Followers

Thursday, February 10, 2011

Pergilah sayang~

Cintaku padamu adalah perasaan yang tulus dan suci..
tiada ditukar ganti..
keikhlasanku menerima dan menyintaimu seluruhnya
adalah suatu yang benar dan bukan kudustai..
kau hadir dalam hidupku memberi kegembiraan kepadaku..

kerana bertambahnya insan yang kusayangi dlm hidupku
begitu payah untuk aku tanamkan perasaan cintaku padamu
kerana aku tidak mudah menjual cintaku..
perkataan sayangku...ku luahkan kerana aku benar2 cinta
dan aku benar2 merasainya...
tetapi tidak bagimu..kata-kata cinta hanyalah mainan
hanyalah perkara biasa yang mesti kau ungkapkan
tidak lahir dari hatimu yang tulus..

kuserahkan kepercayaan sepenuhnya kepadamu
kerana aku belum pernah merasai kehangatan cinta..
kau hadir membenihkan rasa yang indah kepadaku..
aku menyanyangimu meskipun tiada apa yang kau beri kepadaku
aku tidak perlukan harta mu
hanya aku perlu adalah kehangatan kasih sayangmu...

Apabila melihat wajahmu..
hanya lah perasaan kasih dan sayang yg terbit dlm hati kecilku ini
betapa aku mencintai insan dihadapanku ini
aku berdoa agar kau menjadi milik ku didunia dan disana nanti..
tapi Allah lebih mengetahui..
diuji nya aku dengan keperitan ini...

keperitan yang aku tidak pernah lalui
kerana kehilanganmu dalam hidupku memberi kesan kepadaku...
tiada lagi insan yang mencintaiku seperti mu
mungkin aku hanyalah tempat kau melepaskan kesunyianmu
sebelum kau mencari yang lain sbgai pasanganmu..
sedangkan aku memikirkan bahawa kaulah hidupku..

Aku lalai kerana cinta...aku lalai kerana terlalu menyanyangimu
Aku melanggar prinsip agama dan hidupku...
kerana terlalu sayang dan ingin memilikimu sepenuh hati..
kerana aku cinta dan kasih kepadamu...
Segala kenangan bersamamu akan kusemat kemas dlm kotak hatiku

kerana ternyata aku masih terluka
aku terluka kerana aku mempercayaimu sepenuh hatiku
aku terluka kerana hanya aku yang menyintaimu..
aku terluka kerana kau membuangku..
setelah apa yang kau inginkan kau perolehi..
aku terluka kerana kau tidak jujur kepadaku..

Walau masa berlalu...aku tidak akan mudah untuk beralih cintaku
kerana cintaku amat mahal harganya...
kerana aku tidak mudah jatuh cinta...tetapi
apabila aku telah jatuh cinta kepadamu..
kau tinggalkan aku terkapai-kapai mencari mu

kau salahkan aku..
kau mencari kesalahanku..supaya aku nampak jahat dimatamu
kau tinggalkan aku kerana aku tidak lagi membelai jiwamu selalu
tetapi kau tidak tahu....hanya suaramu yang kunantikan setiap hari
Adakah aku salah jika menunggumu...jika merinduimu...
sedangkan kau benarkan yang lain mencuri hatimu
disaat aku masih bersama mu...

pergilah sayang..
aku tiada dendam kepadamu..
meskipun apa yang terjadi..
cintaku pada mu tetap cinta yang sejati..
aku tidak berdusta apabila menyintaimu..

pergilah jantung hatiku...
biarkan aku sendiri tanpa separuh jiwaku ini...
biarkan masa yang mengembalikan jiwaku yang separuh itu...
pada masa itu..aku berdoa agar kau bahagia bersama si dia
jangan kau sakiti dia seperti kau sakiti aku ini...
Segala rahsia dan keaiban mu akan kupelihara..
kerana kau adalah orang yang kucintai..

Aku tidak pernah menyalahkanmu sayang...
kerna aku tahu..aku tidak sempurna untukmu..
Jangan kau rasa bersalah lagi..
pergilah kepadanya...
hidup lah dengan bahagia..
Terima kasih diatas cinta yang kau beri selama ini..
walaupun kau mengkhianatiku..
tetapi kau pernah menjadi hidupku...
tidak akan ku sakiti hidupku..

Maafkanku sayang..
maafkan aku kerna terlalu mencintaimu..
aku tidak sedar bahawa perasaanku hanyalah fantasiku..
kau tidak merasakannya sama seperti aku...
Pergilah sayang....

Aku akan pergi dari hidupmu...
Anggaplah kisah kita adalah suatu iklan indah dalam bidupmu sebelum
cerita lain menyusul selepas iklan itu...



Dariku.....si pencinta