professional Exam
actually untuk kami2 dibidang kewangan,accountancy,n actuarist ni..

kitorang ada professional exam...
exam kelayakan..untuk jadi professional figure
dan...aku berjaya cari seorg penceramah yg bagus..hehe

so...
conclusion nanti...
After aku graduate dlm Bsc Financial Mathematics ni...
aku nak amik professional exam yang susah neyh....(ko ingat senang ker???)
then aku nak jadi Accountant atau Financial Planner yg bertauliah,CA[M],yg mempunyai lesen CFP ini dari suruhanjaya sekuriti...

wowwww!!!!!

mampukah????

dulu aku bercita-cita nak jadi doktor...
tp terkandas....sebaik aku x pergi Universiti Mansoura dulu
sebaik aku ikot cakap mak walaupon memberontak...
kalau x...mesti aku tngah sesak2 skrg...
setiap yg berlaku ada hikmahnya kan......

akhirnya skrg...cita2 aku dah lain...yeayh!!http://www.emocutez.com
aku lagi suka sebenarnya....
dan sbb nya aku suka duit.....

oh yer...i'm a businesswoman skrg
sape2 yang berminat nak tngok product leh kol ok...
tata

nak cari duit untuk nikah tahun depan....cewah..hahah

dah2...nak tido...tata


Thursday, February 3, 2011

Aku hanya sehelai baju....

Edisi surat-menyurat lagi...

kepada: Awak yg pakai saya dulu


Aku cuma sehelai baju..
baju yang dahulunya kau sukai
yang kau pakainya setiap hari...
tapi apabila baju itu sudah lusuh dimakan waktu..
kau campakkan aku..
kau gantikan aku dengan baju yang baru..

Pernah suatu ketika..
kau dalam kesejukan dan kesusahan...
aku berusaha memanaskan badanmu..
agar kau tidak lagi merasa susah hati......
kau pernah menumpahkan kotoran di badanku..
tetapi apabila kau mencuciku...
aku gembira semula...

aku gembira menjadi bajumu...
kerana saat yang paling ku sukai pabila kau memilihku
diantara baju-bajumu yang lain...
kau sentiasa merasa yakin apabila bersamaku..
aku tahu...kerana itu lah aku sentiasa ingin melekat dibadanmu

kau sentiasa menjaga aku dengan baik
tidak sekali kau cuba mengasariku...
kau sentiasa membelaiku dengan lembut...
mencuci,menyeterika dan melipatku dengan baik
aku gembira kerana menjadi baju kesukaanmu.......

mungkin kerana aku hanya baju
kau tidak sedar bahawa aku sgt terguris semasa melihat kau
memandang baju lain dikedai pakaian tempoh hari
hati aku sakit kerana melihat cahaya matamu yg gembira itu
terlihat ditanganmu RM50....cukup..
Aku tahu dengan duit sejumlah itu
baju baru itu mampu kau miliki

tapi pada hari itu...
kau tidak membeli baju itu lagi.....
sebaliknya kau sentiasa memikirkan baju itu.....
semakin hari semakin aku tidak diperlukan...
aku hanya diletakkan kemas di rak almarimu

Suatu hari yang tidak diduga..
kau memakaiku untuk bersiar-siar
hati aku berbunga riang kembali....
kusangkakan kau rindukanku setelah sekian lama
kau tidak memakaiku....
aku gembira kerana aku dapat berada dekat dibadanmu....
rupa-rupanya...hari itu hari perpisahan aku dengan mu
kau membawa aku kekedai pakaian itu semula...

Jelas dihadapan mataku...
kau mengambil kemeja kotak-kotak kecil kelabu itu
kau meletakkannya kemas dimeja kaunter
dan mengeluarkan not 50 itu semula.....
dan..kau memilikinya...

jelas kau gembira dengan kehadiran baju barumu...
aku sibaju buruk tidak kau pedulikan lagi...
saat yang kusangkakan kau merinduiku
rupanya adalah saat kau membuangku
aku terkilan kerana pada saat itu
adalah saat yang paling berbahagia bagiku....

mungkin aku terlalu sedih...tetapi apakan daya
aku hanya sepasang baju...yang tidak kekal
aku bukanlah sebahagian daripada dirimu
jika aku diberi pilihan..aku ingin menjadi kulitmu
kerana kulitmu tidak akan kau tukar ganti
kerana kulitmu adalah dirimu...
tapi tidak aku...

Aku hanya bajumu..



Daripada: Baju mu




P/S: Sape nak tempahan baju design macam aku wat kat atas ni harga dia murah je ok...huhu

-Hak milik terpelihara Izni-http://www.emocutez.com

(Tidak boleh dicopy)