Followers

Thursday, February 3, 2011

Aku hanya sehelai baju....

Edisi surat-menyurat lagi...

kepada: Awak yg pakai saya dulu


Aku cuma sehelai baju..
baju yang dahulunya kau sukai
yang kau pakainya setiap hari...
tapi apabila baju itu sudah lusuh dimakan waktu..
kau campakkan aku..
kau gantikan aku dengan baju yang baru..

Pernah suatu ketika..
kau dalam kesejukan dan kesusahan...
aku berusaha memanaskan badanmu..
agar kau tidak lagi merasa susah hati......
kau pernah menumpahkan kotoran di badanku..
tetapi apabila kau mencuciku...
aku gembira semula...

aku gembira menjadi bajumu...
kerana saat yang paling ku sukai pabila kau memilihku
diantara baju-bajumu yang lain...
kau sentiasa merasa yakin apabila bersamaku..
aku tahu...kerana itu lah aku sentiasa ingin melekat dibadanmu

kau sentiasa menjaga aku dengan baik
tidak sekali kau cuba mengasariku...
kau sentiasa membelaiku dengan lembut...
mencuci,menyeterika dan melipatku dengan baik
aku gembira kerana menjadi baju kesukaanmu.......

mungkin kerana aku hanya baju
kau tidak sedar bahawa aku sgt terguris semasa melihat kau
memandang baju lain dikedai pakaian tempoh hari
hati aku sakit kerana melihat cahaya matamu yg gembira itu
terlihat ditanganmu RM50....cukup..
Aku tahu dengan duit sejumlah itu
baju baru itu mampu kau miliki

tapi pada hari itu...
kau tidak membeli baju itu lagi.....
sebaliknya kau sentiasa memikirkan baju itu.....
semakin hari semakin aku tidak diperlukan...
aku hanya diletakkan kemas di rak almarimu

Suatu hari yang tidak diduga..
kau memakaiku untuk bersiar-siar
hati aku berbunga riang kembali....
kusangkakan kau rindukanku setelah sekian lama
kau tidak memakaiku....
aku gembira kerana aku dapat berada dekat dibadanmu....
rupa-rupanya...hari itu hari perpisahan aku dengan mu
kau membawa aku kekedai pakaian itu semula...

Jelas dihadapan mataku...
kau mengambil kemeja kotak-kotak kecil kelabu itu
kau meletakkannya kemas dimeja kaunter
dan mengeluarkan not 50 itu semula.....
dan..kau memilikinya...

jelas kau gembira dengan kehadiran baju barumu...
aku sibaju buruk tidak kau pedulikan lagi...
saat yang kusangkakan kau merinduiku
rupanya adalah saat kau membuangku
aku terkilan kerana pada saat itu
adalah saat yang paling berbahagia bagiku....

mungkin aku terlalu sedih...tetapi apakan daya
aku hanya sepasang baju...yang tidak kekal
aku bukanlah sebahagian daripada dirimu
jika aku diberi pilihan..aku ingin menjadi kulitmu
kerana kulitmu tidak akan kau tukar ganti
kerana kulitmu adalah dirimu...
tapi tidak aku...

Aku hanya bajumu..



Daripada: Baju mu




P/S: Sape nak tempahan baju design macam aku wat kat atas ni harga dia murah je ok...huhu

-Hak milik terpelihara Izni-http://www.emocutez.com

(Tidak boleh dicopy)

1 comment:

tiey said...

wei..aku sedih la baca.. aku membayangkan bukan baju..T_T